Aku melarikan diri dari satu tempat kesedihan yang dulunya seperti syurga buatku. Seperti makan buah khuldi, aku dihalau. Dan tempat itu menjadi tempat kesedihan aku. Tidak seperti syurga sebenar yang bahagia sampai bila-bila.
Tiada lagi Julia Perez, tiada Elly Tran Ha dan tiada Sawajiri Erika. Itu yang bermain difikiranku semasa melangkah masuk ke LRT Bukit Jalil untuk pergi ke stesyen mana-mana.
Didalam LRT, aku ingin menenangkan perasaan. Aku pandang atas. Cuba melihat langit. Dan aku akan menyebarkan masalah aku yang berkumpul dihati ini ke lautan langit yang luas. Biar ia meloloskan diri melalui lubang-lubang ozon.
Tiba-tiba pintu LRT diketuk, dari luar. Aku lihat ke pintu dan membukanya. Ada seseorang, dia berlari. Aku mengejarnya sehingga aku terkeluar dari badan LRT itu. dan aku pengsan kerana jatuh dari LRT.
Aku buka mata, kelihatan seorang gadis cantik bermata dua memangku kepalaku. Senyum kearahku. Ikhlas, tidak seperti Julia Perez, Elly Tran Ha mahupun Sawajiri Erika. Dia adalah gadis kekaguman. Aku diam, memegang tangannya erat-erat dan pergi dari situ.
*di mane die sekarang?? mungkin di rumah sedang bersiap untuk pergi ke sekolah dan die berharap agar dapat ke universiti satu hari nanti. Jangan.. universiti jangan dijadikan satu impian. jadikan ia satu perjalanan...
No comments:
Post a Comment