Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-04-11

Fabel : Cik Virus I

Pari pari comel didalam hati.

Ini untuk episod ke berapa, aku tak tau. Hilang untuk beberapa bulan, bukan bermakna ia tak wujud. Tapi ia berkembang, tak pesat tapi cukup untuk menggembirakan kedua pihak itu. Entah bagaimana, pihak-pihak lain turut bergembira. Manusia, fitrahnya bergembira terhadap satu kebahagiaan.

Alkisah bermula pabila satu masa itu, pari-pari comel telah muncul. Ia samar-samar comel tapi tetap muncul. Dia berkata "Ape yang kamu buat ni?"

Pagi-pagi lagi ia dah buat kacau. Sungguh. Bangkitlah matahari, halau pari-pari ini jauh dari aku. Kunci ia dalam hati ini pun tak apa asalkan ia tak mengacau minda separa sedar jam 7.03 pagi ini. Beberapa minit kemudian, ia hilang. Seperti biasa, alah pada cahaya matahari.

Keesokannya perkara sama berlaku, lusa, juga sama. Bukan aku mahu abaikan dia, cume aku malas nak layan, lagi-lagi pabila pagi-pagi lagi dah menjerit "ape yang kamu buat ni?" kat aku.

Annoying wei. Perosak kenyamanan pagi. Aku perlukan ketenangan pagi. Bukan pekikan.

"Aku tak mahu duduk dalam hati kamu lagi." dia bersuara.

Kenapa ni. Masih tak kisah akan dia kerana tau bila matahari naik, maka dia automatik ke hati ini. Melainkan dia ingin pergi. Ah.. jangan, aku tak ingin kisah lampau berulang kembali.

Kenape? ini tanya aku.

Terlalu besar, terlalu berhias cantik. Aku tak selesa. jawab dia.

Melihatnya dengan penuh tanda tanya. Ha?

Kamu sengaja melakukannya, dulu kamu kata tak mahu begitu tapi kini...

Dia berhenti bercakap dan aku masih keliru.

Kamu menyayangi cik virus.

No comments: