Pesta Konvo UTM ke-46
Universiti Lestari Menjana Inovasi
Sekreteriat Pesta Konvo (Kelab Keusahawanan UTM)
23-28 Mac 2011
Padang Kawad, UTM.
Aku: Unit Aktiviti dan Pertandingan.
Maskot: Semut.
Aku masih ingat, samar-samar. 11 tahun lepas. Pesta Konvo UTM ke 25, tahun 2000 adalah pesta konvo pertama yang aku jejaki dalam sejarah hidup aku. Dan masih tersimpan cenderamata dari Penganjur pesta ketika itu iaitu sebuah jam dinding kaler hijau bertulis pesta konvo 25; Y2K. ketika itu menghadiri konvokesyen kakakku yang kini sudah mengajar selama 11 tahun. Itu kisah dulu, yang cube dijadikan mukadimah.
Kini, pesta konvo berlangsung lagi. dijolokkan dengan nama konvo kecil. ia direalisasikan pada 23 mac hingga 28 mac. bertemakan "universiti lestari menjana inovasi". dan konsep hijau menjadi pilihan. (tidak ade kaitan dengan parti politik sama sekali.) yang paling membuatkan aku sentiasa terfikir adalah... kenape semut menjadi maskot??.. mungkin kerana ia kecil, rajin dan tabah, susah nak mati, gigit orang sakit, suke jalan bergrup, taat pada pemerintah dan kalo kene pijak ngan gajah, konferm x mati.. sebab tersorok di lipatan kulit tapak kaki gajah. itulah antara sebab-sebab yang aku dapat fikir.
ok.. sambung cerita. jauh masa sebelum bermulanya pesta konvo ini.. aku telah dijemput oleh ujang dan roomatenye, amir untuk menyertai sekreteriat ini. aku menerimanya dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Unit aktiviti dan pertandingan untuk. aku sedar ianya susah, aku akui, ia memang susah. dan gerak kerja aku selepas itu, x perlu lah diberitahu kerana entry ini hanya untuk menceritakan pesta konvo. dan bukan kesibukan ajk nye..
bergambar bersama... bersama... ahli kumpulan inception.. Oleh kerana malas ingin mengulas panjang. Aku akan simplekannya. secara overallnye. Pesta Konvo ini seronok, pengakuan ikhlas aku sebagai AJK. Dengan kehadiran para penggerai yang ramai, disamping pameran Inovasi, dan juga kehadiran beberapa artis seperti Black, Irma Hasmie, Dafi, Man Bai, Sharul Ekamatra dan beberapa lagi. Dah tentulah kehadiran artis-artis tidak dihebohkan atas sebab mengambil iktibar daripada International Horse Show tempoh hari, dimana konsert band The Times dibatalkan dengan bantahan dari pihak Pusat Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan juga Pro-Mahasiswa (mungkin).
MyTv3 juga hadir. bersama Irma Hasmie membuat satu liputan untuk slot Mytv3 di tv3. Aku ade time buat liputan tu. Juga cuba untuk masuk tv, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukaneka mereka. Aku kalah lagi. Tapi aku x kisah, yang penting aku nak masuk tv.
Aku berjaya makan char kuew teow disini. Walaupun x sedap mane, ianya tetap char kuew teow. Dan sepasang kasut Adidas yang aku beli x sampai lima minit aku kat gerai tu.
Dan malam terakhir paling indah, juga paling penat. Mungkin kerana persembahan Manbai memang best, atau bunga api itu yang cantik atau mengemas tapak pesta tu yang seronok atau sebab yang lain, itu aku x pasti. yang pasti adalah aku sangat-sangat gembira malam itu. Mungkin juga kerana hari itu 28 mac.
Dan pengakhirannya.. aku letak link-link blog yang mempunyai kaitan dengan pesta konvo ini..
sekian...
bebudakseni.blogspot.comtangkapgambar.blogspot.comgambar dari fesbuk luqman hakim*tujuan utama aku berada didalam gambar itu bukan kerana aku nak bergambar dengan artis, tapi cume ingin bergambar beramai-ramai dengan AJK lain. betul... aku x tipu...
1 comment:
rindu dengan konvo
-mingming
Post a Comment