Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-04-25

detik terindah seorang striker...

Pada awal tahun 2011, King Kenny bersama Stevie Jerad telah pergi ke Hogwarts Witch School atas tujuan tertentu. Mereka merancang sesuatu kerana pada masa itu King Kenny telah membuat pernyataan bahawa Fernando Torres tidak akan berhijrah ke mana-mana kelab. Tapi itu hanya omongan kosong King Kenny dan yang sebenarnya dia ingin mengambil duit Chelsea untuk membeli Luis Suarez dan Andy Carroll.

"bile nak g hogwarts?' Jerad
"Esok la.."King Kenny

Di Hogwarts, mereka bertemu Mad-eye, yang pura-pura mati dalam HP7 semata-mata untuk berkomplot dalam konspirasi King Kenny yang memberi pulangan jauh lebih tinggi dari penjualan filem HP7.

pakar makjun - mad-eye moody

King Kenny telah menyuruh Mad-eye membuat makjun kacip Fatimah untuk memandulkan sesiapa yang memakannya dari menjaringkan gol. Dan pada masa itulah King Kenny memberitahu Jerad yang dia ingin memberi makjun tersebut kepada Fernando Torres supaya dia tidak dapat menjaringkan gol selepas menyertai Chelsea.

Dah lepas membeli, mereka pun balik ke Anfield. Dan pada 30 Januari 2011, Stevie Jerad telah membubuh makjun berkenaan ke dalam jus oren Fernando Torres. King Kenny suruh letak satu makjun je. Satu makjun adalah untuk 90 minit mandul jaring gol. Cukuplah 90 minit semasa Liverpool lawan Chelsea. Tapi Jerad jahat, dia letak 10 makjun sekali gus dalam jus oren Torres. Bermakna Torres takkan dapat jaring gol selama 900 minit. Torres pun minum jus itu dengan selambanya selepas membuat press conference tentang dia akan pindah ke Chelsea.

Cerita seterusnya, semua orang tahu. Torres tak dapat menjaringkan gol walau dengan apa cara sekalipun. Buatlah strategi ape pun, tetap x leh nak gol. Sepak tak kena lah, tanduk tak kena bola tak sampai la, offside dan bermacam-macam lagi. Tapi itu x mematahkan semangat Carlo Ancelotti kerana dia tahu Torres terkena buatan orang selepas mengupah bomoh siam untuk mengesannya.

Ancelotti tetap bersabar, sampai sanggup menggadaikan UEFA Champion League semata-mata untuk Torres menghabiskan kesan makjun berkenaan. Sehinggalah satu hari, 23 hb April 2011. Ketika menentang West Ham. Minit ke 80, kesan makjun berkenaan telah habis dan 3 minit kemudian yakni minit ke 83, 903 minit selepas match debut bersama Chelsea. Torres telah menjaringkan gol. Berkat kesabaran menentang kejahatan. El Nino Torres akan terus menyinar….






upacara selepas menghabiskan kesan makjun Mad-eye.


*damn... pasal entry ni aku terlepas abang sosej..

2011-04-19

Pari-pari Comel Didalam Hati (part 5) (malam pesta) (finale)

part 1, part2, part 3, part 4


Aku sedang bergegas ke arked makanan itu. Segegas mungkin. Sehinggalah hensetku berbunyi, comel sungguh bunyinya, akibat terkena virus.

[Mlm isnn akn dtg, jumpe kat tpak pesta] - Cik virus

Ada lebih kurang 48 jam sebelum malam Isnin, Masa sebanyak itu cukup untuk pari-pari comel munculkan diri berjumpa dengannya. Dan aku, kembali ke blok kediaman, dengan membawa kegembiraan didalam kocek. Dipegang erat-erat, supaya tidak tercicir di mana-mana.

Masa menunggu adalah masa yang paling lama. Setiap detik bergerak seperti kura-kura yang tidak mahu berjalan. Ditunggu juga, sehingga ia tiba. Kerana aku tahu, ianya berbaloi.

Malam itu telah tiba, Malam yang tenang awannya, bintang-bintang berlumba-lumba memancarkan cahaaya untuk dilihat manusia. Tapi, setiap manusia pada malam itu sedang sibuk dengan kegiatan tawar menawar sehingga tidak kisah dengan hal lain termasuklah hal kami bertiga, Aku, Cik Virus dan pari-pari comel yang ikhlas menemani.

Malam itu, dialuni dengan irama balada Abang Bai dengan lagu Kamu Ideaku, disambung dengan irama akapela dari d'Fusion dengan lagu Bila Rindu menghiasi keindahan saat-saat istimewa di pelusuk keramaian manusia disitu.

Tapi saat itu tidak lama. Pari-pari comel penat melayan kerenah kami, sehingga lenguh pipi katanya. Tapi dia tidak kisah. Dan pabila detik bunga api dilancarkan dan diletupkan diudara. Kami bangun, lihat dan menghayati setiap letupan. terkedu. Saat seperti berhenti. Rasa syukur itu wujud, rasa terima kasih itu ada. Rasa sayang itu keluar.

Terima kasih Tuhan, kerana wujudkan saat-saat ini untuk aku, meninggalkan sebuah kisah istimewa ini, serta pari-pari comel ini. Lagi-lagi untuk cik virus yang menvirusi setiap alatan gajetku ini. Tidak mengapa jika aku tidak bercinta dengannya, Berkawan dengannya sudah lebih dari cukup. dan pari-pari comel. Terima kasih kerana wujud kerana kewujudanmu majukan hidupku, merosakkan kegelisahanku dan memupuk cinta dalam diriku.

10 minit durasi bunga api itu. Berakhirnya ia, berakhirlah malam itu. Kami membeli ice blended, Mocha dan Chocolate. Dan duduk disebuah pentas kecil.

Aku: akhirnya cerita ini akan berakhir.
Dia: ye. walaupun kita masih ade dan pari-pari comel masih sihat. tapi siapa sebenarnya pari-pari comel itu?

"Aku pari-pari comel dari hatimu menyampaikan khabar berita bahawa kamu telah jatuh cinta"

Aku: Kita telah jatuh cinta?
Dia: Itu soalan untuk hatimu dan juga untuk otakmu.
Aku: dia benar, pertemuan kita ini adalah satu cinta, sebagai sahabat. pari-pari comel yang menghubungkan kita. Dia akan tetap ada. Cuma keadaannya terbatas, tidak boleh selalu untuk kita.

Kami bertiga berdiam.

Kemudian cik virus berjalan kearah ku.

Terima kasih katanya.

dan berlalu dari situ dengan memberikan senyuman paling ikhlas sambil membawa ice blended perisa Chocolate.


*sesuai dibaca sambil mendengar lagu 'Kiseki' nyanyian kumpulan Greeeeen.
terima kasih banyak kepada semua yang membaca cerita fiksyen pop yang x seberapa ini..

2011-04-15

Syamim OK??

masih ok dan still rocking..

itu aishah nur hakim punye jawapan. aku ikut je..

ye.. aku masih ok dan akan terus ok. memandangkan 2,3 cerita dah lama didalam buku conteng kecil kaler biru. dan beberapa lagi draf didalam kepala. Ada lebih kurang 5 kesemuanya. Masih mencari masa untuk didigitalkan didalam blog.

tunggulah.. aku penat ni..

"Bila tak ade masa, aku buat masa, bila ada masa, aku buang masa"

salah satu dari status facebook aku. ianya milik aku, jadi pelakunya juga aku. seperti tidak pernah bersyukur. tapi ya.. itu aku.

masa sekarang ialah 3.13 pagi.

masih belum tido. esok ada kelas. kelas terakhir untuk sem ni. malam ade program jamuan makan...

bila nak tido ni? esok ada banyak program kot...

jap lagi la.. lepas melepaskan ketukan rindu kat papan kekunci ni.. tengok semua blog orang lain ber update. aku punye je yang tak.

nak jugak. nak jugak isi blog dengan cerita-cerita fiksyen pop aku. tapi... banyak halangan..

macam dalam subjek elektrik. Rintangan besar. Voltan malar. maka Arusnya sedikit..
itulah perumpamaannya.

x paham?.. x pe.. ini hanya satu karutan. x perlu paham.. terima je..

k.. sehingga bertemu lagi...

kemungkinan besar post seterusnye ni cerita pari-pari comel didalam hati... part 5.. final part..




dan aku masih ok..

2011-04-08

Circuit Theory tu name subjek...


Jika ditanya ape itu circuit theory. itu lah teori-teori yang telah dibuktikan oleh para ilmuwan elektrik dunia. Jika ditanya siapa ilmuwan itu. ade ramai dan mereka adalah ilmuwan yang hebat. dan mereka menemui kajian mereka pada usia yang lanjut. bukan pada usia 19 or 20 tahun. dan apabila budak 19 or 20 tahun cuba untuk menghuraikan kajian mereka pada satu test, feedback-feedback begini akan sentiasa kelihatan di wall post di facebook.com.

dan juga ini...


dan ini adalah komen-komen ikhlas tentang test tadi...



tapi komen ini lebih merujuk kepada keadaan sebenar...




keadaan sebenar yang berlaku adalah pabila Fakulti Kejuruteraan Elektrik tiada elektrik menyebabkan kepanasan yang membara ketika menjawab test pada petang hari. lagi-lagi tempat test berkenaan berada di atas bukit yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. dan test berkenaan bermula pada jam 5 petang - 6.30 petang...




dan aku tetap berkeras...



*inilah post paling banyak gambar..
semua gambar adalah print screen..

2011-04-05

Aku juga inginkan die, tapi bukan seperti orang lain... (part_1)


Luke melihat dia lagi, kali ini di perhentian bas. Luke senyum, dia cuba membalasnya. Dia itu seorang gadis, Samantha namanya. Masih single dan tidak pernah lebih dari single.

Dan lelaki itu bernama Luke, rakan pembelajaran Samantha sejak sekolah rendah lagi. Pernah menaruh harapan pada Samantha. Cuma tidak pernah berani meluahkannya. Dah tentu kerana Luke tiada keyakinan. Lagi-lagi apabila Samantha itu gadis paling cantik, indah di sekolah rendahnya, sekolah menengahnya juga kolej matrikulasinya.

Dan Luke, hanya seorang lelaki klise didalam filem-filem. Tidak punya apa-apa. Hanya dihighlightkan untuk menjadi hero, barulah Luke muncul di cerita ini. Luke pasrah. Sampai mati pun dia mungkin tidak akan dapat cinta Samantha. Tapi semua orang tahu. Ini baru permulaan cerita.

Dan ada satu lagi rahsia kehidupan Samantha yang hanya Luke dan Samantha tahu. Luke tahu kerana Luke rakan Samantha. ya.. rakan pemerhati. Sehingga Samantha sendiri tidak tahu yang Luke tahu akan rahsia hidupnya itu. Dan selepas ayat ini, semua orang akan tahu.

Samantha hanya pernah bercinta sekali sahaja iaitu pada tahun tingkatan tiganya bersama mamat tingkatan lima. Dan hanya beberapa bulan, mereka bertukar kembali status dan sehinggalah hari ini. Sesiapa saja termasuklah lelaki bermuka Robert Pattinson, Fernando Torres mahupun ahli-ahli Super Junior yang melamarnya, dia tetap menolaknya dengan senyuman.
Kerana itulah dia dilabel sebagai gadis impian umat manusia. Sedangkan dia hanya seorang gadis kebanyakan. Inginkan ikhlas.

Di perhentian bas itu, pada ketika 11.40 pagi, sebelum kelas 12 tengahhari. Luke mendekati Samantha yang berada disitu. Luke menyapanya.

Luke : Kenapa bersedih?
Samantha : Tidak. Aku tidak bersedih.
Luke : Ooo.. tapi kenapa menangis?
Samantha : (mengesat air mata). Tidak. Aku tidak menangis
Luke : Mm... Jadi, kenapa tidak senyum?
Samantha : Aku dilamar lagi. Kali ke-72 dalam hidupku dan aku menolak lagi kali ke-71.
Luke : Kenapa? (terkejut dengan angka yang diucapkan Samantha)
Samantha : Mereka tidak faham.
Luke : Ya. Kamu ingin menghabiskan pelajaran dahulu baru menjalinkan hubungan cinta bukan?
Samantha: Tidak, aku inginkan cinta tapi bukan dengan mereka.

Luke terkedu. Siapa yang diingini oleh Samantha. Lagipun Samantha telah menyebut perkataan 'tidak'sebanyak 4 kali dalam perbualan singkat itu.

Luke : Jadi, dengan siapa yang layak menyintai kamu?
Samantha : Dengan hati mereka, bukan dengan jasad mereka.
Luke : Tidak faham. (kali ini Luke pula menyebut perkataan 'tidak').
Samantha : Mereka menjadikan aku sebagai trofi. Bangga dengan trofi itu jika mendapatnya. Aku bukan begitu dan tak mahu jadi begitu.
Luke : Oh.. begitu. Biarlah. Masih belum bertemu rezeki kamu. Senyumlah. Aku suka melihat kamu senyum walaupun sudah 13 tahun aku melihatnya berbanding kamu bermasam muka walaupun baru hari ini aku melihatnya.

Samantha masih bermasam muka. Tidak endah dengan pujukan Luke.

Luke : Senyumlah. Seperti mana kamu senyum ketika aku memberikan bunga semasa kamu menyanyi lagu "Power of Flower" di majlis jamuan akhir tahun tingkatan 4 dulu, ketika kamu gembira memainkan watak Snow White ketika darjah 6. juga ketika kita sekelas berperang tepung ketika tingkatan 5. Aku mahukan senyuman itu.

Luke berjaya. Samantha mengukir senyuman.

Samantha : Lusa malam ada parti homecoming bukan? Sudah ada pasangan?
Luke : Sudah. Emily, budak kelas aku.
Samantha : Oh.. samalah. Kite jumpa kat sana, Ok?

Luke mengangguk. Dan Samantha berjalan pergi dari perhentian bas itu. Sementara Luke terus menunggu bas. Masih tidak faham apa tujuan Samantha duduk di perhentian bas itu tadi.

bersambung...

2011-04-02

Pesta Konvo ke 46....


Pesta Konvo UTM ke-46
Universiti Lestari Menjana Inovasi
Sekreteriat Pesta Konvo (Kelab Keusahawanan UTM)
23-28 Mac 2011
Padang Kawad, UTM.
Aku: Unit Aktiviti dan Pertandingan.
Maskot: Semut.

Aku masih ingat, samar-samar. 11 tahun lepas. Pesta Konvo UTM ke 25, tahun 2000 adalah pesta konvo pertama yang aku jejaki dalam sejarah hidup aku. Dan masih tersimpan cenderamata dari Penganjur pesta ketika itu iaitu sebuah jam dinding kaler hijau bertulis pesta konvo 25; Y2K. ketika itu menghadiri konvokesyen kakakku yang kini sudah mengajar selama 11 tahun. Itu kisah dulu, yang cube dijadikan mukadimah.

Kini, pesta konvo berlangsung lagi. dijolokkan dengan nama konvo kecil. ia direalisasikan pada 23 mac hingga 28 mac. bertemakan "universiti lestari menjana inovasi". dan konsep hijau menjadi pilihan. (tidak ade kaitan dengan parti politik sama sekali.) yang paling membuatkan aku sentiasa terfikir adalah... kenape semut menjadi maskot??.. mungkin kerana ia kecil, rajin dan tabah, susah nak mati, gigit orang sakit, suke jalan bergrup, taat pada pemerintah dan kalo kene pijak ngan gajah, konferm x mati.. sebab tersorok di lipatan kulit tapak kaki gajah. itulah antara sebab-sebab yang aku dapat fikir.

ok.. sambung cerita. jauh masa sebelum bermulanya pesta konvo ini.. aku telah dijemput oleh ujang dan roomatenye, amir untuk menyertai sekreteriat ini. aku menerimanya dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Unit aktiviti dan pertandingan untuk. aku sedar ianya susah, aku akui, ia memang susah. dan gerak kerja aku selepas itu, x perlu lah diberitahu kerana entry ini hanya untuk menceritakan pesta konvo. dan bukan kesibukan ajk nye..

bergambar bersama... bersama... ahli kumpulan inception..

Oleh kerana malas ingin mengulas panjang. Aku akan simplekannya. secara overallnye. Pesta Konvo ini seronok, pengakuan ikhlas aku sebagai AJK. Dengan kehadiran para penggerai yang ramai, disamping pameran Inovasi, dan juga kehadiran beberapa artis seperti Black, Irma Hasmie, Dafi, Man Bai, Sharul Ekamatra dan beberapa lagi. Dah tentulah kehadiran artis-artis tidak dihebohkan atas sebab mengambil iktibar daripada International Horse Show tempoh hari, dimana konsert band The Times dibatalkan dengan bantahan dari pihak Pusat Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan juga Pro-Mahasiswa (mungkin).

MyTv3 juga hadir. bersama Irma Hasmie membuat satu liputan untuk slot Mytv3 di tv3. Aku ade time buat liputan tu. Juga cuba untuk masuk tv, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukaneka mereka. Aku kalah lagi. Tapi aku x kisah, yang penting aku nak masuk tv.

Aku berjaya makan char kuew teow disini. Walaupun x sedap mane, ianya tetap char kuew teow. Dan sepasang kasut Adidas yang aku beli x sampai lima minit aku kat gerai tu.

Dan malam terakhir paling indah, juga paling penat. Mungkin kerana persembahan Manbai memang best, atau bunga api itu yang cantik atau mengemas tapak pesta tu yang seronok atau sebab yang lain, itu aku x pasti. yang pasti adalah aku sangat-sangat gembira malam itu. Mungkin juga kerana hari itu 28 mac.

Dan pengakhirannya.. aku letak link-link blog yang mempunyai kaitan dengan pesta konvo ini..
sekian...

bebudakseni.blogspot.com
tangkapgambar.blogspot.com
gambar dari fesbuk luqman hakim

*tujuan utama aku berada didalam gambar itu bukan kerana aku nak bergambar dengan artis, tapi cume ingin bergambar beramai-ramai dengan AJK lain. betul... aku x tipu...