2011-06-20

bahagianya menjadi orang bodoh


tahukah anda, menjadi bodoh itu satu kelebihan. disini ade beberapa contoh yang kuat.

2011-06-19

Aku juga inginkan die, tapi bukan seperti orang lain... (part_2)

part_1

Malam itu, Samantha berseorangan di perkarangan kolej, diluar dewan. Menunggu seseorang yang dia tidak tahu siapa. Kemudian hadir seorang pria, 'man in suit', cuba mempelawanya untuk menjadi pasangannya untuk malam itu. Samantha menerimanya, kerana katanya pada Luke, dia akan punya pasangan malam itu. Walhal keadaan sebenarnya adalah Samantha menang tiada pasangan.

Nama pria itu Zach. Sekelas dengan Samantha. Tiada sebab untuk Samantha menolak kerana pria itu rakan sekelas, sekuliah malah pernah satu kumpulan perbincangan semasa MUET. Zach, pria yang popular kerana kelurusannya, kebijakannya, ke'nerd'annya dan ketidaksosialnya. Untuk dia hadir ke parti itu sahaja membuatkan Samantha pelik. Tapi persetankan semua alasan. Yang penting dirinya punya pasangan malam itu.



2011-06-15

Tengahari ini...


Tengahari ini, lepas habis menebang pokok pisang belakang rumah. Aku cepat-cepat capai seringgit tiga posen dalam purse, ambil kunci motor. Pecut ke kedai Kamal, beli air botol perisa laici buatan kampung. Kemudian memecut kembali ke bendang tengok sawah hijau meluas sambil minum air botol perisa laici untuk hilangkan penat menebang pokok pisang tadi....

Amacam?? Cara x?? (sambil angkat kening sebelah)..




~Padi padiku masak berwarna emas~
~Rasa hatiku gembira paling puas~
~Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi~
~Pergilah pergi wahai burung jangan hinggap~
~Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi~
~Semoga engkau tidak akan kena tangkap~


*itu lirik lagu. bace kena ade irama. sape yang tak tahu. sila cari. jangan tanye aku...

2011-06-09

ini analogi hepi besday ku.

Hari ini sudah masuk muka surat ke 7305. Chapter ke 20, masih terus membaca, kekadang terselak muka surat yang belakang. Chapter ke 18, paling disukai, tersenyum lebar. Chapter 16, 17. Taman-taman kenangan. Indah-indah belaka. Bodoh-bodoh belaka. Para watak memainkan peranan dengan baik. Tiada cacat cela. Tiada indah khabar dari rupa.

Alhamdulillah, dikurniakan 20 chapter dengan tulisan kaler-kaler cukup menghiburkan sekalipun kekadang kalernye palat, kekadang kalernye haram. Tapi percayakah anda, buku ini ade pelanginya sendiri, ade spektrum kalernye sendiri, ade taman bunga dengan bunga paling indahnye sendiri.

Taman bunga yang ade lakaran. 3 bunga semuanya, semuanya lakaran. Hanya lakaran. Belum muncul yang 3D. Belum ade yang pasti. Tapi dengan lakaran itu sahaja dapat, dapat membuat aku tersenyum, bergelak, bertenang hati. Tersenyum syukur, bergelak syukur. Kerana aku tahu, DIA cipta ia untuk aku kenal ia, walaupun bukan untuk aku ia.

Dan malam semakin larut. Sehingga tinggal beberape baris ayat untuk dihabiskan muka surat itu. Pabila ia tamat, alunan muzik akustika Stay dari Estrella dari gitar kapok Yus menjadi tatapan sisa-sisa hari aku.



2011-06-04

extravaganza dalam satu gambar


Dalam satu kotak, ade segerombolan huruf, aku dan Saidah memasukkan tangan kedalam kotak itu dan mengambil Fizul, Bob, Haiqal, Fadzil, Nazirul, Zakwan, Syafri, Arif, Syakir, Nysa, Dyna, Aien, Syiren, Nasha, Sofia dan Azeera, dan letakkan ke atas sehelai kertas. Ia terbentuk satu perkataan, terbaik.



*mereka semua adalah manusia-manusia hijau. gabungan kaler merah dan biru.