Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2015-05-16

Review Novel : ASRAMA


Novel Asrama karya Muhammad Fatrim ni bukanlah novel Fixi pertama aku baca. Dah entah yang keberapa ntah. Malah ada yang aku buat review.

REVIEW INI MENGANDUNGI MINOR SPOILER..

Ceritanya bergenre seram. Sama macam KACAU, BISIK. Itu je novel genre seram fixi yang aku da abis baca,

Ceritanya pasal Dahlia, dia tukar sekolah, dari sekolah bijak pandai kepada sekolah harian. Pastu diselubungi dengan konflik biasa di asrama dan sekolah seperti, ragging, buli, cinta dan cita-cita. Tak lari dari itu, ada jugak peristiwa-peristwa mistik yang berlaku. Malah dalam peristiwa mistik itu, ada satu lagi peristiwa lebih mistik berlaku, pening kan. Thats why ko kena jadi pandai baru leh baca novel unik macam ini.

Untuk Asrama ini, sebuah novel mudah baca, susah nak hadam, Sebab konflik nya pelbagai. Jadi, penulisnya kena memikirkan banyak cara untuk menyatukan kon
fliknya disebalik memberi kemudahan untuk pembaca memahaminya.

Bagi aku, ASRAMA tak mempunyai satu garis masa (timeline) yang baik. Serius kelam kabut. Kadang-kadang masa kat sini, pastu kat sini. Lagi-lagi bila dah nak sampai ending, Perlukan pengamatan yang baik untuk memahami garis masa novel ini.

Cerita ini jugak banyak meleretnya. disebalik persoalan yang selalu timbul lepas habis satu bab. Asyik-asyik Lena tu suruh Farah berhenti untuk memberitahu perkara sebenar dekat Dahlia.

Endingnya.. eh tak.. ending konflik pokok ara. tu memang aku tak puas hati. Aku rasa penulis suka membuat menulis benda yang bukan realiti. cerita yang banyak angan-angan. Angan-angan itu terlalu real sampai susah nak buat ia bersambung dengan realiti dan akhirnya membuat cerita ini jadi tak logik.

Mungkin ini adalah siri pertama dari trilogi sebab masih banyak persoalan yang belum terjawab ataupun memang penulis nak biar pembaca menjawabnya sendiri. hahahaha..

Pendek kata, Novel ini ada tema yang seronok, cerita yang seronok cuma endingnya mengecewakan.

No comments: