part 1 disini.
Kini, sudah biasa. Pagi-pagi bertemankan pari-pari comel sehingga tahu, tepat jam 7.01 pagi, dia akan menghilang. Mungkin alah pada cahaya matahari dan aku masih mencari manusia yang aku cinta. Pari-pari comel bukan lagi satu masalah.
Sehingga satu pagi dimana pari-pari comel tidak memunculkan diri. Dan pada pagi itu juga laptop ASUS ku divirusi. Virus itu menyebabkan bentuk fizikal laptop ku menjadi comel(maksud: cute, kawaii) sehingga aku takut untuk menggunakannya kerana bimbang dengan jangkitan virus comel itu.
Aku menyuruh pakar format dan mengesan asal virus itu. Hasilnya: berjaya. Virus itu dikesan dari sebuah asrama perempuan berdekatan dengan sebuah arked makanan.
Aku pergi ke arked tersebut untuk mengintip. Aku tidak tahu bagaimana ingin mengintip dengan hanya pergi kesana. Tapi sekurang-kurangnya aku makin dekat dengan penjenayah itu yakni penyebar virus comel.
Tanpa diduga, aku terjumpa pari-pari comel aku disitu bersama seorang perempuan, average seperti aku. Tidak, dia lebih menarik. Bersembang, bersenyum bersama dengan pari-pari comel aku.
Aku cuba mendekati mereka. Dan cuba untuk melihat wajah gerangan perampas pari-pari comel itu. Dan ketika aku ingin menegur perempuan itu. Pari-pari comel mengenyit sebelah mata dan senyum kearahku kemudian menghilangkan diri.
Aku duduk dihadapannya, memachokan diri dan bertanya;
Aku: Kenapa awak mencuri pari-pari comel saya?
Dia: Pembetulan. Pari-pari comel kita.
Aku: Kita? Kenapa kita? Awak orang yang saya cinta?
Dia: Itu soalan untuk otakmu juga untuk hatimu.
Aku: Pari-pari comel itu lahir dari hati saya, perasaan cinta saya.
Dia: Juga dari hati saya, perasaan cinta saya.
Aku: Awak cinta saya?
Dia senyap.diam.tidak berkata-kata. Keadaan seperti aku sudah menang dalam perdebatan ini.
"Saya cintakan Awak."
Kata aku. Bukan Dia.
Dan dia senyum lalu pergi dari situ. Dia cantik sambil memakai baju bertulis 'saya penyebar virus comel'dibelakangnya.
Aku senyum. Aku telah jatuh cinta dengan seorang penyebar virus dan virus comel itu bukanlah teruk sangat.
=)
*dah bace?? komenlah..
🎥 Télécharger Lust Stories 1080p
5 years ago
4 comments:
bule buat novel nieh
anda dalam zon jiwang.....Tahniah
lwk seyh...hahahaha
haa~ aku tau sape yg sebarkan virus comel ni..lallalala
Post a Comment