Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-01-27

Pari-pari Comel Didalam Hati


Pagi ini indah. Aku nampak keindahannya yang menyorok disebalik langsir biru itu. Menyorok senyap tatkala manusia lain masih bergaduh dengan mimpi pada jam 5.45 pagi ini.

Aku bangun, berwuduk, lalu solat dan selepas itu aku duduk dihadapan laptop ASUS ku. Berdiam diri. Cuba bermuhasabah sendiri. Ku pejam mata, ku buka hatiku. Tiba-tiba seorang/seekor/satu pari-pari kecil keluar dari hatiku dan hinggap di para-para meja belajarku. Ia comel, genit, tersenyum melihat diriku. Aku tersentak sambil cuba membalas senyumannya.

Kamu dari mana? soalku. Dari hatimu, katanya. Bagaimana? Aku tiada kamu dahulunya, tanyaku. Aku baru wujud, lahir dari hatimu, jelasnya. Bagaimana? tanyaku (lagi). Aku lahir dari perasaan cintamu dan percayalah... terima kasih kerana melahirkanku, jawabnya.

Siapa yang aku cinta?? tanyaku. Itu persoalan untuk otakmu, bukan untuk hatimu, katanya. Kamu hatiku? tanyaku lagi.

Tidak. Aku pari-pari comel dari hatimu menyampaikan khabar berita bahawa kamu telah jatuh cinta, katanya.

Aku pandang matanya. Dia balas dan senyum. Dan akhirnya di hilang dek cahaya matahari. Aku tahu dia kembali ke hatiku.

Aku ke kelas pagi itu dan masih berfikir sehinggalah aku teringat ada perkataan di pakaian pari-pari comel itu tadi. Dan aku yakin ia adalah sepatah nama. Nama itu adalah....



-syamim-
26/01/11
8.32 malam sebelum mengajak amran ke k9 untuk makan malam...



*gambar hiasan

No comments: