Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-04-05

Aku juga inginkan die, tapi bukan seperti orang lain... (part_1)


Luke melihat dia lagi, kali ini di perhentian bas. Luke senyum, dia cuba membalasnya. Dia itu seorang gadis, Samantha namanya. Masih single dan tidak pernah lebih dari single.

Dan lelaki itu bernama Luke, rakan pembelajaran Samantha sejak sekolah rendah lagi. Pernah menaruh harapan pada Samantha. Cuma tidak pernah berani meluahkannya. Dah tentu kerana Luke tiada keyakinan. Lagi-lagi apabila Samantha itu gadis paling cantik, indah di sekolah rendahnya, sekolah menengahnya juga kolej matrikulasinya.

Dan Luke, hanya seorang lelaki klise didalam filem-filem. Tidak punya apa-apa. Hanya dihighlightkan untuk menjadi hero, barulah Luke muncul di cerita ini. Luke pasrah. Sampai mati pun dia mungkin tidak akan dapat cinta Samantha. Tapi semua orang tahu. Ini baru permulaan cerita.

Dan ada satu lagi rahsia kehidupan Samantha yang hanya Luke dan Samantha tahu. Luke tahu kerana Luke rakan Samantha. ya.. rakan pemerhati. Sehingga Samantha sendiri tidak tahu yang Luke tahu akan rahsia hidupnya itu. Dan selepas ayat ini, semua orang akan tahu.

Samantha hanya pernah bercinta sekali sahaja iaitu pada tahun tingkatan tiganya bersama mamat tingkatan lima. Dan hanya beberapa bulan, mereka bertukar kembali status dan sehinggalah hari ini. Sesiapa saja termasuklah lelaki bermuka Robert Pattinson, Fernando Torres mahupun ahli-ahli Super Junior yang melamarnya, dia tetap menolaknya dengan senyuman.
Kerana itulah dia dilabel sebagai gadis impian umat manusia. Sedangkan dia hanya seorang gadis kebanyakan. Inginkan ikhlas.

Di perhentian bas itu, pada ketika 11.40 pagi, sebelum kelas 12 tengahhari. Luke mendekati Samantha yang berada disitu. Luke menyapanya.

Luke : Kenapa bersedih?
Samantha : Tidak. Aku tidak bersedih.
Luke : Ooo.. tapi kenapa menangis?
Samantha : (mengesat air mata). Tidak. Aku tidak menangis
Luke : Mm... Jadi, kenapa tidak senyum?
Samantha : Aku dilamar lagi. Kali ke-72 dalam hidupku dan aku menolak lagi kali ke-71.
Luke : Kenapa? (terkejut dengan angka yang diucapkan Samantha)
Samantha : Mereka tidak faham.
Luke : Ya. Kamu ingin menghabiskan pelajaran dahulu baru menjalinkan hubungan cinta bukan?
Samantha: Tidak, aku inginkan cinta tapi bukan dengan mereka.

Luke terkedu. Siapa yang diingini oleh Samantha. Lagipun Samantha telah menyebut perkataan 'tidak'sebanyak 4 kali dalam perbualan singkat itu.

Luke : Jadi, dengan siapa yang layak menyintai kamu?
Samantha : Dengan hati mereka, bukan dengan jasad mereka.
Luke : Tidak faham. (kali ini Luke pula menyebut perkataan 'tidak').
Samantha : Mereka menjadikan aku sebagai trofi. Bangga dengan trofi itu jika mendapatnya. Aku bukan begitu dan tak mahu jadi begitu.
Luke : Oh.. begitu. Biarlah. Masih belum bertemu rezeki kamu. Senyumlah. Aku suka melihat kamu senyum walaupun sudah 13 tahun aku melihatnya berbanding kamu bermasam muka walaupun baru hari ini aku melihatnya.

Samantha masih bermasam muka. Tidak endah dengan pujukan Luke.

Luke : Senyumlah. Seperti mana kamu senyum ketika aku memberikan bunga semasa kamu menyanyi lagu "Power of Flower" di majlis jamuan akhir tahun tingkatan 4 dulu, ketika kamu gembira memainkan watak Snow White ketika darjah 6. juga ketika kita sekelas berperang tepung ketika tingkatan 5. Aku mahukan senyuman itu.

Luke berjaya. Samantha mengukir senyuman.

Samantha : Lusa malam ada parti homecoming bukan? Sudah ada pasangan?
Luke : Sudah. Emily, budak kelas aku.
Samantha : Oh.. samalah. Kite jumpa kat sana, Ok?

Luke mengangguk. Dan Samantha berjalan pergi dari perhentian bas itu. Sementara Luke terus menunggu bas. Masih tidak faham apa tujuan Samantha duduk di perhentian bas itu tadi.

bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

saya mahukan sambungannya..

-mingming

syamem said...

sabar ye cik mingming... nanti ade la sambungannye tu..