Asrama SMK Seri Lalang bersama Kelab Smart Camp, KTC
SMK Seri Lalang, Kluang
7-9 Okto 2011
Aku : Pemerhati Sibuk.
Tanggal ini aku menjadi sibuk dek hal-hal kebanyakan seperti study, esaimen, kuiz dan lain-lain. dan aku tidak lupa untuk selitkan kesibukkan hal-hal kebanyakan itu dalam program ini yang bertemakan 'aku dan perubahan'. perasaannya seperti masuk ke lohong gelap yang gempita kerana kita tidak nampak ape yang berlaku dan kita tahu ianya menyusahkan. hakikatnya, ia bukan seperti yang difikirkan. dan kalau kamu pernah rasa perasaan aku-expect-susah-tapi-sebenarnya-xla-susah-sangat, kamu akan tahu seronoknya satu pengalaman itu.
ok, perkara sebenar, aku adalah pengarah program ini. aku adalah orang yang bertanggungjawab untuk jadikan program ini satu realisasi dan aku adalah orang yang paling sibuk disebabkan program ini. tapi itu sume bukan satu alasan, sebab ini tugas aku. untuk mengumpul segala macam pengalaman yang ada dan semua tahu ia sangat memenatkan.
tugas yang penat boleh menjadi kurang penat jika dibahagi bersama, tapi kau kena tahu, semakin kurang penat, semakin kurang pengalaman. itu hipotesis dari aku. dan kalau kau bantah, itu terpulang pada kau.
untuk itu, aku sangat berterima kasih kepada fitri azmi. sebagai seorang manusia yang sering bertindak diluar dugaan aku dan sangat efisien sehingga aku sendiri berkata 'OMG, he is far than i expect'. dia adalah manusia efisien dan jika dibanyakkan pengalamannya, dia boleh menakluk kota-kota besar dengan mudah tanpa memerlukan konspirasi.
begitu juga dengan para fasilitator lain, walaupun tidak menimbulkan hal diluar jangkaan tapi itu yang aku expect lebih-lebih lagi majoritinya adalah budak first year yang baru kenal P19 selama sebulan. Menyeringai segala frekuensi-frekuensi adek-adek, menghalusi timbal perangai adek-adek. mereka memang terbaek. mereka semua berguna di masa hadapan.
kepada fasi senior. mereka membantu, mereka menasihati, mereka berpengalaman, mereka sangat-sangat berguna dan mereka menyokong. secara online atau tidak, itu bukan satu hal, yang penting mereka sangat-sangat disenangi aku.
secara overallnye, aku tak tahu bahawa program ini berjaya atau tidak. tapi aku rasa aku dah buat yang terbaik. cuma sedikit benda yang aku ralatkan. lebih-lebih lagi pabila aku tiada adek fasi. dan aku tahu, mustahil bagi seorang pengarah mendapat adek fasi dan terima kasih kepada adek fasi yang mintak sign serta kata-kata semangat. dan aku harap mereka berjaya seadanya. doakan aku, kelab dan lain-lain untuk berjaya kelak.
akhir kata. ia memang satu pengalaman.
nota kaki: demm. apsal skema je ayat-ayat aku ni.. dah2.. pasni x nak sibuk-sibuk lagi. aku nak bercinta..
x banyak gamba?? tanye john photographer..
4 comments:
pengarah terbaek!!!!!!
suka kalau buat program cenggini.. hehe.
amboi pengarah..hensen btul anda..
untung la jadi pengarah... haha terima kasih bgi aku jadi ketua fasi haha
Post a Comment