Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-03-05

Pari-pari Comel Didalam Hati (part3) (malam istimewa)


Part 1, Part 2 disini


Sejak kejadian lepas, apa yang aku buat tiap-tiap hari adalah senyum. Membiarkan laptop ku dengan virus comelnya dan lebih indah lagi pabila cik virus(panggilan untuk penyebar virus) mula menghantar virus comelnya ke hensetku. Tidak perlu lagi ditemani oleh pari-pari comel di waktu pagi. Terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku dan si dia.

Pagi demi pagi berlalu begitu sahaja walaupun pari-pari comel akan menunggu setia di meja belajar dengan senyuman sedia untuk bersembang denganku, tapi tidak dihirau olehku. Aku dan cik virus. Jangan ditanya. Jika ada sesiapa yang bercinta diluar sana, begitu jugalah apa yang kami rase. Mungkin.

Oleh sebab tu, pertemuan kedua telah diatur. Jam 9.00 malam pada hujung minggu ini di arked makanan.

Dan pada malam istimewa intu, kami berdua masing-masing membeli hidangan set C di sebuah gerai makanan barat. Duduk dan diam. Memandang satu sama lain. Diam buat seketika sehingga...

dia: Ada yang tidak kena..
aku: yup. memang ada yang tidak kena
dia: awak tahu ke apa yang tidak kena?
aku: mestilah saya tahu.
dia: kalau tahu, apa yang tidak kena?
aku: pari-pari comel kita hilang, tidak munculkan diri sejak semalam, ia mempengaruhi saya, hati saya, perasaan cinta saya.
dia: walaupun kita rasa cinta kita sempurna dan tidak perlukan ia lagi. Tapi.. kehilangannya... menyebabkan saya tidak rasa apa-apa dalam hati ini. Apa berlaku?
aku: dah sampai masa dia pergi. Mungkin. Dan kita bagaimana?

Kedua kami senyap. Menggeleng kepala.

Malam itu aku pulang tanpa rasa apa-apa. Tiada sedih mahupun gembira. Kosong seperti perasaan ini di reset semula. Berjalan sambil berfikir. Dimana pari-pari comel didalam hati ini? Kenapa meninggalkan aku? Cemburu dengan hubungan aku dan cik virus kah? Sedang asyik berfikir. Tiba-tiba aku dapat memikirkan sesuatu yang logik.

Kelalaian itu masalah manusia. Lalai dengan nikmat perasaan dan hanya mengikut fikiran rasional sendiri bukanlah caranya. Jagalah apa yang dikurniakan. Jangan khianatinya.

Aku lalai, pari-pari comel setia yang menemani aku di pagi hari, menemukan aku dengan cik virus, buat aku kenal dengan rasa cinta. Dan apabila aku rasa aku telah dapat sesuatu yang lebih, aku tinggalkannya. itulah masalah aku, atau mungkin, Masalah kami.


* terima kasih kerana mengomen

2 comments:

apislerr said...

salam,
mengunjungi rakan2 blogger;)
slm perkenalan,

blog apisv2

AinSyu said...

sambung lagi he5