Mula-mula aku dengar rancangan Lari ni aku da mula tak sedap
hati, bukan tak sedap hati rancangan ni tak best, tapi tak sedap hati rancangan
ni akan di bash orang. Sebab konsepnya yang meniru Runningman. Untuk pengetahuan,
Runningman adalah rancangan Korea yang paling berjaya bermula dari tahun 2010
dan sampai sekarang.
Dipanggil variety show, show dimana intipatinya adalah variety
sama ada game, musical performance, talk ataupun comedy yang mana biasanya di
conduct oleh seorang MC dan kebiasaan artis yang akan menjadi subjek dalam
rancangan begini.
Di Malaysia, tak banyak rancangan macam ni banding dengan
Korea yang berpuluh-puluh tahun menjadi hiburan itu satu keperluan dan setiap
tahun akan ber evolusi.
Tak adil disini kalau kita nak banding dua rancangan ini.
Bagi aku Lari adalah satu platform baru untuk kita tengok sejauh mana Malaysia
mampu membuat satu perubahan dalam industri variety show macam ni.
Kita cuba bedah rancangan lari ni walaupun baru dua episod.
Yang pertama, konsep, menjadikan Mr.X tu sesuatu yang misteri adalah satu benda
yang bagus. Tapi tidak bagus kalau ianya terlalu mengganggu kelancaran sesuatu
keseronokan tu.
Yang kedua, pemilihan artis, mula-mula memang aku x berkenan
betul dengan Azwan Ali tu. Kejadah dia ada dalam cerita camni. Memang dia
digunakan untuk menggamatkan suasana. Sekurang-kurang nya aku berharap dia akan
berlari sungguh-sungguh nanti. Yang lain, memang aku tak kenal.
Yang ketiga, game. Runningman banyak fokus dalam game,
komedinya dalam game. Lari, game nya entah kemana, komedinya hanya bila diorang
buat lawak sebab game tu sendiri. Deep ni. Tapi itu memang kelemahan besar
rancangan variety show Malaysia.
Yang keempat, prop. Biasa produksi Malaysia, tak berani nak
labur banyak-banyak untuk prop. Ye, memang dua episod ni tak banyak sangat prop
nya. Biasa la tu, tak glamor lagi. Tapi, apa kejadah nya, ada tiga kumpulan,
satu kumpulan merah, satu kumpulan biru, satu lagi merah campur biru. Serius mencacatkan
kredibiliti rancangan tu sendiri.
Yang kelima. Editing. Dengan sound effect, effect perkataan
dan effect-effect lain yang keluar tu adalah antara benda baru dalam variety
show Malaysia, bagi aku ia menghiburkan, dan bukan senang nak buat ia nampak
menarik. Tapi, editing footage, hancur. Lagi banyak footage yang tak penting
berbanding yang penting iaitu game tu sendiri.
Pendek kata, aku menyokong penuh variety show macam ni. Dulu
pernah ada redah kasi pecah tapi macam biasa, gagal dihati peminat. Dan
rancangan Lari ni adalah rancangan yang akan aku ikut dari semasa ke semasa,
nak tengok jauh mana dia boleh pergi.
Chow!
No comments:
Post a Comment