korang pike korang leh kalahkan aku.. mimpi je der..
Nathan's Hot Dog Eating Contest adalah pertandingan tahunan anjuran Nathan's Famous Corporation sejak tahun ----- lagi. Syaratnye mudah. Makan seberapa banyak Hotdog dan Bun sekali dalam masa 10 minit. Hotdog ye. Bukan frankfurter.
Saiz Hotdognye besar. Bukan cam saiz kebab yang dijual kat pasar malam. Bukan. Ia lebih besar. Bagi sesiapa yang pernah makan A&W. Coney Dog. macam tu la besarnya. Mungkin 1901 Hotdog pun camtu gak kot.
Tapi yang pasti pertandingan ini diadakan pada 4 Julai setiap tahun. Dan tahun ni ada 16 peserta dari seluruh dunia yang berani sahut cabaran. Pemenangnya adalah Joey 'Jaws' Chestnut. Gelaran kali ke-5 berturut-turut dengan 62 hotdog berjaya ditelan.
No.2 Patrick "Deep Dish" Bertoletti dengan 53 hotdog berjaya ditelan.
pilihan pertama dan pilihan kedua bersaing..
Dapat no.2 je tapi tetap dapat buat gaya menarik
Untuk makluman. Rekod dunia adalah 69 hotdog berjaya ditelan dalam masa 10 minit.
Pemegang rekod berkenaan adalah Joey Chestnut. Dia juga pemegang beberapa rekod dunia yang berkaitan dengan makan paling laju dan banyak.
Teknik Pemakanan laju dan berkesan.
1. Kekuatan rahang.
Rahang perlu kuat untuk menggigit sebanyak mana hotdog yang disumbatkan kedalam mulut. Selalunya peserta akan mengasingkan roti dan hotdog. Hotdog dimakan begitu sahaja dan rotinya akan dimasukkan kedalam air supaya mudah untuk digigit. Teknik itu namanya "dunking"
gaya yang betul untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
2. Esofagus.
Esofagus perlu dilatih supaya dapat menjalankan proses peritalsis dengan cepat dan hotdog yang ditelan akan sampai cepat ke perut. Selalunya teknik "Carlene Pop" digunakan iaitu melompat-lompat ketika menelan hotdog supaya sampai ke dalam perut.
3. Perut.
Perut juga perlu dilatih untuk mengembang 400% lebih besar supaya dapat memuatkan hotdog yang ada. Banyaknya lemak pada perut akan menekan perut itu dan tidak boleh mengembang seperti yang dingini.
4. Teknik Khas.
Juara sebelum Joey Chesnut, Takeru Kobayashi melopori satu teknik bernama "Solomon Method" iaitu membahagikan hotdog kepada dua bahagian dan makan dua bahagian hotdog itu sekali dan kemudian baru rotinya. Teknik itu berkesan. Pasal tu Takeru Kobayashi pernah menang pertandingan ini 6 kali berturut-turut.
pertandingan 10 minit camni pun ramai yang datang tengok..
pelik betul la orang2 Amerika ni
Tahun depan ada lagi. Kamu x nak cuba ke??
1 comment:
ini bukan sejenis sukan
Post a Comment