Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-08-16

Mencoret Ramadhan #1: 1432

ini adalah jadual waktu solat bagi california dan san diego (klik untuk tumbesaran)


assalamualaikum..

alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku meghabiskan anime Fullmetal Alchemist: Brotherhood sekali gus membolehkan aku mengupdate blog yang sudah lama tidak disentuh ini.

secara amnya, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa, selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berterawikh, selamat berbuka puasa, selamat berbelanja di bazar ramadhan, selamat bersahur dan selamat mengganda usaha beribadah kepadaNya. Ya, begitu banyak selamat yang wujud akibat bulan ramadhan. mungkin ada segelintir kamu yang didalam hati berkata dah puasa ke 16 baru nak ucap selamat berpuasa. haha. tak salah kamu berfikir sedemikian. telah aku bagitahu awal tadi. masa menulis blog aku telah diambil oleh anime Fullmetal Alchemist. aku terpaksa menghabiskan anime tersebut sebelum aku berlapang dada menulis kembali blog ini.

lagipun sekarang masih lagi bulan ramadhan yang diberkati, jadi, masih lagi relevan kalau aku ucapkan segala jenis selamat yang ada dibulan ramadhan. yang tidak relevannya apabila sudah mengucapkan selamat hari raya walaupun masih didalam bulan ramadhan. itu yang berlaku pada aku malam tadi, tetiba sahaja aku mendapat sms 'selamat hari ryer' dari seseorang. pelik juga aku, mane ade tempat dibumi yang sudah berhari raya. walaupun kadang-kadang hari raya di segilintir negara di bahagian timur tengah cepat sehari daripada hari raya dimalaysia, tetapi tidaklah mereka berpuasa hanya selama 15 hari. mungkin pengirim sms ingin bergurau maka aku pun menjawab selamat hari raya juga kepada dia. dan dia terus tidak membalas sms lagi. memang selalu begitu, sms yang mempunyai selamat didalamnya tidak akan dibalas selagimana tidak ada tanda soal di hujung sms itu. tidak faham? tak mengapa, aku juga agak keliru sedikit dengan ayat itu.

untuk pengetahuan, ini adalah kali ke 1432 ramadhan hadir didunia. tapi ibadah puasa ini sebenarnya telah wujud lama sebelum itu. cuma ketika itu tidak wujud penegasan wajib keatas ibadah puasa tersebut sehinggalah pada tahun kedua hijrah dimana Rasulullah SAW mendapat wahyu iaitu surah al-Baqarah ayat 183.

sejak dari tahun itu, umat islam seluruh dunia wajib menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan setiap tahun. bermakna, pada tahun ini, kali yang ke 1431 umat islam berpuasa pada bulan ramadhan.

kita semua tahu bahawa bulan ramadhan adalah pesta ibadah, bermaksud kita merebut sebanyak-banyaknya pahala yang ditawarkan pada bulan ramadhan. untuk mendapatkan pahala itu, kita mestilah beribadah. 'Law of Equivalent Exchange' jika mengikut anime Fullmetal Alchemist. kita buat ibadah, Allah bagi pahala. itu salah sebenarnya. ok, mari sama-sama kita perbetulkan fakta ini. Ustaz Uda Kasim pernah bagi ceramah kat masjid kampung aku. dia ada cakap

"kalau kita beribadah inginkan pahala, syurga Allah, itu syirik namanya. antara syirik-syirik yang tersembunyi. sebenarnya, kita beribadah adalah untuk menunjukkan bahawa kita kasih dan sayang terhadap Dia. kecil hati Dia jika tahu kita beribadah untuk mendapatkan nikmat syurga semata-mata. keadaan ini sama seperti anak kita yang basuh kereta kita semata-mata untuk mendapat wang. bukan kerana dia kasih dan sayang kepada kita. kecik tak hati kita kalau anak kita macam tu."

itu antara yang aku ingat ketika ceramah tersebut. oleh itu, marilah kita betulkan niat. sementara ketiadaan syaitan yang mengganggu. sama-samalah kita berlumba-lumba mencari kasih sayang dan keredhaan Dia.

5 comments:

Mohamad Effi Fazril said...

syukran. Smoga sme2 kte pbykkn ibadah dbln puasa. Lg 1, full metal alchemist brotherhood, ko tgk ktner? Ak nk tgk. Tp xtw ktner

Anonymous said...

Assalamualaikum..

sestengahnya dah buat persiapan raya, puasa sekadar menahan lapar dan dahaga.
insyaAllah.sama2 memaknakan bulan mulia ini dengan indahnya iman dan amal..;)

Ujang said...

selamat hari ramadhan..

Anonymous said...

ermm betui tu^^

syamem said...

@effi : aku dapat FMA tu dari member aku.. cube mintak kat member ko.. mesti ade..

@pc : waalaikumsalam.. insyaAllah..

@ujang : hehe.. hehe.. hehe..

@el-janna : kan betul.. ianya betul...