Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-03-05

kelas pagi yang mengantukkan


mane lebih penting? tidur atau makan?

best soalan tu. ia patut ditujukan kepada mereka2 yang tak punya banyak masa. sibuk memanjang. jika mereka ade sedikit kesempatan. apa mereka nak buat. tidur atau makan.

sini ada satu analogi.

benda ni berlaku pada aku siang tadi dimana aku x tidur malam tadi kerana bekerja keras menyiapkan assignment mekanik of solid untuk mendapatkan tiket bagi re-test pada esok hari.

malam tadi dalam pukul 2 gi mcD untuk study. dalam pukul 4 pulang ke blok dan aku terus menyiapkan assignment itu. bapak banyak. ade 20 soalan berkaitan fizik. Nasib baik study ngan budak bijak. Leh la buat.

Dan pada pagi itu aku x nak tido. alasan; x mau terlepas kelas mekanik pukul 9 pagi. abis kul 11. dalam kepala aku abis je pukul 11 aku nak terus blek tido. itu perancangannye.

dalam kelas mekanik. en.shuisma (lecturer aku) sangatla membosankan. pada masa itu, mata aku seperti ada anai-anai didalamnya (shahnor suzaini,2011). sejam pertama. adalah perlawanan aku menentang syaitan ngantuk. sangat sengit. aku tidur, terjaga, tidur balik, terjaga balik selama sejam. sampai sakit kepala. ilmu: kosong. sejam kedua. aku amik inisiatif untuk makan gula gula. sejam kedua tidak seteruk sejam pertama kerana kelas abis setengah jam lebih awal.

dalam kepala aku hanya tido. x nak makan dulu. tetiba member aku kata arini ade kelas ganti untuk kelas instrumentasi. wadehel. aku dah ngantuk ni bro. last2 aku terpaksa masuk kelas itu. naseb baik lagi kerana kelas itu hanya kelas sahaja. tiada ilmu masuk. x blaja pun dan hanya setengah jam.

dari hanya setengah jam itu. mata aku kembali segar. dah x rase nak tidur. ape ni.. tadi ngantuk gile2. skang elok plak. aku merungut terhadap sikap ngantukku. jadi. aku terpaksa la gi kafe. makan bersama member seperti biase. dan pabila balik. letak je kpale atas katil. terus lelap...

Alhamdulillah.. dapat jugak tidur...

so jawapan untuk soalan atas tu ape??

No comments: