Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-02-19

Bom Tangan



"Kenapa awak sukakan saya?".Shawn.
"Kerana awak dan gaya permainan piano awak".Hera

Dan selepas itu, Hera meninggalkan Shawn 3000 batu jauhnya atas sebab pembelajaran.

Setahun sudah berlalu. Shawn masih lagi tiada kekasih dan status Hera; tidak diketahui. Kali ini Shawn terlalu merindui Hera, ingin berjumpa dengannya dan ingin meluahkan perasaannya. Dia tekad. Hanya ada dua pilihan; mendapatkan cinta Hera ataupun mati.

Oleh sebab itu, Shawn membawa piano dan sebiji bom tangan dalam perjalanan sejauh 3000 batu itu.

Maka bermulalah perjalanan epik sejauh 3000 batu itu. Shawn menarik piano sambil berjalan dengan penuh semangat. Melalui lebuh-lebuhraya, merentasi bandar-bandar. Tidak mengendahkan anasir-anasir luar seperti provokasi orang luar, gangster jalanan serta salesman-salesman insuran juga salesman produk kecantikan.

Sehinggalah sampai ke tempat yang hendak dituju iaitu 3000 batu dari tempat bermula. Betul-betul dihadapan rumah Hera. Shawn sedia memetik pianonya dan... ternampak Hera sedang bercanda bersama seorang lelaki di tingkap rumahnya. Ya.. selepas itu, semua orang tahu, betapa hancur luluh berkecainya perasaan yang selama ini terbuku dihati. Perasaan cinta yang dipendam selama setahun akhirnya diluahkan dengan satu letupan.

BOOM!!!

Orang ramai berkumpul ditempat kejadian. Ingin tahu apa yang berlaku. Sisa-sisa piano bertempiaran di merata tempat. Kekunci E minor piano yang kotor melayang jauh ke semak samun. Ya... Bom tangan itu telah berfungsi. Menghapuskan piano serta sisa-sisa kehidupan lampau Shawn.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejam berlalu, kelihatan seorang pemuda baru keluar dari kedai alat muzik YAMAHA bersama sebatang flute. Tersenyum gembira seperti kanak-kanak mendapat gula-gula kapas. Berjalan laju menuju sebuah stesen bas sambil mencuba meniup flute itu. Ternyata hatinya sedang girang kerana tidak perlu menarik piano sejauh 3000 batu lagi kerana sudah mempunyai alat muzik yang lebih mudah alih. Itulah Shawn. Hatinya sentiasa girang.



*idea asal : NABIL
seperti biase.. silalah komen

2 comments:

.... said...

sbnrnyer shawn mati ke idup?
bom tuh,letupkn piano jew ke?

syamem said...

Shawn masih hidup dan telah membeli alat muzik yang baru.. dan ingin mulakan hidup baru. hehe