Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Powered By

This Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

2011-07-12

Review Novel : Kasino - Saifullizan Tahir


KASINO
Saifullizan Tahir
FIXI
280 mukasurat
RM18.00

Novel kedua daripada FIXI yang telah berjaya aku habiskan. Macam orang korporat aku rasa semasa membaca dan membacanya. Kalau bab baca novel ni memang aku akan menghayati habis-habisan. Aku merasakan diri aku ni Dato' Narcissus dan masuk dalam kehidupannya dan tiba-tiba aku rasa macam aku penuh dengan dosa. Bergelumang dengan penipuan, penindasan,judi, arak dan perempuan. Tapi aku tetap bersolat, menjalankan tanggungjawab muslim ke 2. lima kali sehari, tak pernah miss, mesti solat walaupun solat jamak, tak tau arah kiblat ataupun sibuk ngan kehidupan seharian. solat itu satu kewajiban.

Dan kadang-kadang bila aku fikir pasal keadaan tu(solat tapi buat dosa), rasanya macam menghina Islam plak. Berani betul tulis karya macam tu. Tapi, perasaan tu hanya pada awal je. Semakin lama aku baca semakin terbuka minda aku (cewah..), menunjukkan bagaimana cara kehidupan kita semua sekarang ni (bukan ahli korporat je). Banyak buat dosa, banyak jugak buat pahala. Nak balance mungkin. Itu je point yang aku suka dalam novel ni.

Aku simpulkan penilaian aku dengan satu quote yang aku buat mengikut kehendak aku. "novel ni buat aku kenyit sebelah mata memikirkan kotornya kehidupan hedonisme seorang manusia".

Yang Best
Gaya penceritaan. Telah aku mention tadi kat atas, keseronokan baca novel ini adalah aku rasa sendiri yang aku ni macam Dato' Narcissus itu sendiri.

Yang Kurang Best
Jalan ceritanya yang sangat mudah dijangka. Tengok tajuk novel, baca sinopsis kat belakang novel dan buat kesimpulan. Pasti dan pasti jangkaan anda tidak akan lari jauh dari jalan cerita sebenar. Dah tentu jika anda membuat kesimpulan, anda tidak akan menyimpulkan cerita tersebut begini, Narcissus tiba-tiba mendapat penyakit barah hati kerana terlalu banyak menghisap cerut dan mendapat penyakit terencat keranan terlalu banyak minum Bulletin Palace (sejenis wain) dan akhirnya mati keseorangan di dalam Marina Bay Sand.

Ok, walau apa pun, FIXI tetap mengekalkan elemen celupar yang tidak dibendung itu disamping menyalurkan sedikit sebanyak ideologi politiknya. Ada baiknya dan juga buruknya. Yang penting disini, aku enjoy baca novel ini.

antara review dari blog lain

2 comments:

fadz said...

aku suka endingnya sebab endingnya lebih daripada "menang" - ia satu kutukan point blank terhadap politik kita.. dan hal ini amat2 berbekas..

athirletto@yahoo.com said...

ok...aku bru bce sparuh bro,,,my comment is this novel is the best i ever seen...bg aku,,dy mmang brani tulis..tp,,ia x menuju kpada sesiapa...penulis menggunakan watak Narcissus ni sbagai contoh cerita dalam watak kasino ni and involve in politic,,thats all beb...i thing,,its good idea from the writer...just story..ini mnunjuk kan wtak narcissus ja..i hope who was read this novel,,happy and enjoy!!