2012-02-03

pelangi petang

Cahaya putih,
Meluru kearah prisma semulajadi,
Laju dan padu,
Prisma dilanggar, oleh sesuatu tanpa berat dan jisim, tapi punya tenaga,
Menghasilkan tujuh cahaya lain,
Asal usul pelangi.

Petang-petang begini lah,
Ketika berjalan bersama angin petang,
Minda melayang selari dengan ketenangan petang,
Burung-burung semua bergegas pulang petang.
Itik juga,
Pada saat inila,Indahnya pelangi petang,
Tak bercahaya namun tetap berseri,
Tapi cukup menghiburkan hati ini.
Ia bukan sentiasa ade,
Tapi sayang kena ingat,
Cahaya putih itu tetap ade,
Dan prisma itu modulasinye,

Jika tiap-tiap hari punya pelangi petang,
Baik tengok pokok pisang tepi jalan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

2012-02-01

Malas

Jika malas itu berupa sesuatu fizikal yang indah. Ternyata aku sedang indah sekarang ini. Tapi kau kena tahu bahawa aku sedang cuti semester, jadi aku punya hjak untuk bermalasan walaupun keadaan sebenar tidaklah semalas mana. Seperti satu pusingan. Malas dan sibuk. Lepas sibuk jadi malas, pastu sibuk balek.. huh...