Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-03-30

Semua Sayang Smart Camp (3S)...


Semua Sayang SC (3S)
Smart Camp KTC
19 Mac 2011
KTC, Tasik Ilmu, Balai Cerapan.
Aku: Pemeriah majlis
Lain-lain : Member Smart Camp..
Laman sesawang : sinar harian johor

Dah seminggu sebenarnye ia berlalu. Ingatan pun seakan-akan sudah lupa dek kesibukan minggu seterusnya. dan berharap agar entry ini tidak berlaku cacat celanya...

OK, 3S ini bertujuan utk memupuk semangat perpaduan dalam kelab smart camp ini disamping dapat mengeratkan hubungan ahli junior dan senior juga dengan alumni.

Bermula pagi, di tapak bermain basketball KTC. diadakan sukaneka. Ya. antara sukan yang aku suka. Tapi sukanya seseorang itu pada sesuatu sukan tak menjamin kejayaan. Pasukan aku adalah antara pasukan yang tidak menang satu acara pun pada pagi itu. (mungkin kerana bermain adil, mungkin). Acara yang dipertandingkan; mengasingkan segala jenis kacang, beras dan gula. (masih belum dapat apa relevannya acara ini), mem-passing getah gelang menggunakan straw kepada orang belakang, acara menyambut belon berisi air (acara dimana aku x gunekan sebarang tenaga kerana semua belon pasukan aku pecah dahulu sebelum aku mendapatnya) dan acara kutip getah dalam tepung (juga x jumpe ape relevannya acara ini)...

permainan yang pelik

Itu pagi, petangnya pula. Acara kayak, bukan sesuatu yang dipertandingkan, tapi hanyalah suka-suka sahaja. Ahli pada petang itu berkurang. mungkin kerana penat dengan acara pagi tadi (penat??). ataupun memang malas ingin turun tasik kerana basah. Tapi aku still turun. Rugi rasenye walaupun aku amik koQ kayak. tapi untuk turun bersama ahli kelab. itu priceless. Petang itu tidak banyak hal menarik berlaku. Cume jatuhnye fitri dan rafi ke dalam tasik itu sebagai kenangan terindah. Tidak tahu sama ada ianya sengaja atau tidak. Yang pasti, kami dapat melihat cara-cara menyelamatkan orang sekiranya orang itu tidak pandai berenang dan memakai life jacket. Ikut cara suksis rasenye... Abis kisah petang itu. Tidak sabar ingin menunggu malam.
menyelamat cara suksis

Pada malam, di balai cerapan, UTM. Acara terakhir iaitu pembakaran dan pemakanan BBQ. ya. seperti dijangka, ramai yang hadir pada malam itu. seronok rase. walaupun aku lebih kepada bersembang ngan orang lain dari menolong masak ayam itu. haha.. Keindahan UTM pada malam itu dapat dikongsi bersama ahli smart camp yang lain. Keindahannya lain, tidak seperti biasa kerana ada satu kelab yang sedang bersatu dan bergembira di atas itu. Bukan seperti mereka yang terdesak mencari sesuatu sehingga melanggar etika.. ya.. aku sedang mengarut. Tapi itulah.. agak rugi jika tidak dapat menghadirkan diri pada saat ketika smart camp berjumpa semuanya...

Tak lama kemudian.. kami pun masuk surat khabar..



Sesuatu yang sangat indah..



*gambar ditaja oleh Faizal Nordin (pengarah Smart Camp)

No comments: