Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-10-03

manusia sibuk.




mula minggu ni aku akan menjadi salah seorang manusia sibuk yang wujud dimuka bumi ni. jika setiap manusia sibuk ade ganjaran atas kesibukannya. maka aku juga akan menerimanya. cuma selalunya ganjaran itu berbentuk cash, duit, money, cheque, kiriman wang pos dan sebagainya. berbeza langsung dengan aku yang sibuk berganjarkan pengalaman.

jika ditanya aku tentang sibuk aku. akan aku jawab sibuk aku berkaitan dengan program yang aku arahkan pada penghujung minggu ini dan bukannya dengan pelajaran yang sepatutnya aku sibukkan. jika selalunya pelajaran aku akan ada didalam kelas dan diluar kelas, tapi untuk minggu ini pelajaran aku hanya didalam kelas dan diluar kelas hanya disibukkan dengan turun naik pejabat, menulis surat, menyiapkan kertas kerja, mengsms orang dan berfikir jauh. pasti jika abah aku membaca ini dia akan marah. dan korang beruntung kerana tahu perkara serahsia ini sehingga aku merahsiakan daripada abah sendiri.

satu permintaan aku. tolong jangan bagitahu abah aku tentang ini dan tolong doakan aku berjaya mengarahkan program ini. program aku ini tidak besar. tapi cukup untuk membuatkan aku berasa sibuk dan risau. jika nak tahu program apa. akan aku lampirkan laporannya kemudian (jika aku rajin dan tidak sibuk belajar). ok. semoga berjaya untuk aku.



No comments: