Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Mengarut. Show all posts
Showing posts with label Mengarut. Show all posts

2012-11-09

Lagu LeeSsang...




untung bagi sesiapa yang perasan kononnya nasib dirinya sama macam klip video diatas.
untung bagi sesiapa yang perasan kononnya diri kamu dan diri dia macam bercinta tapi masing-masing ingat tiada hati untuk pasangan.

kenape untung?

cuba tinggalkan dia. dan kamu akan menyesal...


aku selalu fikir. kan bagus kalau kita bercinta untuk masa depan..

2012-10-07

perasan di kafe makan.

Kenape pandang aku. muka aku tak kemas ke? nampak macam serabut ke? aku baru mandi. zip seluar tak ditarik ke? tapi aku rase aku dah tarik zip sejak dalam  bilik lagi. baju aku koyak ke? kalau semua tu bukan, kenape kamu maseh pandang saya macam tu?  saye ni pun orang. kenape? kenape? la.. kamu gelak-gelak pula. lepas tu pandang aku balek. siapa kamu?


hei. aku bukan orang yang kamu fikirkan la. aku tak kenal kamu dan jangan harap aku nak tegur kamu. tiada kepentingan.



2012-06-09

Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan EURO 2012 di UTM



Hari ini. Pasti hari yang sibuk di Poland dan Ukraine. Menyambut tiga minggu bahagia penuh dengan pemerhatian masyarakat dunia. Ketiak mereka pasti basah. Tapi kewangan mereka pasti akan kukuh selepas ini. Ya, disinilah tempat keramat dimana 16 pasukan Eropah berebut satu piala. Piala keramat Eropah, EURO 2012.

Aku, di satu blok di satu kolej di sebuah universiti di selatan johor, di selatan semenanjung Malaysia di satu penghujung benua Asia sedang melihat luar tingkap. Hujan renyai-renyai. dan berharap ia akan berhenti supaya aku dapat pergi N24 pagi ini. menonton EURO 2012. Walaupun langsung tiada kaitan dengan Malaysia. Tapi orang Malaysia memang suka mengikut-ikut. Biase la. Team negara sendiri tak power mana.

Malam ini, Rep.Czech menentang Russia. Mengikut politiknya, kedua-duanya dulu dibawah komunis. Info yang tiada kaitan untuk perlawanan ini.

Aku tidak menyokong mane-mane. Hanya ingin menghiburkan hati ini, Tension mungkin. Entah. Soal hati sendiri aku pun tak tahu.






2012-04-11

Fabel : Cik Virus I

Pari pari comel didalam hati.

Ini untuk episod ke berapa, aku tak tau. Hilang untuk beberapa bulan, bukan bermakna ia tak wujud. Tapi ia berkembang, tak pesat tapi cukup untuk menggembirakan kedua pihak itu. Entah bagaimana, pihak-pihak lain turut bergembira. Manusia, fitrahnya bergembira terhadap satu kebahagiaan.

Alkisah bermula pabila satu masa itu, pari-pari comel telah muncul. Ia samar-samar comel tapi tetap muncul. Dia berkata "Ape yang kamu buat ni?"

Pagi-pagi lagi ia dah buat kacau. Sungguh. Bangkitlah matahari, halau pari-pari ini jauh dari aku. Kunci ia dalam hati ini pun tak apa asalkan ia tak mengacau minda separa sedar jam 7.03 pagi ini. Beberapa minit kemudian, ia hilang. Seperti biasa, alah pada cahaya matahari.

Keesokannya perkara sama berlaku, lusa, juga sama. Bukan aku mahu abaikan dia, cume aku malas nak layan, lagi-lagi pabila pagi-pagi lagi dah menjerit "ape yang kamu buat ni?" kat aku.

Annoying wei. Perosak kenyamanan pagi. Aku perlukan ketenangan pagi. Bukan pekikan.

"Aku tak mahu duduk dalam hati kamu lagi." dia bersuara.

Kenapa ni. Masih tak kisah akan dia kerana tau bila matahari naik, maka dia automatik ke hati ini. Melainkan dia ingin pergi. Ah.. jangan, aku tak ingin kisah lampau berulang kembali.

Kenape? ini tanya aku.

Terlalu besar, terlalu berhias cantik. Aku tak selesa. jawab dia.

Melihatnya dengan penuh tanda tanya. Ha?

Kamu sengaja melakukannya, dulu kamu kata tak mahu begitu tapi kini...

Dia berhenti bercakap dan aku masih keliru.

Kamu menyayangi cik virus.

2012-02-01

Malas

Jika malas itu berupa sesuatu fizikal yang indah. Ternyata aku sedang indah sekarang ini. Tapi kau kena tahu bahawa aku sedang cuti semester, jadi aku punya hjak untuk bermalasan walaupun keadaan sebenar tidaklah semalas mana. Seperti satu pusingan. Malas dan sibuk. Lepas sibuk jadi malas, pastu sibuk balek.. huh...

2011-12-13

carta hati



Lagu ni sudah berkumandang di corong-corong radio. Masih karya najwa latif bersama kakaknya mungkin. Susunan muziknya cantik. Lagi cantik dari lagu cinta muka buku. Cuma liriknya ada yang pelik, tetapi lebih bermakna dari lirik cinta muka buku. Dan pabila aku dengar lagu ni mulalah aku berimaginasi.

Jika carta hati ini betul-betul wujud di hati ini, dah tentulah yang akan dapat tempat pertama untuk tempoh berminggu minggu ataupun bertahun tahun ialah taylor swift..
Published with Blogger-droid v1.7.4

2011-11-12

Zainal Abidin

bermula dari lagu "Kau di hatiku". maka tercarilah.....


zainal abidin (penyanyi)



zainal abidin(bekas pemain bola)



zainal abidin(pengulas sukan)



zainal abidin(cendekiawan)



zainal abidin(Yang di-pertuan Agong)



zainal abidin(orang kebanyakan)



*dengan melihat entri ini sahaja kamu boleh tahu bahawa aku x ok malam ni. sekian.

2011-10-30

color of saturday...

test kritikal thinking : ok


desaru : worse (tak dapat pergi)


LOTR : Return of the king : penyelamat keadaan (damn hell awesome)



Libas : maseh berfikir kenape aku tengok cerite ni petang tadi.


match EPL no 2 arini : menjatuhkan perasaan aku kejurang yang sangat dalam.




k9 kafeteria : kembali membawa perasaan ini menjulang tinggi dari jurang yang dalam.



futsal : so-so.. tapi seronok.


masih tak tau ape berlaku ahad ni.

2011-07-05

Pertandingan makan hotdog paling femes kat Amerika

korang pike korang leh kalahkan aku.. mimpi je der..

Makan 62 hotdog dalam masa 10 minit. Kau boleh ke? Mesti tak buleh punyenye. Tapi manusia bernama Joey Chestnut ni boleh. Pasal angka 62 jugaklah dia jadi champion pertandingan Nathan's Hot Dog Eating Contest.

2011-06-20

bahagianya menjadi orang bodoh


tahukah anda, menjadi bodoh itu satu kelebihan. disini ade beberapa contoh yang kuat.

2011-05-05

misteri jam 12 kat radio RIA.. korang pernah dengar x??

malam ni, sambil membaca buku instrumentasi. aku saje la pasang radio RIA dari Singapore tu.. saje je. Time tu slot Misteri Jam 12 bersama KC. (MJ12) Kul 12 sampai kul 2 pagi.

Seram-seram gak ar cite yang diceritekan oleh abang KC tersebut. Semua cerite tu dari pendengar.

pastu malam ni ade sorang pemanggil. tak tahu la ape kena pemanggil tu, die cakap nama die MAK MINAH. pastu buat gaya seram plak cakap sambil takut-takutkan KC tu. Time tu aku dah cabut headset kat telinga sebab seram. Aku just dengar die cakap camni.. "hati-hati KC..." dah la cakap x jelas, menakutkan plak tu. Yang si KC ni layan je la. Selalu kene camtu kot.. Pastu aku pasang balik headset selepas beberapa saat aku cabut. Masa tu radio senyap. Aku ingat KC duk cabut lari ke.. takut lepas dengar panggilan tu.

Kemudian lagu Maher Zain ; Insya Allah versi Melayu keluar. Huh!. X penah kuar lagu ni kat slot MJ12 ni, selalunya lagu-lagu pasal hantu je.. pas lagu Maher Zain ni. Ade satu lagi lagu..
bunyi liriknya macam ni..

"Amboi Mak Minah sayang,
mak minah kaki temberang,
Aduh indah Aduh lawa,
Memerangkap diri beta"

Aku tergelak time ni.. macam ade maksud lain je die pasang lagu ni.. haha...

2011-04-15

Syamim OK??

masih ok dan still rocking..

itu aishah nur hakim punye jawapan. aku ikut je..

ye.. aku masih ok dan akan terus ok. memandangkan 2,3 cerita dah lama didalam buku conteng kecil kaler biru. dan beberapa lagi draf didalam kepala. Ada lebih kurang 5 kesemuanya. Masih mencari masa untuk didigitalkan didalam blog.

tunggulah.. aku penat ni..

"Bila tak ade masa, aku buat masa, bila ada masa, aku buang masa"

salah satu dari status facebook aku. ianya milik aku, jadi pelakunya juga aku. seperti tidak pernah bersyukur. tapi ya.. itu aku.

masa sekarang ialah 3.13 pagi.

masih belum tido. esok ada kelas. kelas terakhir untuk sem ni. malam ade program jamuan makan...

bila nak tido ni? esok ada banyak program kot...

jap lagi la.. lepas melepaskan ketukan rindu kat papan kekunci ni.. tengok semua blog orang lain ber update. aku punye je yang tak.

nak jugak. nak jugak isi blog dengan cerita-cerita fiksyen pop aku. tapi... banyak halangan..

macam dalam subjek elektrik. Rintangan besar. Voltan malar. maka Arusnya sedikit..
itulah perumpamaannya.

x paham?.. x pe.. ini hanya satu karutan. x perlu paham.. terima je..

k.. sehingga bertemu lagi...

kemungkinan besar post seterusnye ni cerita pari-pari comel didalam hati... part 5.. final part..




dan aku masih ok..