2011-10-10

Pari-pari Comel Didalam Hati (season 2) Part 1

Pagi hari, melihat dunia dari pandangan belakang blok. Semuanya comel, pokok-pokok comel, burung-burung comel, batu-batu comel, renyai-renyai hujan juga comel. Mengambil inisiatif untuk menjadi seorang mahasiswa berdedikasi, aku bangun awal pagi hari ini.

Menghirup udara segar; yang mungkin juga comel. Sambil memegang buku edensor; buku angan-angan seorang mahasiswa. Duduk di kerusi kuning. Lintangkan kaki, buat muka fokus, dan mula membaca. Selakan demi selakan muka surat edensor diperhatikan, penuh fokus untuk memahami setiap struktur ayat yang ada.

Tiba-tiba teringat kenangan lama. Tiba-tiba teringat akan pari-pari comel. Yang dulunya pernah menghiburkan, yang dulunya pernah merajuk hati, yang dulunya pernah menerujakan orang yang melihatnya. Dan tentulah juga aku teringat akan cik virus, serta kenangan-kenangan indah kami bertiga yang berakhir tujuh bulan lalu ketika pari-pari comel meninggalkan kami.

Sedang buku edensor masih ditangan. Aku senyum sendiri, aku menyelerakkan lagi fail-fail memori. Sehingga terjumpa saat ketika di malam pesta. Ketika kami melihat bunga api bersama, ketika kami beli ais kisar bersama, ketika kami mendengar persembahan manbai bersama. Semua tu berlalu sudah 6 bulan lebih.

Tapi tahukah anda, kini, ketika malam pesta, kami tidak perlukan pari-pari comel lagi. Bukan menyisihkan pari-pari comel, cuma ingin memberikan pari-pari comel rehat. Kami masing-masing sudah kenal masing-masing. Masing-masing sudah tahu hati budi masing-masing. Masing-masing boleh membawa masing-masing berjalan-jalan di tapak pesta.

Tiada banyak kata, hanya perasaan gembira yang ada ketika kami berjalan menusuri lorong-lorong bercahaya kuning. Walaupun dengan bunyi paluan gendang, rebana ubi, kompang and whatsoever yang hadir dari pentas utama. Kami memekakkan telinga. Hanya fokus pada suara-suara halus berfrekuensi rendah yang keluar dari kotak suara kami berdua. Akhirnya senyum dan gelak ketawa menjadi kegembiraan kami berdua malam itu.

Hanya angry bird menjadi bahan perkongsian dan pari-pari comel itu masih menjadi lagenda buat kami.

No comments: