2012-11-25

Toward d'limit


Towards d'Limit
12-14 November 2012
Hutan Rekreasi, UTM
Smart Camp bersama SMK Sri Lalang
Aku: Ajk Modul + Keseronokan diri.


Aku rasa dah lame sebenarnya tidak lagi menulis entri. sejak seminggu lepas aku membaca buku karangan Fdaus Ahmad, pastu baru aku rasa tangan gatal nak menulis semula. Anggaplah buku Fdaus Ahmad itu adalah buku motivasi kerana aku kembali menulis. Tapi tak tahu la sampai bila aku boleh terus menulis ini.

Seperti biasa, skop penulisan aku terhad. Aku hanya suka menulis tentang kelab aku. Ok, bukan kelab golf, polo atau kereta. Tapi kelab yang biasa-biasa sahaja di mata yang menyediakan khidmat yang orang lain kata mulia tapi aku kata pengalaman. Kelab Smart Camp.

Kita mulakan dengan aku ye, memang menjadi penghormatan bagi aku untuk menjadi Ajk Modul. Bagi sesiapa yang tak tahu, Ajk Modul adalah Ajk mempermainkan orang, dari segi fizikal mahupun mental. Macam KIRA dalam cerita Death Note. Jadi boleh kata aku berperangai seperti KIRA la ni. Tapi sehebat-hebat kita sebagai Ajk Modul (aku tak hebat pun, kalo kene kritik ngan Super Senior pasal kerja kita tu dikira hebat ke?), kite kena gak ikut kate klien. Dalam hal ini klien adalah Guru SMK Sri Lalang.

Jika klien inginkan bbq, kite kene la susun tentatif untuk wat bbq. Kalu klien inginkan masuk hutan tak keluar-keluar, kita kena la ikut kemahuan dia. Untuk kem ini klien inginkan pertandingan kawad kaki dibuat pada hari terakhir. Dengan pengetahuan adik-adik peserta tentang kawad kaki yang kebanyakan hampir 0 pengetahuan dan dengan hanya 7 atau 8 orang satu kumpulan ingin melakukan kawad kaki secara bijak dengan 0 pengetahuan di hati. Memang menjadi satu cabaran kepada kami para fasilitator. Lebih-lebih lagi untuk jurulatih kawad itu nanti, yang juga salah seorang dari kami.

Sekarang semua sudah setel. Dah nak masuk hari kejadian. 10 haribulan tu masih lagi induksi. Aku pun keluar ke Sri putri untuk menghantar rozana ke tempat tunggu bas. Pada masa yang sama aku pun nak beli tiket untuk balek ke sabak bernam. Semua aku da rancang dengan baek. aku nak balek hari ahad malam yakni 11 november. Tapi apa yang aku terlepas pandang adalah Deepavali. Damn. macammane leh ada deepavali lak hari selasa tu. dan aku pun pergi lah ke kaunter yang aku selalu pegi dan dgn machonya aku berkata kepada india itu. "Sabak bernam ada?esok malam?" Dan akak India tu mula la sibuk bertelefon. Semua kata tak ada. Pastu akak tu pegi tempat lain dan kembali dengan berkata kat aku. "da abis la esok malam".

Aku balek la dengan hati yang kecewa. Dipendekkan cerita, esoknya aku pergi lagi dan aku dapat tiket yang aku idamkan. Kenaikan harga sehingga 40% aku da tak hirau. Janji aku aku dapat balik. Malam 12 haribulan tu la aku balik, dengan semangat berkobar-kobar ingin mencium tangan mak abah dan konfemla ingin bertemu dengan kucing-kucing lagi-lagi bila aku dapat tau ada sekor kucing baru.

Malam tu aku naik bas dengan hati gembira, tak ada kerisauan walaupun 90% dalam bas tu adalah rakyat malaysia berbangsa India. Aku tak kisah, kita dalam Malaysia, yang penting aku dapat balik rumah.

oh, pasal kem tu, ia berjalan lancar. Post mortem aritu pun dapat makan chicken chop. Terima kasih Kamarul.

2012-11-09

Lagu LeeSsang...




untung bagi sesiapa yang perasan kononnya nasib dirinya sama macam klip video diatas.
untung bagi sesiapa yang perasan kononnya diri kamu dan diri dia macam bercinta tapi masing-masing ingat tiada hati untuk pasangan.

kenape untung?

cuba tinggalkan dia. dan kamu akan menyesal...


aku selalu fikir. kan bagus kalau kita bercinta untuk masa depan..