Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-03-30

Semua Sayang Smart Camp (3S)...


Semua Sayang SC (3S)
Smart Camp KTC
19 Mac 2011
KTC, Tasik Ilmu, Balai Cerapan.
Aku: Pemeriah majlis
Lain-lain : Member Smart Camp..
Laman sesawang : sinar harian johor

Dah seminggu sebenarnye ia berlalu. Ingatan pun seakan-akan sudah lupa dek kesibukan minggu seterusnya. dan berharap agar entry ini tidak berlaku cacat celanya...

OK, 3S ini bertujuan utk memupuk semangat perpaduan dalam kelab smart camp ini disamping dapat mengeratkan hubungan ahli junior dan senior juga dengan alumni.

Bermula pagi, di tapak bermain basketball KTC. diadakan sukaneka. Ya. antara sukan yang aku suka. Tapi sukanya seseorang itu pada sesuatu sukan tak menjamin kejayaan. Pasukan aku adalah antara pasukan yang tidak menang satu acara pun pada pagi itu. (mungkin kerana bermain adil, mungkin). Acara yang dipertandingkan; mengasingkan segala jenis kacang, beras dan gula. (masih belum dapat apa relevannya acara ini), mem-passing getah gelang menggunakan straw kepada orang belakang, acara menyambut belon berisi air (acara dimana aku x gunekan sebarang tenaga kerana semua belon pasukan aku pecah dahulu sebelum aku mendapatnya) dan acara kutip getah dalam tepung (juga x jumpe ape relevannya acara ini)...

permainan yang pelik

Itu pagi, petangnya pula. Acara kayak, bukan sesuatu yang dipertandingkan, tapi hanyalah suka-suka sahaja. Ahli pada petang itu berkurang. mungkin kerana penat dengan acara pagi tadi (penat??). ataupun memang malas ingin turun tasik kerana basah. Tapi aku still turun. Rugi rasenye walaupun aku amik koQ kayak. tapi untuk turun bersama ahli kelab. itu priceless. Petang itu tidak banyak hal menarik berlaku. Cume jatuhnye fitri dan rafi ke dalam tasik itu sebagai kenangan terindah. Tidak tahu sama ada ianya sengaja atau tidak. Yang pasti, kami dapat melihat cara-cara menyelamatkan orang sekiranya orang itu tidak pandai berenang dan memakai life jacket. Ikut cara suksis rasenye... Abis kisah petang itu. Tidak sabar ingin menunggu malam.
menyelamat cara suksis

Pada malam, di balai cerapan, UTM. Acara terakhir iaitu pembakaran dan pemakanan BBQ. ya. seperti dijangka, ramai yang hadir pada malam itu. seronok rase. walaupun aku lebih kepada bersembang ngan orang lain dari menolong masak ayam itu. haha.. Keindahan UTM pada malam itu dapat dikongsi bersama ahli smart camp yang lain. Keindahannya lain, tidak seperti biasa kerana ada satu kelab yang sedang bersatu dan bergembira di atas itu. Bukan seperti mereka yang terdesak mencari sesuatu sehingga melanggar etika.. ya.. aku sedang mengarut. Tapi itulah.. agak rugi jika tidak dapat menghadirkan diri pada saat ketika smart camp berjumpa semuanya...

Tak lama kemudian.. kami pun masuk surat khabar..



Sesuatu yang sangat indah..



*gambar ditaja oleh Faizal Nordin (pengarah Smart Camp)

2011-03-22

Pari-pari Comel Didalam Hati (part4) (pohon magis)


Hari ini tidak tenang sama seperti hari-hari sebelum iaitu hari selepas part 3 berakhir. "di mana dia?" itu persoalannya. Dan ia sangat berkait rapat dengan ketenangan. Sehingga aku tidak tenang seperti biasa. Tenang telah hilang. Walaupun ia adalah benda yang selalu aku bawa didalam poket. Kadang-kadang aku bawa dua. Takut-takut jika satu hilang, masih ada back-up. Tapi hari ini, semuanya hilang. Mengikut jejak pari-pari comel. "Kenapa?"aku bertanya dan tiada yang menjawab.

Aku teruskan usaha, mencari ketenangan di merata tempat. Ingin menggantikan pari-pari comel yang kemungkinan besar tidak akan pulang lagi. Cakap saja di mana, tasik, kolej, fakulti, perpustakaan, semuanya buntu. Seperti jumpa jalan mati yang tiada signboard no entry. Sehingga satu tempat bersebelahan court tenis dan futsal, berdekatan rumah felo dan pusat jagaan kanak-kanak, ada satu pokok. Seperti pokok lukisan kanak-kanak 5 tahun. Rendang dan hijau. dan berbunga, serta berbudi bahasa, tiada seperti pokok lain. dan dibawahnya, ada cik virus sedang pandang keatas pokok. Kekaguman.

Aku ingin tahu, dan ingin melihatnya juga, seraya bertanya cik virus. Ini pohon magis. Sudah lama disini, tempat mencari ketenangan. kata dia. kemudian, dia beredar dengan senyuman. Sedang aku amati pokok itu, ada cahaya diatasnya. Aku lebih fokus kearah cahaya itu. Cahaya itu turun, hinggap di bahu, seperti kunang-kunang(maksud: firefly) tapi bukan. Ia seekor/seorang/satu pari-pari. Pari-pari comel yang selalunya didalam hati.

Kemana kamu pergi? kata aku. Aku sentiasa ada, cuma kamu tidak nampak. kerana hatimu gundah, ketenanganmu terganggu, tekanan kamu tinggi. kata dia. Maaf. kata aku. Kamu tunggu apa lagi? Dia masih belum bertemu denganku. kata dia.

Aku terkedu, senyum lalu memegangnya dan letaknya didalam hati dan terus berlari ke arked makanan itu. Berharap sesuatu. Tolonglah....

imaginasi: pohon magis


*terima kasih kerana membaca...
silalah komen seikhlasnya...

2011-03-21

Happy Besday Ujang!!!

Happy Besday Ujang ke 20.
Blok S39,
Masterplan: Dirahsiakan atas sebab dendam.
Support kewangan: Bear, Amran.
Turut serta: Aku, Nidzam, Bear, Amran, Fazly, Herman, Azri dan beberapa yang lain.
Bahan-bahan : 15 biji telur dan separuh plastik tepung.



MANGSA : SHAHNOR SUZAINI a.k.a Ujang




Kronologi tepat.

Bermula jam 11.45, Bear pergi ke Azah Minimarket untuk membeli telur. dan selepas itu, semua yang berkenaan berkumpul di bilik Amran untuk ad-hoc. Dan pada ketika itu, Ujang sedang asyik bermain doTa bersama roomatenya, Amir (tidak terlibat dalam pertualang ini).

Dan jam sedang bergerak pantas ke pukul 11.57 malam, masih belum membuat keputusan bagaimana ingin menarik Ujang ke luar bilik. Akhirnya, kitorang memilih untuk menyuruh aku memanggil Ujang ke bilik Amran dengan alasan 'Amran nak tanya ko pasal report'.

Ketika itu sudah ramai berkumpul kat bilik Amran, tidak pasti bahawa Ujang sedar atau tidak dia akan di'prank' malam itu.

Sedang asyik bertanya, tiba-tiba lampu bilik itu dioffkan oleh Azri. Maka, Herman dan Bear memulakan tugas dengan memegang kaki serta tangan mangsa dan dibawa ke luar blok. Ketika itu mulut Ujang laju menyebut perkataan "bodoh.. bodoh.." berulang-ulang. Aksi membaling telur dimulakan oleh Faiz tepat kearah kepala. dan disambung oleh mereka-mereka yang terlibat.

Riuh rendah pada ketika itu.

ujang!! ko hensem.. haha..


Setelah kekecohan seperti sudah reda. Ujang pun dipaksa senyum untuk di snap gambarnye. Dia tidak tahu, pada ketika itu cuma 13 biji telur yang pecah. dan semasa die sedang berjalan kearah bilik air. kelepek!! satu lontaran tepat bear kearah belakang mangsa. dan satu lagi telur dilontar ketika mangsa membersihkan diri di dalam bilik air. Menurut mangsa, telur terakhir jatuh tepat di kepala.

Selepas kejadian ini menurut Bear, Ujang sedang mencari Masterplan bagi prank ini. Tidak diketahui ape tujuannye...




Begitulah kronologinya.. haha... sekali lagi HAPPY BESDAY UJANG YG KE 20..

2011-03-16

Ketukan Ajaib


Aku melarikan diri dari satu tempat kesedihan yang dulunya seperti syurga buatku. Seperti makan buah khuldi, aku dihalau. Dan tempat itu menjadi tempat kesedihan aku. Tidak seperti syurga sebenar yang bahagia sampai bila-bila.

Tiada lagi Julia Perez, tiada Elly Tran Ha dan tiada Sawajiri Erika. Itu yang bermain difikiranku semasa melangkah masuk ke LRT Bukit Jalil untuk pergi ke stesyen mana-mana.

Didalam LRT, aku ingin menenangkan perasaan. Aku pandang atas. Cuba melihat langit. Dan aku akan menyebarkan masalah aku yang berkumpul dihati ini ke lautan langit yang luas. Biar ia meloloskan diri melalui lubang-lubang ozon.

Tiba-tiba pintu LRT diketuk, dari luar. Aku lihat ke pintu dan membukanya. Ada seseorang, dia berlari. Aku mengejarnya sehingga aku terkeluar dari badan LRT itu. dan aku pengsan kerana jatuh dari LRT.

Aku buka mata, kelihatan seorang gadis cantik bermata dua memangku kepalaku. Senyum kearahku. Ikhlas, tidak seperti Julia Perez, Elly Tran Ha mahupun Sawajiri Erika. Dia adalah gadis kekaguman. Aku diam, memegang tangannya erat-erat dan pergi dari situ.



*di mane die sekarang?? mungkin di rumah sedang bersiap untuk pergi ke sekolah dan die berharap agar dapat ke universiti satu hari nanti. Jangan.. universiti jangan dijadikan satu impian. jadikan ia satu perjalanan...

2011-03-05

Pari-pari Comel Didalam Hati (part3) (malam istimewa)


Part 1, Part 2 disini


Sejak kejadian lepas, apa yang aku buat tiap-tiap hari adalah senyum. Membiarkan laptop ku dengan virus comelnya dan lebih indah lagi pabila cik virus(panggilan untuk penyebar virus) mula menghantar virus comelnya ke hensetku. Tidak perlu lagi ditemani oleh pari-pari comel di waktu pagi. Terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku dan si dia.

Pagi demi pagi berlalu begitu sahaja walaupun pari-pari comel akan menunggu setia di meja belajar dengan senyuman sedia untuk bersembang denganku, tapi tidak dihirau olehku. Aku dan cik virus. Jangan ditanya. Jika ada sesiapa yang bercinta diluar sana, begitu jugalah apa yang kami rase. Mungkin.

Oleh sebab tu, pertemuan kedua telah diatur. Jam 9.00 malam pada hujung minggu ini di arked makanan.

Dan pada malam istimewa intu, kami berdua masing-masing membeli hidangan set C di sebuah gerai makanan barat. Duduk dan diam. Memandang satu sama lain. Diam buat seketika sehingga...

dia: Ada yang tidak kena..
aku: yup. memang ada yang tidak kena
dia: awak tahu ke apa yang tidak kena?
aku: mestilah saya tahu.
dia: kalau tahu, apa yang tidak kena?
aku: pari-pari comel kita hilang, tidak munculkan diri sejak semalam, ia mempengaruhi saya, hati saya, perasaan cinta saya.
dia: walaupun kita rasa cinta kita sempurna dan tidak perlukan ia lagi. Tapi.. kehilangannya... menyebabkan saya tidak rasa apa-apa dalam hati ini. Apa berlaku?
aku: dah sampai masa dia pergi. Mungkin. Dan kita bagaimana?

Kedua kami senyap. Menggeleng kepala.

Malam itu aku pulang tanpa rasa apa-apa. Tiada sedih mahupun gembira. Kosong seperti perasaan ini di reset semula. Berjalan sambil berfikir. Dimana pari-pari comel didalam hati ini? Kenapa meninggalkan aku? Cemburu dengan hubungan aku dan cik virus kah? Sedang asyik berfikir. Tiba-tiba aku dapat memikirkan sesuatu yang logik.

Kelalaian itu masalah manusia. Lalai dengan nikmat perasaan dan hanya mengikut fikiran rasional sendiri bukanlah caranya. Jagalah apa yang dikurniakan. Jangan khianatinya.

Aku lalai, pari-pari comel setia yang menemani aku di pagi hari, menemukan aku dengan cik virus, buat aku kenal dengan rasa cinta. Dan apabila aku rasa aku telah dapat sesuatu yang lebih, aku tinggalkannya. itulah masalah aku, atau mungkin, Masalah kami.


* terima kasih kerana mengomen

kelas pagi yang mengantukkan


mane lebih penting? tidur atau makan?

best soalan tu. ia patut ditujukan kepada mereka2 yang tak punya banyak masa. sibuk memanjang. jika mereka ade sedikit kesempatan. apa mereka nak buat. tidur atau makan.

sini ada satu analogi.

benda ni berlaku pada aku siang tadi dimana aku x tidur malam tadi kerana bekerja keras menyiapkan assignment mekanik of solid untuk mendapatkan tiket bagi re-test pada esok hari.

malam tadi dalam pukul 2 gi mcD untuk study. dalam pukul 4 pulang ke blok dan aku terus menyiapkan assignment itu. bapak banyak. ade 20 soalan berkaitan fizik. Nasib baik study ngan budak bijak. Leh la buat.

Dan pada pagi itu aku x nak tido. alasan; x mau terlepas kelas mekanik pukul 9 pagi. abis kul 11. dalam kepala aku abis je pukul 11 aku nak terus blek tido. itu perancangannye.

dalam kelas mekanik. en.shuisma (lecturer aku) sangatla membosankan. pada masa itu, mata aku seperti ada anai-anai didalamnya (shahnor suzaini,2011). sejam pertama. adalah perlawanan aku menentang syaitan ngantuk. sangat sengit. aku tidur, terjaga, tidur balik, terjaga balik selama sejam. sampai sakit kepala. ilmu: kosong. sejam kedua. aku amik inisiatif untuk makan gula gula. sejam kedua tidak seteruk sejam pertama kerana kelas abis setengah jam lebih awal.

dalam kepala aku hanya tido. x nak makan dulu. tetiba member aku kata arini ade kelas ganti untuk kelas instrumentasi. wadehel. aku dah ngantuk ni bro. last2 aku terpaksa masuk kelas itu. naseb baik lagi kerana kelas itu hanya kelas sahaja. tiada ilmu masuk. x blaja pun dan hanya setengah jam.

dari hanya setengah jam itu. mata aku kembali segar. dah x rase nak tidur. ape ni.. tadi ngantuk gile2. skang elok plak. aku merungut terhadap sikap ngantukku. jadi. aku terpaksa la gi kafe. makan bersama member seperti biase. dan pabila balik. letak je kpale atas katil. terus lelap...

Alhamdulillah.. dapat jugak tidur...

so jawapan untuk soalan atas tu ape??