Powered By

This Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

2011-05-29

Manchester United VS Barcelona.



ramalan aku:

jika ditanye tentang ramalan aku tentang final champions league malam ni.. aku akan cakap "perlawanan malam ni akan berakhir dengan 0-0. leo messi x dapat sentuh bola. chicharito sepak bola kelaut sahaja. xavi ngan park ji sung injured. Rio Ferdinand, Rafael da Silva, Nemanja Vidic ngan Patrick Evra main passing sesama sendiri selama 50 minit. akhirnya barca menang penalti 15-14".


*sebagai penyokong kuat Chelsea ngan Real Madrid, x de sebab untuk aku mengharapkan final ini seronok.. kerana ramai yang bertanya tentang match malam ini baru aku rase nak meramalkannye..

2011-05-26

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


satu lagi jenis segmen yang aku sertai..

nak tau?? klik banner besar itu...

harap-harap terpilih..

peace yo...

2011-05-25

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

ini rase tiba-tiba.. secara tiba-tiba aku nak join segmen ini. mungkin sebab header ni baru bagi aku.. so, tiba-tiba rase nak join segmen ni walaupun sebelum x penah nak join ape-ape segmen pun..

cara menjoin.

1. aku dah buat entry bertajuk 'Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?'

2. aku letak header ni.
3. letak header blog aku... x yah la.. tgk je la kat atas tu.. malas nak kopi pes ling dia..

4. dia tanye, sape buat header ni.. aku jawab.. aku sendiri.. gune photoshop cs5, 2 jam aku siapkan. sebab tu x berapa nak cantik

5. anta link kat tempat komen entry ini --> http://www.sunahsukasakura.com/

sekian, terima kaseh...

Gas, Liquid, Solid Cinta Kamu




Dua orang berlainan jantina, berpakaian seragam sekolah sedang bermain-main cinta. Ya... cinta. Si lelaki mengeluarkan lighter membakar nafsu kedua-dua mereka lalu mengeluarkan asap-asap cinta. Maka, kedua-duanya mengumpulkan asap-asap cinta itu seboleh-bolehnya.

Si perempuan kata. tak puas dengan asap sahaja, tak boleh dipegang. Maka kedua-duanya mengkondensasi asap itu menjadi cecair yang bergemilauan. Ah.. cinta memang indah.

Si lelaki pula berkata. Yang bergemilauan perlulah diangkat, disanjung tapi keadaan sekarang tidak boleh. Maka kedua-dua mereka membekukan cinta itu menjadi satu solid kiub yang sangat indah. Mereka tersenyum puas sambil berpeluh-peluh kerana telah membuat cinta mereka sendiri.

Mereka mengangkat cinta bersama-sama. Tiba-tiba si perempuan terlihat jejaka lain. Si lelaki terlihat dara yang lain. Mereka tersandung, jatuh dan kiub cinta yang indah itu pecah berderai-derai, bertukar menjadi hitam. Mereka bertengkar sesama sendiri. 24 jam lamanya, sebelum meninggalkan sisa-sisa cinta itu bersendirian yang kemudiannya disapu oleh mak cik kleaner yang bertugas.

Terima kasih mak cik kleaner.

2011-05-24

review novel : PECAH



Tajuk : Pecah
Karya : Khairulnizam Bakeri
Muka surat : 355
Keluaran : Fixi
Nak beli? tekan sini
Nak bace bab 1 dulu? tekan sini

Novel melayu yang paling berani pernah aku baca. First impression; ape punye tajuk la.. asal la letak nama 'pecah'. Huduh sungguh bunyinya. Bace sinopsis belakang pun same. Kurang difahami. Rupa-rupanya pengkarya itu mahu pembaca membaca keseluruhan novel berkenaan. Bagi aku ia sangat cantik, dari segi bahasa (sampai aku susah nak faham), dari segi penceritaan (timeline yang sangat teratur), perkembangan watak (semua berkembang mengikut jalan cerita, takde satu pun yang tertinggal).

Sinopsis
Cerita ini tentang Herman, Don, Radi, Alan, Lydia, Paul, Afnan, Hafizi, Kazim, Bakar, Kahar, Nora, Kiah, Cheng Sin, Ahmad Omar, Dr. Vivian, Sarah, Zhu En, Stephen, Ana Farhah, Hanis, Anida. Mereka semua ada kaitan.... dan semuanya bermula pada tahun 1968.

Keistimewaan
Jalan cerita dan perkaitan antara watak. Cantik dan indah. Kronologi cerita yang dibuat menarik. Walaupun pada mulanya macam susah nak faham. Tapi, pengkarya mahu kita masuk dalam imaginasi die, gaya dia. dan itu yang menyebabkan novel ni makin menarik. Satu lagi yang aku suke adalah nama-nama watak. Kaitan antara mereka. Tapi ade sedikit terkucil dari segi kaitan watak. mungkin bagi aku je kot.

Kekurangan.
Gaya bahasa yang hebat. Sampai kadang-kadang aku buat tak tahu je ayat yang tinggi bahasa tu. Lagi satu. Ending die aku tak suke..

Keseluruhan
Satu inovasi dalam karya sastera Malaysia. Satu penulisan yang berani. Tahniah pada pengkarya sendiri, aku dengar ini first novel die. dan Syarikat Pengeluar; FIXI. agar terus menghasilkan karya yang hebat camni.

lepas ni aku nak bace cerita KOUGAR, DENDAM plak..

ni pandangan orang len pasal novel ni.
http://siperigi.blogspot.com/

http://amirhafizi.blogspot.com/
http://rockprincessbooks.blogspot.com/

http://budakhitam.com/

2011-05-11

Kisah Tasmanian Devil dan Gadis Bertudung Biru


Aku dikejar lagi, kali kedua untuk hari ini, dikejar oleh seekor kucing liar bukanlah sesuatu yang baik, lebih-lebih lagi aku masih belum dalam usia yang matang. Ya, aku masih kecil.

Kini memasuki satu padang, padang sebuah universiti terkenal di Canberra ini. Dan kucing itu masih mengejar. Aku buntu, sehinggalah aku ternampak sebuah bekas makanan yang selalu dibawa berkelah. Aku berlari masuk kedalamnya kerana tiada sesiapa di tapak perkelahan itu. Aku menyorok di dalam bekas itu, sekurang-kurangnya sehingga keadaan diluar kembali aman.

Kemudian, datang 3 gadis ke tempat kelahan itu, memegang pinggan-pinggan bersih. Membuat bising sehingga aku terjaga dari lamunan. Mereka duduk di situ dan membuka bekas makanan. Aku nampak dia, dia nampak aku.

Terkejut. Itu perkataan yang tepat untuk menggambarkan reaksi dia yang membuka bekas itu. Kawan-kawannya juga tekejut. Oleh kerana semua terkejut. Aku juga terkejut.

"Halau dia!!". Gadis bertudung merah berkata sambil tangannya menghayunkan buah oren yang seperti hendak dimakan tadi. Buah oren itu terbang tepat kearahku dan tentulah ia terkena aku. Sakit, tapi aku tetap berlari. Kali ini aku dikejar oleh 2 pemuda yang turut bersama dalam perkelahan mereka tadi.

Aku terlalu penat berlari, dinding solid yang berada dihadapan pun aku samar-samar melihatnya. Aku terlanggar dinding itu. Impaknya lebih kuat dari buah oren tadi. Aku mamai kembali, boleh aku lihat 2 pemuda tadi ingin menangkap aku. Aku redha, menyesal pun ada. Kenapalah aku curi makanan kucing tu tadi. Beginilah kehidupan seekor tasmanian devil liar yang sangat dibenci manusia.

"Berhenti! Jangan buang dia ke dalam semak". Kata seorang gadis yang bersama mereka tadi.

Dia menghulurkan tangan.

Aku yang masih mamai kepenatan, kesakitan, kelaparan kini berada di tapak tangannya. Aku diletakkan di sudut padang, dan diberi tulang ayam dan daging beger. Aku menggigitnya dan membawa lari masuk kedalam semak. Menoleh kebelakang melihat gadis bertudung biru itu sedang senyum. Ayu sungguh senyumannya menghapuskan rasa-rasa kesal dan fikiran negatif yang aku rasa tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya. Petang, aku kembali ke padang itu. Seperti biasa, mencari makanan jika ada. Aku berjalan-jalan, mencuri satu dua muffin dari mereka yang berkelah disitu. Di satu sudut, aku nampak satu bekas polisterin terbuka, ada burger didalamnya. Tiada orang yang menjaganya. Ini rezeki. Itu yang aku fikir. Aku pun berlari mendapatkannya. Dan aku dapat. Makan burger di petang hari. Walaupun burger tu sudah ada kesan gigit, ade aku kisah. Aku binatang, Tidak perlu terlalu menjaga kebersihan.

Burger itu sedap, seperti yang diberi gadis bertudung biru semalam. Sedang asyik makan, badan aku diusap. Terkejut. dan bersedia untuk berlari. Tapi niat aku terpaksa dihentikan. Kerana yang mengusap aku itu adalah gadis bertudung biru itu, masih bertudung biru, cuma lain dari semalam. Aku terkedu. Sangat terkedu.

-part 1- tamat.

2011-05-05

misteri jam 12 kat radio RIA.. korang pernah dengar x??

malam ni, sambil membaca buku instrumentasi. aku saje la pasang radio RIA dari Singapore tu.. saje je. Time tu slot Misteri Jam 12 bersama KC. (MJ12) Kul 12 sampai kul 2 pagi.

Seram-seram gak ar cite yang diceritekan oleh abang KC tersebut. Semua cerite tu dari pendengar.

pastu malam ni ade sorang pemanggil. tak tahu la ape kena pemanggil tu, die cakap nama die MAK MINAH. pastu buat gaya seram plak cakap sambil takut-takutkan KC tu. Time tu aku dah cabut headset kat telinga sebab seram. Aku just dengar die cakap camni.. "hati-hati KC..." dah la cakap x jelas, menakutkan plak tu. Yang si KC ni layan je la. Selalu kene camtu kot.. Pastu aku pasang balik headset selepas beberapa saat aku cabut. Masa tu radio senyap. Aku ingat KC duk cabut lari ke.. takut lepas dengar panggilan tu.

Kemudian lagu Maher Zain ; Insya Allah versi Melayu keluar. Huh!. X penah kuar lagu ni kat slot MJ12 ni, selalunya lagu-lagu pasal hantu je.. pas lagu Maher Zain ni. Ade satu lagi lagu..
bunyi liriknya macam ni..

"Amboi Mak Minah sayang,
mak minah kaki temberang,
Aduh indah Aduh lawa,
Memerangkap diri beta"

Aku tergelak time ni.. macam ade maksud lain je die pasang lagu ni.. haha...