Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2010-03-29

Class Party!!!



akhirnye, para student Kolej Matrikulasi Pahang sudah sampai ke satu masa yang sangat sukar untuk dilalui, iaitu mase untuk study week serta bersedia untuk berpisah ngan kawan2 yang dikenali sejak setaun lalu, lebih2 lagi classmate. Oleh sebab itu, kitorang sume wajib ade jamuan klas dan itu la ape yang klas 1F04 buat pade petang semalam 28 mac bermula jam 5.00 ptg..

Kitorang punye menu hanye la nasi goreng dan ayam yang belum dibakar, dan tugas kitorng ptg tu adalah membakar ayam. Bertempat di satu sudut di tepi tasik, kami meletakkan barang2 lalu mencuba memasang api secara manual. Agak lame la pasang api coz angin ptg tu kuat. Setelah lame menunggu akhirnye, api yang dipasang oleh Duwe menjadi juga. kitorang pun startla membakar.

Ketika membakar tu la ade episod2 gembira dimane diorang telah memulakan permainan perang tepung. yeah... x sangka leh men tepung2 plak mase tu. habis hilang sume konsentrasi aku untuk membakar ayam tu dek kerana kekejaman member2 ku itu.. x gune punye kawan.. hehehehe

x cukup ngan tepung, diorang wat lak belon isi air, dan aku juga menjadi salah sorang mangsanye. ptg itu perangai diorang (bukan aku) x ubah macam budak lima taun bergembira bermain bersama kawan2. setelah lame menunggu, lebih kurang kul 6 ptg. kitorang pun makan ayam yg dimasak. Walaupun dimasak oleh amatur, tapi dah lapar, telan je la...

Party tu abis pada pukul 7.30 malam selepas azan maghrib berkumandang. Selepas mengagihkan cokelat dan sesi bergambar, serta menyiapkan pembakaran ayam yang belum abis dibakar, kami pun balik ke blok masing2 dengan hati yang gembira.

Pendek kate, aku x sangka party ni leh jadi havoc camni. dengan aku dok lari2 kejar dak2 tu, diorang pun dok kejar aku. main baling2 tepung (ni yang aku x leh terima). abis jadi orang putih jap ptg tu..tapi secara overall, aku suke ngan party ni.. kitorg dapat reduce sikit tension yang ade coz minggu depan dah start exam... one of the best part of my life.. hope it will be one of our memory from the short term in matric.. tq u all. and All the Best for PSPM II..

2010-03-12

TAHNIAH!!!!




salam semua...
dikesibukan aku kat kolej ni menyiapkan diri utk menempuh PSPM II yang akan menjelma, ade berita menggembirakan datang dari sahabat2 sekolah lama ku... ya.. result Sijil Tinggi Agama Malaysia 2009 telah keluar bersama result sijil tinggi malaysia...

pasal SPM, aku x berapa nak amik tau coz bukan batch aku pun, just junior2 aku je.. sepupu aku pun leh dapat 8A.. tahniah utk die ar...

Aku nak cite dak2 STAM 2009 ni... batch aku, aku dah tanye beberapa member aku.. masing2 dapat result gempak.. memang aku x sangka ar.. malah sekolah aku pun menghasilkan 11 orang mumtaz daripada 422 orang mumtaz dari seluruh negara.. lagi membanggakan sekolah aku juga produced the best student in selangor... 10 subjek.. mumtaz sume.. Nabielah Ramlan namenye..

Malam sebelum tu, die mesej aku memberitahu kerisauannye dgn result die.. lagi2 die ade mcm2 masalah.. pelik tul la die.. aku pun tenangkan die.. dan Alhamdulillah.. resultnye molek lagi gempak.. dan beberapa lagi kawan2 pompuan aku juga mendapat result yang bagus2. cume dak2 laki je kureng cket...

aku berfikir kembali, ape agakny result aku jika aku amik STAM taun lepas... aku rase aku pun x ley jadi cam diorang. untuk menghafal 10 subjek tu bukan mudah... hafal tu.. kalo kat matrik ni konsepnye paham dan aplikasi.. kalo STAM, hafal dan paham... dua bende yang sgt berbeza... bile dengar diorang leh g oversea cam egypt, morocco, jordan pas ni. terdetik kat hati aku perasaan jelez(cket je)... Nabiela kate... "ko terer bab len, kitorang bab len"... hehe... tul gak kate die.. jadi kalo aku amik stam, x tentu lagi aku leh dapat camtu...

Pendek kate... aku meman bangga jadi member diorang, aku leh kate STAM lagi susah dari matrik ni... caya la korang... aku salute same korang... bagi aku.. buat rilek la suda..

2010-03-10

Penipuan FAM???




salam sejahtera semua...
pernah satu ketika aku berfikir. bagusnye pasukan malaysia leh main kat liga slovakia. x kisah la liga utama atau divisyen 1 je.. janji dapat main dan leh bersaing ngan diorang... beria2 la FAM kate pasukan tu dapat main and kutip mata kat liga slovakia... tapi hakikatnye... korang leh bace kat link ni...


UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.

Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata.

Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan. Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.


“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.


Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.


Ini membuktikan pemergian Harimau Muda A sebenarnya bukan atas tiket menyertai liga itu tetapi sekadar mengisi kekosongan masa pasukan yang tidak beraksi kerana penarikan diri ZP Sport Podbrezova.

Sedangkan apa yang dikhabarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini bahawa lawan pasukan negara akan mendapat mata pada setiap perlawanan ‘kompetitif’ di kaca mata badan induk bola sepak tanah air itu.


Malah lebih mengejutkan, FAM tidak keberatan melabur sejumlah wang yang besar apabila membayar semua perbelanjaan kelab Slovakia bagi setiap perlawanan persahabatan itu.

Sedangkan Azzuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa FAM bukan bodoh menanggung perbelanjaan pasukan yang akan bertemu dengan Harimau Muda A sepanjang lebih tiga bulan berada di sana.


“Maklumat yang saya terima, Malaysia (FAM) membayar perbelanjaan kelab-kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu. Saya tidak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran yang dikenakan kerana perjanjian itu diuruskan Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK),” katanya.


Harimau Muda A berpangkalan di Vion, Slovakia, sejak 21 Februari lalu dan mengharungi perlawanan ‘liga’ pertama dengan Sala yang berkesudahan memihak kepada pasukan lawan 4-1 dan kemudian tumpas 2-0 di tangan MFK Ruzomberok B Sabtu lalu.


Skuad itu yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dihantar ke Slovakia selepas mereka diibaratkan oleh Azraai seperti merempat di bumi sendiri kerana tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.






Ya... Inilah kenyataannye... mule2 aku x caye... tapi selepas buat seikit selidikan.. ternyata artikel ni btol... kalo x caye cube tgk link ni..

http://www.futbalsfz.sk/ligy/muzi-prva/vysledky/

x ade pun malaysia U-21 dalam table liga tu... dan x ade pun schedule liga yang melibatkan Malaysia... liga ni pun dah bermula lame dah... dah masuk matchday ke 20...

ape ni.. kalo cakap perlawanan persahabatan je aku leh terima.. tapi FAM besar2 kan isu Malaysia dapat masuk liga tu dan leh kutip mate.. camne la bola kite nak maju kalo orang atasan sendiri x tulus camtu.. aku pelik ar...