Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Powered By

This Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

2011-07-30

AKU & 24HRS L.I.A_D.I.Y

tekan banner untuk join

Owh.. kita lihat di bandar-bandar besar kita. dimana semua manusia bergerak pantas mengikut arus pembangunan. tidak tahu kelajuannya. tidak nampak pergerakan masanya. tanpa sedar kita dah berada beberapa jam selepas. kamu tidak tahu. orang inggeris kata, masa itu emas. orang arab kata masa itu pedang. sesiapa yang tidak memotongnya akan dipotong olehnya.

John F. Kennedy pernah berkata:
The great French Marshall Lyautey once asked his gardener to plant a tree. The gardener objected that the tree was slow growing and would not reach maturity for 100 years. The Marshall replied, 'In that case, there is no time to lose; plant it this afternoon!'

"tengok. tengokla pada pengemis-pengemis tua di kaki-kaki lorong. merayu meminta sedekah daripada kita semua. apa yang kita buat? hulur seringgit untuk kesenangan dia. juga untuk kesenangan di hari kelak. tapi mahukah anda semua menjadi mereka. merempat tepi jalan. dipandang serong orang. tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah. itu prinsip yang kita pegang. Mereka yang merempat itu pasti ada kisah hitam waktu mudanya. mungkin seorang anak derhaka. mungkin seorang yang kaya tapi dilanggar geruda hitam rakan perniagaannya. mungkin juga pewaris manusia-manusia merempat. tapi yang pasti mereka mensia-siakan masa mudanya. mereka mungkin tidak fikir apa yang berlaku kemudian hari. Oleh itu, mari sama-sama kita menggunakan masa yang ada. untuk mengumpul segala harta yang ada. tak salah mengumpul harta. asalkan kita bersyukur kepadaNya. mari-mari, dengan ada beberapa downline dibawah kita. kita akan dapat untung yang besar, insyaAllah. yang penting usaha. maka ganjarannya akan ada dihari kelak."

dan kemudian si salesman MLM pergi ke tempat lain mencari downline.

"Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa. didalam firmannya di surah Al-Asr.
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. jadi, disini, kita dapat lihat betapa ruginya kita. sehari berapa lama kita beribadah. campur, tolak, darab, bahagi. yang wajib dalam satu jam sehari. yang sunat belum tentu lagi. satu jam dari 24 jam dalam sehari. sikit benar. kenapa? kenapa kita hanya memperuntukkan satu jam dari 24 jam sehari untuk kita beribadah kepada Pencipta. sebab kita kejar harta. sebab kita layan nafsu kita. segala jenis nafsu, segala jenis perbuatan lagha. semua kita layan."

dan ustaz itu terus memberikan tazkirah kepada pendengarnya.

"hello, kenapa telefon aku ni? aku tengah sibuk ni. aku kat Tokyo. ada konvensyen. pasal bisnes sikit. ko tau je la aku macammane kan. ape? owh. ok2. nanti aku bagi dia duit. macam biase la. bile? aku tak tau. aku sibuk sangat 2, 3 bulan ni. bagitau die aku akan lawat die raya nanti. tu pun kalo aku sempat. minggu depan tak boleh. aku pergi Amsterdam. uruskan jual beli hartanah tu. 5 hari aku kat sana. ok. pasal sumbangan untuk masjid kampung tu ye. mmm.. ko check in kat diorang rm 500. duit yang Dato' bagi aritu tu. ye. duit yang dia bagi suruh kita tutup mulut tu.mesti diorang happy punya. ok2. nanti call balek. night party dah nak mula ni"

dan si bisnesman ini terus berbisnes.

"abang! abang nak tau tak orang sebelah ni dah miskin. habis bisnesnya lingkup bang."
"mana awak tau? awak tanye orang rumah dia ke?"
"x de la bang. makcik depan yang bagitau. dia kan tau serba-serbi. pastukan bang. dengar kata, semua barang-barang dia kena tarik. kereta, sofa, semua la. entah-entah rumah die pun kene tarik jugak bang. tu la. sombong lagi dengan kita."
"owh, bila awak jumpe makcik depan tu?"
"kan hari-hari saya bersembang ngan dia. macam-macam cerita saya dengar bang. lagi satu kan bang. tadi saya masuk satu lagi program MLM. saya dah ada 4 orang downline. esok saya nak cari lagi la bang. boleh kaya cepat. hihihi"
"boleh lah kita pergi umrah pastukan?"
"kita beli lah sofa, langsir, katil baru dulu. pastu ada lebih boleh lah ke sana."
"mmm.. jadi esok awak pergi cari downline la ye."
"ye bang. esok x boleh la saya masakkan makanan tengahhari untuk abang."

dan mereka terus bersembang seperti biasa.

24 jam kita sungguh unik. macam-macam hal berlaku.
24 jam kita mencari hartaNya.
24 jam kita mencari ilmuNya.
24 jam kita mencari rahmatNya
24 jam kita mencari nikmatNya
24 jam kita mencari keredhaanNya.

dan terpulanglah kepada kalian untuk memilih.

yang baik itu dari ALLAH. dan yang buruk dari aku sendiri. smile.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..Alhamdulillah.banyakcabang cerita disini tetapi tujuannya cuma satu.insyaAllah. semoga masih ada sinar kebangkitan dan kesedaran buat mereka2 yang seakan lupa tanggungjawab sebenar dimuka bumi ini. masih banyak perlu mereka 'tanggung' dan 'jawab' didepan Sang pencipta kelak.

satu n3 yang menarik utk dikongsi, teruskan bertinta hikmah.may Allah bless.ameen..^_^

p/s: syukran sudi join cntst PC, sebarg update trkini cntst sila rjinkan dri menjenguk PC selalu..hehe;)

syamem said...

terima kasih.. =)

Nadia said...

nice entry..:)

new entry :: Day 05 - A picture of your favorite memory