2011-01-27

Pari-pari Comel Didalam Hati


Pagi ini indah. Aku nampak keindahannya yang menyorok disebalik langsir biru itu. Menyorok senyap tatkala manusia lain masih bergaduh dengan mimpi pada jam 5.45 pagi ini.

Aku bangun, berwuduk, lalu solat dan selepas itu aku duduk dihadapan laptop ASUS ku. Berdiam diri. Cuba bermuhasabah sendiri. Ku pejam mata, ku buka hatiku. Tiba-tiba seorang/seekor/satu pari-pari kecil keluar dari hatiku dan hinggap di para-para meja belajarku. Ia comel, genit, tersenyum melihat diriku. Aku tersentak sambil cuba membalas senyumannya.

Kamu dari mana? soalku. Dari hatimu, katanya. Bagaimana? Aku tiada kamu dahulunya, tanyaku. Aku baru wujud, lahir dari hatimu, jelasnya. Bagaimana? tanyaku (lagi). Aku lahir dari perasaan cintamu dan percayalah... terima kasih kerana melahirkanku, jawabnya.

Siapa yang aku cinta?? tanyaku. Itu persoalan untuk otakmu, bukan untuk hatimu, katanya. Kamu hatiku? tanyaku lagi.

Tidak. Aku pari-pari comel dari hatimu menyampaikan khabar berita bahawa kamu telah jatuh cinta, katanya.

Aku pandang matanya. Dia balas dan senyum. Dan akhirnya di hilang dek cahaya matahari. Aku tahu dia kembali ke hatiku.

Aku ke kelas pagi itu dan masih berfikir sehinggalah aku teringat ada perkataan di pakaian pari-pari comel itu tadi. Dan aku yakin ia adalah sepatah nama. Nama itu adalah....



-syamim-
26/01/11
8.32 malam sebelum mengajak amran ke k9 untuk makan malam...



*gambar hiasan

2011-01-24

Thaipusam Holiday

Jalan-jalan sempena Thaipusam
Danga City Mall, Restoran depan masjid Kg Melayu Majidee, City Square.
20 Jan 2011
Kelolaan; Abang Jimie a.k.a Adam a.k.a Apek
Aku: ahli turut serta
Turut serta: Faizal, Mus, Kak Ain, Zulik, Aiman.

Tepat jam 12 45 tengahhari hari yang bosan itu,(thaipusam). Faizal hantar msg kat aku nak jalan2 bersama Apek bersama MT Smart Camp yang lain. Aku tidak lepaskan peluang. terus sambar peluang yang ade ketika hari bosan itu.

Pukul 2 kami berkumpul. Cuba mencari ahli seramai mungkin dan akhirnya hanya 7 orang yang berjaya dikumpul. tak pe la. asal ade orang. Pergi dengan 2 kereta, MyVi dan Kancil. kami memulakan perjalanan sempena thaipusam yang mulia bagi penganut hindu ini.

first checkpoint, Danga City Mall. Bermula dengan tujuan bermain bowling, selepas masuk tujuan tu hilang dan telah dipengaruhi oleh game lain seperti archery, paint ball dan karaoke. bincang punye bincang, akhirnya kami sepakat untuk bermain bowling selepas melihat beberapa faktor; mahal (paintball) dan bosan (archery). Mendaftar bowling. kena que dulu sampai kul 4 30 ptg. ketika itu jam 3 30 petang. untuk menghilangkan bosan, kami karaoke dulu sehingga lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin. selepas itu baru start main boling.

Telah ditakdirkan aku bukanlah pemain boling yang baik.

Selepas itu, kitorang terus menuju ke kampung Melayu Majidee untuk merasai Murtabak Spesialnya. Sampai tersesat dan terus tersesat. Sehinggalah terpaksa mengikut kata hati. dan akhirnya sampai tepat pada azan maghrib.

Ketika makan, mencari hala tuju seterusnya. ade beberapa option; tengok movie(CS), karaoke(lagi?) (danga bay) ataupun balik (UTM). aku tak nak balek. dan aku pilih no 1. diorang pun same.

Dan cerita Faster menjadi pilihan. pukul 11 kami keluar panggung dan pukul 11 20 kami jumpa kereta kami. begitu complicated sekali parking di CS. kami pun pulang memandangkan aku akan pergi ke Mersing pada jam 8 00 pagi keesokan harinya.

Penghargaan
Terima kasih kepada yang mengajak. Dan memang gembira jika dibelanja.



*maaf, tiada gambar di tangkap... tak tau kenapa.

Kem Profesionalism 2011 ; Smart Camp


KEM PROFESIONALISM
Smart Camp KTC
16-17 Januari 2011
Tiram Indah Village
Pengarah: Syafiqah Arbain
Aku: Unit Keselamatan

menyibukkan diri


First program tahun 2011 dari kelab Smart Camp. Kem profesional bertujuan untuk memprofesionalkan kami dari segi pengurusan, fasilitator dan protokol.

