Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-04-19

Pari-pari Comel Didalam Hati (part 5) (malam pesta) (finale)

part 1, part2, part 3, part 4


Aku sedang bergegas ke arked makanan itu. Segegas mungkin. Sehinggalah hensetku berbunyi, comel sungguh bunyinya, akibat terkena virus.

[Mlm isnn akn dtg, jumpe kat tpak pesta] - Cik virus

Ada lebih kurang 48 jam sebelum malam Isnin, Masa sebanyak itu cukup untuk pari-pari comel munculkan diri berjumpa dengannya. Dan aku, kembali ke blok kediaman, dengan membawa kegembiraan didalam kocek. Dipegang erat-erat, supaya tidak tercicir di mana-mana.

Masa menunggu adalah masa yang paling lama. Setiap detik bergerak seperti kura-kura yang tidak mahu berjalan. Ditunggu juga, sehingga ia tiba. Kerana aku tahu, ianya berbaloi.

Malam itu telah tiba, Malam yang tenang awannya, bintang-bintang berlumba-lumba memancarkan cahaaya untuk dilihat manusia. Tapi, setiap manusia pada malam itu sedang sibuk dengan kegiatan tawar menawar sehingga tidak kisah dengan hal lain termasuklah hal kami bertiga, Aku, Cik Virus dan pari-pari comel yang ikhlas menemani.

Malam itu, dialuni dengan irama balada Abang Bai dengan lagu Kamu Ideaku, disambung dengan irama akapela dari d'Fusion dengan lagu Bila Rindu menghiasi keindahan saat-saat istimewa di pelusuk keramaian manusia disitu.

Tapi saat itu tidak lama. Pari-pari comel penat melayan kerenah kami, sehingga lenguh pipi katanya. Tapi dia tidak kisah. Dan pabila detik bunga api dilancarkan dan diletupkan diudara. Kami bangun, lihat dan menghayati setiap letupan. terkedu. Saat seperti berhenti. Rasa syukur itu wujud, rasa terima kasih itu ada. Rasa sayang itu keluar.

Terima kasih Tuhan, kerana wujudkan saat-saat ini untuk aku, meninggalkan sebuah kisah istimewa ini, serta pari-pari comel ini. Lagi-lagi untuk cik virus yang menvirusi setiap alatan gajetku ini. Tidak mengapa jika aku tidak bercinta dengannya, Berkawan dengannya sudah lebih dari cukup. dan pari-pari comel. Terima kasih kerana wujud kerana kewujudanmu majukan hidupku, merosakkan kegelisahanku dan memupuk cinta dalam diriku.

10 minit durasi bunga api itu. Berakhirnya ia, berakhirlah malam itu. Kami membeli ice blended, Mocha dan Chocolate. Dan duduk disebuah pentas kecil.

Aku: akhirnya cerita ini akan berakhir.
Dia: ye. walaupun kita masih ade dan pari-pari comel masih sihat. tapi siapa sebenarnya pari-pari comel itu?

"Aku pari-pari comel dari hatimu menyampaikan khabar berita bahawa kamu telah jatuh cinta"

Aku: Kita telah jatuh cinta?
Dia: Itu soalan untuk hatimu dan juga untuk otakmu.
Aku: dia benar, pertemuan kita ini adalah satu cinta, sebagai sahabat. pari-pari comel yang menghubungkan kita. Dia akan tetap ada. Cuma keadaannya terbatas, tidak boleh selalu untuk kita.

Kami bertiga berdiam.

Kemudian cik virus berjalan kearah ku.

Terima kasih katanya.

dan berlalu dari situ dengan memberikan senyuman paling ikhlas sambil membawa ice blended perisa Chocolate.


*sesuai dibaca sambil mendengar lagu 'Kiseki' nyanyian kumpulan Greeeeen.
terima kasih banyak kepada semua yang membaca cerita fiksyen pop yang x seberapa ini..

No comments: