Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Powered By

This Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

2011-07-30

AKU & 24HRS L.I.A_D.I.Y

tekan banner untuk join

Owh.. kita lihat di bandar-bandar besar kita. dimana semua manusia bergerak pantas mengikut arus pembangunan. tidak tahu kelajuannya. tidak nampak pergerakan masanya. tanpa sedar kita dah berada beberapa jam selepas. kamu tidak tahu. orang inggeris kata, masa itu emas. orang arab kata masa itu pedang. sesiapa yang tidak memotongnya akan dipotong olehnya.

John F. Kennedy pernah berkata:
The great French Marshall Lyautey once asked his gardener to plant a tree. The gardener objected that the tree was slow growing and would not reach maturity for 100 years. The Marshall replied, 'In that case, there is no time to lose; plant it this afternoon!'

"tengok. tengokla pada pengemis-pengemis tua di kaki-kaki lorong. merayu meminta sedekah daripada kita semua. apa yang kita buat? hulur seringgit untuk kesenangan dia. juga untuk kesenangan di hari kelak. tapi mahukah anda semua menjadi mereka. merempat tepi jalan. dipandang serong orang. tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah. itu prinsip yang kita pegang. Mereka yang merempat itu pasti ada kisah hitam waktu mudanya. mungkin seorang anak derhaka. mungkin seorang yang kaya tapi dilanggar geruda hitam rakan perniagaannya. mungkin juga pewaris manusia-manusia merempat. tapi yang pasti mereka mensia-siakan masa mudanya. mereka mungkin tidak fikir apa yang berlaku kemudian hari. Oleh itu, mari sama-sama kita menggunakan masa yang ada. untuk mengumpul segala harta yang ada. tak salah mengumpul harta. asalkan kita bersyukur kepadaNya. mari-mari, dengan ada beberapa downline dibawah kita. kita akan dapat untung yang besar, insyaAllah. yang penting usaha. maka ganjarannya akan ada dihari kelak."

dan kemudian si salesman MLM pergi ke tempat lain mencari downline.

"Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa. didalam firmannya di surah Al-Asr.
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. jadi, disini, kita dapat lihat betapa ruginya kita. sehari berapa lama kita beribadah. campur, tolak, darab, bahagi. yang wajib dalam satu jam sehari. yang sunat belum tentu lagi. satu jam dari 24 jam dalam sehari. sikit benar. kenapa? kenapa kita hanya memperuntukkan satu jam dari 24 jam sehari untuk kita beribadah kepada Pencipta. sebab kita kejar harta. sebab kita layan nafsu kita. segala jenis nafsu, segala jenis perbuatan lagha. semua kita layan."

dan ustaz itu terus memberikan tazkirah kepada pendengarnya.

"hello, kenapa telefon aku ni? aku tengah sibuk ni. aku kat Tokyo. ada konvensyen. pasal bisnes sikit. ko tau je la aku macammane kan. ape? owh. ok2. nanti aku bagi dia duit. macam biase la. bile? aku tak tau. aku sibuk sangat 2, 3 bulan ni. bagitau die aku akan lawat die raya nanti. tu pun kalo aku sempat. minggu depan tak boleh. aku pergi Amsterdam. uruskan jual beli hartanah tu. 5 hari aku kat sana. ok. pasal sumbangan untuk masjid kampung tu ye. mmm.. ko check in kat diorang rm 500. duit yang Dato' bagi aritu tu. ye. duit yang dia bagi suruh kita tutup mulut tu.mesti diorang happy punya. ok2. nanti call balek. night party dah nak mula ni"

dan si bisnesman ini terus berbisnes.

"abang! abang nak tau tak orang sebelah ni dah miskin. habis bisnesnya lingkup bang."
"mana awak tau? awak tanye orang rumah dia ke?"
"x de la bang. makcik depan yang bagitau. dia kan tau serba-serbi. pastukan bang. dengar kata, semua barang-barang dia kena tarik. kereta, sofa, semua la. entah-entah rumah die pun kene tarik jugak bang. tu la. sombong lagi dengan kita."
"owh, bila awak jumpe makcik depan tu?"
"kan hari-hari saya bersembang ngan dia. macam-macam cerita saya dengar bang. lagi satu kan bang. tadi saya masuk satu lagi program MLM. saya dah ada 4 orang downline. esok saya nak cari lagi la bang. boleh kaya cepat. hihihi"
"boleh lah kita pergi umrah pastukan?"
"kita beli lah sofa, langsir, katil baru dulu. pastu ada lebih boleh lah ke sana."
"mmm.. jadi esok awak pergi cari downline la ye."
"ye bang. esok x boleh la saya masakkan makanan tengahhari untuk abang."

dan mereka terus bersembang seperti biasa.

24 jam kita sungguh unik. macam-macam hal berlaku.
24 jam kita mencari hartaNya.
24 jam kita mencari ilmuNya.
24 jam kita mencari rahmatNya
24 jam kita mencari nikmatNya
24 jam kita mencari keredhaanNya.

dan terpulanglah kepada kalian untuk memilih.

yang baik itu dari ALLAH. dan yang buruk dari aku sendiri. smile.

2011-07-29

Harimau Malaya 2022


Bila budak2 ni nak besar ha. tak sabar nak tgk diorang banggakan malaysia di mata dunia.

diorang ni team sekolah rendah tun dr ismail, kg tebuk pulai, sabak bernam.
pencapaian: tempat kedua kejohanan bola sepak bawah 12 tahun MSSD sabak bernam 2011.

permata negara ni.

*malaysia mane main import2 ni...

2011-07-27

If Until You Were Gone



if - taeyeon(SNSD)

Because im a fool,
i can only look at you from a distance
maybe your heart will turn away
and so like that
we would become distant again
because im really fool
i cant say i love you
because maybe I am afraid of the pain
and i afraid my days become sad

-lagu ini seronok didengar ketika duduk ditepi sawah padi pada waktu petang sambil kunyah biskut cicah air teh panas.



Chipmunk ft. Esmee Denters

I'm too stressed,
let me try and not think
Close my eyes,
you're inside my lids
So I try not blink for one split sec
'cause show boating got my shit wrecked
Since you left,
nothing ain't right
Two different waves,
we had to part tides
Had a long-sighted vision,
it ain't the same with you missing
Didn't know how much I missed you until you were gone

-lagu ni sangat popular di henset aku pada masa kini.



macam kanak-kanak yang punya guli yang cantik. selalu bermain guli itu dan sangat sayang guli itu. tiba-tiba terbaling guli itu jauh. dicarinya, tidak jumpe. balik kerumah, menangis, teringat kenangan bersama guli itu. minta ayah belikan baru. ayah kata tak boleh. sebab tak pandai menjaganya. beberapa hari berlalu. terlihat seorang kawan bermain dengan guli yang sama dengan guli kepunyaan dia dulu. dia diam. lalu bertanya. mana dapat guli tu. kawan tu menjawab. jumpa kat situ, kat semak tu. dia diam. berlalu pergi kebelakang tadika. menangis disitu.

2011-07-13

Apabila Arsenal bertemu Malaysia

Jika tajuk diatas diwakili oleh maskot pasukan masing-masing, ia akan jadi begini.

The Gunners betemu Harimau Malaya

Gunners menembak harimau atau harimau mematahkan gunners. Tapi itu sume tak penting. Ini perlawanan persahabatan. Bukan perlawanan liga merembut kejuaraan. Arsenal pasti menang, pasti sebab Arsenal tak nak memalukan peminat die kat Asia. Cuba bayangkan kalau Arsenal kalah. Mungkin separuh dari peminatnya di dunia akan berpaling tadah dan sokong pasukan EPL yang lain seperti QPR, Blackburn mahupun Liverpool. Jatuh maruah sesuatu kelab tu kalau kalah dengan pasukan ranking 144 dunia.

Tapi kalau Malaysia menang, itu lagi bagus. Barulah Singapore berlatih bersungguh-sungguh nak kalahkan Malaysia.

Apepun bagi aku, saingan mesti sengit. Sengit macammana pun ia. Malaysia pasti dapat bagi tentangan macam lawan Man U dua tahun lepas. Tapi tetap kalah.

Bukan tak patriotik. Tapi realistik.

Sejarah Malaysia lawan Arsenal adalah yang paling membanggakan. Pernah menang 2-0 pada 13 May 1975. Dua hari kemudian 15 May 1975, lawan balek. Seri 1-1. Pastu Arsenal terus x datang Malaysia sampai tahun 1999. Time tu Malaysia kalah 0-2 hasil gol Nicolas Anelka ngan Emmanuel Petit.

Tahun 2011 siape ye yang menang??

Ini senarai pemain yang akan lawan Malaysia. Seperti perlawanan2 persahabatan yang lain. Semua pemain akan turun.


Jangkaan aku..
Malaysia 2-2 Arsenal.

Aku seorang realistik.

2011-07-12

Review Novel : Kasino - Saifullizan Tahir


KASINO
Saifullizan Tahir
FIXI
280 mukasurat
RM18.00

Novel kedua daripada FIXI yang telah berjaya aku habiskan. Macam orang korporat aku rasa semasa membaca dan membacanya. Kalau bab baca novel ni memang aku akan menghayati habis-habisan. Aku merasakan diri aku ni Dato' Narcissus dan masuk dalam kehidupannya dan tiba-tiba aku rasa macam aku penuh dengan dosa. Bergelumang dengan penipuan, penindasan,judi, arak dan perempuan. Tapi aku tetap bersolat, menjalankan tanggungjawab muslim ke 2. lima kali sehari, tak pernah miss, mesti solat walaupun solat jamak, tak tau arah kiblat ataupun sibuk ngan kehidupan seharian. solat itu satu kewajiban.

Dan kadang-kadang bila aku fikir pasal keadaan tu(solat tapi buat dosa), rasanya macam menghina Islam plak. Berani betul tulis karya macam tu. Tapi, perasaan tu hanya pada awal je. Semakin lama aku baca semakin terbuka minda aku (cewah..), menunjukkan bagaimana cara kehidupan kita semua sekarang ni (bukan ahli korporat je). Banyak buat dosa, banyak jugak buat pahala. Nak balance mungkin. Itu je point yang aku suka dalam novel ni.

Aku simpulkan penilaian aku dengan satu quote yang aku buat mengikut kehendak aku. "novel ni buat aku kenyit sebelah mata memikirkan kotornya kehidupan hedonisme seorang manusia".

Yang Best
Gaya penceritaan. Telah aku mention tadi kat atas, keseronokan baca novel ini adalah aku rasa sendiri yang aku ni macam Dato' Narcissus itu sendiri.

Yang Kurang Best
Jalan ceritanya yang sangat mudah dijangka. Tengok tajuk novel, baca sinopsis kat belakang novel dan buat kesimpulan. Pasti dan pasti jangkaan anda tidak akan lari jauh dari jalan cerita sebenar. Dah tentu jika anda membuat kesimpulan, anda tidak akan menyimpulkan cerita tersebut begini, Narcissus tiba-tiba mendapat penyakit barah hati kerana terlalu banyak menghisap cerut dan mendapat penyakit terencat keranan terlalu banyak minum Bulletin Palace (sejenis wain) dan akhirnya mati keseorangan di dalam Marina Bay Sand.

Ok, walau apa pun, FIXI tetap mengekalkan elemen celupar yang tidak dibendung itu disamping menyalurkan sedikit sebanyak ideologi politiknya. Ada baiknya dan juga buruknya. Yang penting disini, aku enjoy baca novel ini.

antara review dari blog lain

2011-07-05

Pertandingan makan hotdog paling femes kat Amerika

korang pike korang leh kalahkan aku.. mimpi je der..

Makan 62 hotdog dalam masa 10 minit. Kau boleh ke? Mesti tak buleh punyenye. Tapi manusia bernama Joey Chestnut ni boleh. Pasal angka 62 jugaklah dia jadi champion pertandingan Nathan's Hot Dog Eating Contest.

CONTEST : IANYA MENENANGKAN



ini contest... anjuran orang yang sedih dan aku masuk kerana aku tak mahu dia sentiasa sedih. dia suh aku letak gamba yang menenangkan. tapi aku letak gambar yang aku suke tengok bile aku nak tenang. ini gambarnye.


2011-07-04

Review : Malaysia 4 - 4 (a) Chinese Taipei





Ini review,juga pandangan aku pasal team bola paling aku sokong kat muka bumi ni, Malaysia.

Kat Bukit Jalil, 2-1. Aidil Rita Rudaini ngan Safiq Rahim golkan. Safee, Sharul Idlan, Khairul Fahmi, Mahali Jasuli cedera. Penyerangnya Badrol Bakhtiar, Abdul Hadi Yahya. Keeper Sharbinie Alawi. Diorang main penuh semangat. dengan gegak gempita penyokong tempatan. tapi menang 2-1 je. Tak pe aku kate. Sebab menang pun dah kira syukur dah,

Kat Taiwan. Kalah 3-2. Aidil Rita Rudaini ngan Safiq Rahim golkan lagi.

Diorang main OK pada awalnya, tapi pas dapat penalti, diorang main KO. haram betul. Main macam Malaysia main 5, 6 tahun lepas. Passing tak menjadi. Clearance tak jauh. Cakap pun tak guna, Sepak pun tak kena. Amar Rohidan tetap main x best. S.Kunanlan pun main x best.

Naseb baik Xavier Chan (Taiwan) tu tak main untuk first match. Boleh bungkus Malaysia kalau dia ade mase first match. Naseb baik jugak Sharbinie main best malam tadi.

Agak bengang gak la apasal Rajagopal masukkan Fadhli Shas dan bukan Muslim Ahmad. Kenapa Amirul Hadi keluar dan kenapa juga Badrol tak main malam tadi.

Man of the match : Sharbine Alawi
Flop of the match : Amar Rohidan.

Apepun, Tahniah untuk Malaysia. Sekurang-kurangnya layak untuk pusingan kedua. Target mungkin layak sampai pusingan ketiga je. Tapi bagi aku kalo layak masuk Playoff lagi bagus.

Pasni kena lawan Singapore pulak.

GEGAR BLOG JULAI 2011


ini satu segmen.. x de ilimiah pun didalamnya.

dia suruh aku tulis ape yang perlu ditanye. aku x paham ape yang diminta. tapi aku rasa aku tau nak tulis ape.

dalam blog ini ada beberapa cereka (cereka rekaan). agak2 kamu. mane paling glemer?

itu je.. sekian..

*nak join sila tekan banner itu.. rasenye x sempat sebab tamat pada pukul 2 ni..

2011-07-03

Pekan Frinjan 22



Semalam malam aku kesini. Cuba menikmati keindahan indie.

Ada lima khemah. Ada beberapa usahawan. Satu khemah untuk penjualan buku-buku. Satu khemah untuk penjualan makanan, minuman ketika lapar. dan tiga lagi penjualan fesyen-fesyen terkini.

Aku tak tengok sangat jual-jual tu. Tertarik kat buku-buku je. Sang Freud Press. Yang ada kat situ masa aku pergi, Aloy Paradoks. Sibuk macam orang jual popia kat Pasar malam sabak hari jumaat. Sufian Abas, duduk sahaja, macam mandor untuk si Aloy. dan ada beberapa lain yang aku kurang tahu namanya. Mungkin geng2 Paradoks kat situ.

Sebelum tu aku kat SACC Mall, Pesta Buku Selangor. PPAS. Sengaja pergi. (pukul 5.30 petang, pergi laman budaya, diorang maseh set up tempat untuk frinjan, pasal tu gi SACC dulu, buang masa). Pestanya besar. Lebih besar dari yang aku pergi 4 tahun lepas. Tapi jauh lagi kecil dari pesta buku antarabangsa PWTC. Beberapa booth menarik perhatian, macam PTS Publication, Gerak Budaya, ngan FIXI Publication. Yang lain2 biase-biase je. Karangkraf? Sudah tidak menarik aku lagi.

7.30 malam. Gerak ke laman budaya. Still sedang bersiap. 8.00 malam. Persembahan mula. Sunday Carousel, pastu Flutter by Orizuka pastu Mohd Khimal. pastu dah pukul 9. Aku balek. Maseh belum mahu terhibur lagi dah terpaksa balek.

Ambil mak aku kat seksyen 8 Shah Alam. dan terus menuju ke Sabak Bernam.

Dan sebab itu x banyak yang nak dikatakan tentang event tu kat sini..

Kesimpulan: Aku tak tau ape yang cuba disampaikan dalam entry ni tapi aku tau yang aku dah lama x update blog ini dan aku rase best pergi event ini sebab aku terhibur dan aku selesa berada didalamnya.

Pasni kalau ade rezeki aku nak lepak kat situ sampai habis.