Permulaan
first time aku jadi ajk dalam sesebuah program. dengan pengarah yang boleh diharap. aku memikul tugas ini. aku ingat ini unit paling mudah dan ia ternyata mudah. haha.

sedang menyiapkan montaj

Isi
dalam tempoh 24 jam kitorang kat sane. telah disogok pelbagai input. bagi aku, agak kecewa paling gagal menjadi peserta. pengarah suruh aku jadi ajk sepenuh masa. aku terpaksa belajar dari slot2 yang disediakan ditepi dewan. kecewa? tidak.. sebab aku seperti dapat berehat tanpa berbuat ape2.. Slot2 yang ade adalah pengurusan kertas kerja; antara yang menarik perhatian aku demi program akan datang, Slot Fasilitator cemerlang; slot yang aku suke gak. dikelolakan oleh Kak Ain, Majlis Alumni Smart Camp. dan akhir sekali; protokol, Faizal(pengarah smart camp) menjadi penceramah yang cemerlang, tapi oleh kerana aku kurang suka slot ni, aku hanya bermain2 sahaja.

Penutup
satu perkataan; PUASHATI. Itu yang aku dapat ungkapkan kerana kebanyakan ajk kem ini dan pengarahnya sekali adalah budak first year dan kami dapat membuat sesuatu yang berguna dan lancar sperti ini. terbaik.. terima kasih semua...


para jelitawan yang turut serta


*semua gambar diambil dari facebook Kak Ain tanpa kebenaran. Harap maklum...




2011-01-10

AJL 25: Antara Puas Hati dan Kepuasan Diri


AJL 25 baru habis malam tadi. Satu kejutan pabila Ana Raffali ditabalkan juara mutlak. Satu kejutan pabila Drama King hanya mampu dapat nombor dua padahal ia adalah lagu favourite dan aku agak terkejut pabila persembahan Hanyut menang persembahan terbaek. Apabila memikirkan semua tu kembali. Siapa aku untuk menilai muzik macam tu. Lebih baek bagi tugas tu pada M. Nasir dan konco-konconya.

Ok.. ini komen aku. Keseluruhannya persembahan ok. Tidak terlalu havoc seperti taun-taun lepas. biase je. dan tiada kontroversi illuminati(?). Cume pengacaranya. mungkin dah sampai masa untuk tukar pengacara lain. mungkin..

keputusan: macam biase. tidak kontroversi maka tidak hebat diperkatakan. Aku berpuas hati. (sebab aku suke lagu tu kot). Tapi aku lagi suke kalau Drama King yang juara. Bagi persembahan plak, aku x rase Hanyut patut menang. Bagi aku persembahan Tolong Ingatkan Aku ala -ala teater tu lebih best diikuti dengan tembakan Hafiz masa lagu Noktah Cinta (kalau kene tembak btol camne?). Selamat Malam pun menarik perhatian aku jugak. Tapi hanyut yang menang. Satu sebab: kelainan. Ada elemen air disitu. hehe.

Kekecewaan: beberapa persembahan. paling mengecewakan aku adalah persembahan Stacy. Asal la dia ikut macam video klip dia. X gempak langsung. Lagi satu mungkin dia kurang menari kot.. Lagi satu Shahir. Ni x yah komen la. Aku rase cam aku dah lupe ape die persembahkan malam tadi.




tahniah!!


A.P.I.. aku suke lagi die.. persembahan die gempak. Tapi x layak jadi juara. sebab Ana Raffali lebih best.

Nota Kaki: aku x kesah pun sape jadi juara. yang penting penilaian bukan dari SMS..

2011-01-07

SEM 2


mudah jawapan untuk sem 2 ini..
jawapannya adalah aku kene berubah.. dari hebat kepada lebih hebat. ini hanya provokasi diri. sesungguhnya aku amat menyesali sem 1. bukan kerana kesusahan subjeknya, bukan kerana kesibukan aktiviti kelabnya, tapi adalah kerana diri sendiri. refleknya adalah pada result bukan kepada lecturer ataupun pada prestasi kelab.


aku suke status ini. seperti aku x perlu berubah. tapi aku perlu. menaikkan balek prestasi zaman dulu. bukan kerana aku mengejar anugerah dekan atau anugerah penghargaan kelas pertama. tapi just ingin cop tempat di sebuah institusi starikat yang gah. melihat kepada senior2 ku yang pointernya kurang. amat perit. nak latihan industri pun susah.

oleh kerana itu azam baru... tidak, azam lama sebenarnye. cume dibaharui sahaja. perlu lebih agresif didalam kursus yang agresif atau aku akan ditelan kesusahan. tu je.