Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-10-01

Raya-raya yang telah pergi...

raya tahun ni aku abadikan dalam bentuk satu gambar seribu makna...




raya pertama. dimana semua sedara-sedara sebelah mak aku berkumpul dan ziarah-menziarah sesama kami. perhentian terakhir di rumah aku dan disini kami mengambil kesempatan mengukir kenangan. semoga tahun-tahun akan terus bergembira seperti ini.

raya ketiga. baraan bersama member-member sekolah rendah. sebenarnya baraan ini clash dengan baraan member-member sekolah menengah. oleh kerana aku patah hati dengan member sekolah menengah, aku ikut baraan ini dan seperti tahun-tahun sebelumnya. ianya sangat serabut dan sangat tidak teratur. gambar direkod di rumah seorang ustaz di kampung aku.

juga raya ketiga, gambar direkod dibelakang plaza one di kuala selangor selesai menonton filem Hantu Bonceng. aku tidak selalu ikut mereka hangout tetapi untuk malam tu aku terpaksa ikut diorang kerana hati yang gundah-gulana. tapi shot ini sangat cantik kerana ia lewat malam dan berposing seperti cover album.


raya 10+(tidak ingat tarikh). direkodkan di rumah nur syafikah maisara. seorang sahabat di utm. dan ini ketika open house rumah beliau. dan disini ada satu tarikan iaitu kucing yang ada didalam gambar itu. namanya mingming dan ia lejen.

antara hari-hari syawal terakhir. rumah dr. abu bakar. open house khas untuk budak kos aku. yang istimewa adalah makanan disitu unik. dimasak dengan gaya palembang.

dan aku rasa ini sahaja antara gamba dan kenangan raya yang terbaik untuk aku.

4 comments:

ghost said...

seronok giler dapat kumpul satu famili yang begitu besar..ia satu memori yang tidak terlupakan.

Unknown said...

wake up! raya dah habes..hehehe..

Fokus beljar pulak weyh..aku raya seminggu je kot..pastu balik Uni memang tak ley dah nak raya..baru awal semester, kerja memang baanyak giler2..

eh, nice to meet U lah ;D

Unknown said...

pergh..try wat ry aji lak

Sunah Sakura said...

seronoknya kumpul ramai2 time raya..