Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-02-28

Mesin Fotostat yang Tiada Impian


Ketika aku di Kolej Rahman Putra menemani rakanku untuk menfotokopi buku instrumentasi. Aku sengaja duduk disebelah mesin fotostat. Aku kagum. Kerjanya hanya menfotokopi kertas mengikut kehendak orang yang mengedalikannya. Tiada rasa bosankah?

Semasa pekerja kedai menfotokopi buku instrumentasi kawanku itu, aku mengambil peluang bersembang dengan mesin fotostat itu.

aku: Hi...
mesin: Hi.. Nak tanya apa?
aku: Tidak rasa bosan ke asyik menfotokopi?
mesin: Tidak boleh kata bosan, sebab tidak akan ada pekerjaan lain untukku selain dari menfotokopi.
aku: Ooo..
mesin: Tidak seperti manusia. Hidupnya berakal. boleh berkreatif dimana sahaja. Oleh itu mereka punya impian dan mampu mencapai impian itu walaupun dalam apa jua keadaan. Yang menentukan impian itu tercapai atau tidak hanyalah usaha mereka sahaja.
aku: (terkejut). Kamu tidak punya impian? Nak jadi mesin fotostat kerabat diraja atau jadi mesin fotostat pertama mengelilingi dunia?
mesin: Sekali aku di kedai ini, selamanya aku disini sehingga aku tidak mampu beroperasi. Maka, tiada perkataan impian dalam riwayatku.
aku: manusia juga sama, kadang-kadang impiannya yang bukan-bukan, tidak masuk akal. tidak pernah mengukur baju di badan sendiri. kan sama je seperti tidak perlu ade impian.
mesin: kamu punya impian?
aku: (sengih) ade. tapi masih tidak tahu ianya boleh jadi kenyataan atau tidak.
mesin: jangan cuba sesekali mentertawakan impian sendiri, jadikannya berlaku, jadikannya kenyataan, jangan berhenti percaya!!!

Aku terkedu sekali lagi. Berfikir sejenak. Dan mesin fotostat itu pun sudah selesai menfotokopi, aku mengajak rakanku pulang ke blok kediaman dan aku menyambung niat untuk mencapai impianku. Dan aku tidak mahu menjadi seperti mesin fotostat yang tiada impian.


*bagaimana mesin fotostat bercakap? sila fikir sendiri...
*idea asal : cik teqa
* terima kasih kerana mengomen

4 comments:

tika said...

Don't ever laugh at your own dream. Make it happen, make it real. Don't stop believing.

trime kasih kerana mengKREDIT nme ku,,anda selalu buat saya rasa terharu:)

Anis Sakinah said...

haha..ok good

nadia mustafa said...

analogi yang menarik dan sempoi!

syamem said...

Cik Teqa : aku sentiasa begitu.. gembira mengharukan orang
Anis : thanks
Nadia Mustafa : terima kaseh.. akan ade analogi yang lebih menarik akan datang..