Semalam malam aku kesini. Cuba menikmati keindahan indie.
Ada lima khemah. Ada beberapa usahawan. Satu khemah untuk penjualan buku-buku. Satu khemah untuk penjualan makanan, minuman ketika lapar. dan tiga lagi penjualan fesyen-fesyen terkini.
Aku tak tengok sangat jual-jual tu. Tertarik kat buku-buku je. Sang Freud Press. Yang ada kat situ masa aku pergi, Aloy Paradoks. Sibuk macam orang jual popia kat Pasar malam sabak hari jumaat. Sufian Abas, duduk sahaja, macam mandor untuk si Aloy. dan ada beberapa lain yang aku kurang tahu namanya. Mungkin geng2 Paradoks kat situ.
Sebelum tu aku kat SACC Mall, Pesta Buku Selangor. PPAS. Sengaja pergi. (pukul 5.30 petang, pergi laman budaya, diorang maseh set up tempat untuk frinjan, pasal tu gi SACC dulu, buang masa). Pestanya besar. Lebih besar dari yang aku pergi 4 tahun lepas. Tapi jauh lagi kecil dari pesta buku antarabangsa PWTC. Beberapa booth menarik perhatian, macam PTS Publication, Gerak Budaya, ngan FIXI Publication. Yang lain2 biase-biase je. Karangkraf? Sudah tidak menarik aku lagi.
7.30 malam. Gerak ke laman budaya. Still sedang bersiap. 8.00 malam. Persembahan mula. Sunday Carousel, pastu Flutter by Orizuka pastu Mohd Khimal. pastu dah pukul 9. Aku balek. Maseh belum mahu terhibur lagi dah terpaksa balek.
Ambil mak aku kat seksyen 8 Shah Alam. dan terus menuju ke Sabak Bernam.
Dan sebab itu x banyak yang nak dikatakan tentang event tu kat sini..
Kesimpulan: Aku tak tau ape yang cuba disampaikan dalam entry ni tapi aku tau yang aku dah lama x update blog ini dan aku rase best pergi event ini sebab aku terhibur dan aku selesa berada didalamnya.
Pasni kalau ade rezeki aku nak lepak kat situ sampai habis.
1 comment:
Post a Comment