Para mekatronik yang turut serta
First Year Experience (FYE) camp 2011
JURUTEK
Teluk Gorek, Mersing
21 - 23 Jan
Aku: Peserta
Peserta Mekatronik lain: Ujang, Nizam, Herman, Aizad, Map, Amran, Fatin
3 minggu sudah berlalu, ia tidak cukup lama untuk aku lupa tentang kem ini. Antara kem yang paling best dalam hidup aku dan sekali lagi Mersing menjadi tempatnya.
Bertolak dari UTM pada pukul 8 pagi hari Jumaat(21 Jan) bermakna terpaksa skip class mechanic of solid. Itu menjadi masalah bagi aku sebab class itu penting. dan mulai dari saat itu aku ingin jadikan kem ini sebagai sesuatu yang boleh dikenang dan ianya berjaya.
Bermula dengan pengenalan, pembentukan group. Semuanya tidak menarik kerana ramai budak2 kos lain yang aku x kenal menarik perhatian. manakala budak2 perempuan pula banyak dikuasai oleh kolej 9.
Malam pertama, dijalani macam biase yang tiada yang luar biasa berlaku sehinggalah hari kedua.
Gambar paling comel yang berjaya disnap Ini hari kedua, dijadualkan pagi itu dengan pendakian Gunung Arong. Ya... aku amat teruja dengan aktiviti ini sehinggalah ianya dibatalkan. Dan akhirnya kami hanya dapat berjalan ke kaki Gunung Arong sahaja. Sebab utama pembatalan tidak dapat dikenalpasti. Di kaki Gunung Arong itu ade sebatang sungai. Dan sungai itu menjadi mangsa para SEMers. Semua budak mekatronik masuk sungai dan bermandi-manda(?).
Petang hari, time riadah. Ini yang kami tunggu kerana kami tahu kami akan masuk ke laut. Bermandi, bermain laut. TAPI... keadaan berubah. Sekali lagi tentatif berubah atas sebab-sebab yang tidak mahu diberitahu. Kami dipaksa bermain bola tampar pantai di sebelah laut yang sedang memanggil-manggil. dan pada ketika itula, Aku, Ujang, Nizam dan Map mempunyai rancangan lain iaitu lari dari permainan paksaan itu dan cuba mandi laut secara senyap-senyap dan rancangan itu berjaya. Lebih berjaya pabila aku berjaya membuat teknik 'backflip' di laut itu dengan bantuan Ujang dan Map. Aku dan budak mekatronik sedang bermandi laut dan mereka sedang bermain bola tampar. Kami gembira.. Mereka? aku tak tahu.. yang aku tau ade yang tak gembira.
Malam itu bermain burung hantu. seperti biase, diikat mata dan diletakkan di mane-mane ntah. dan para fasi buat-buat gimik. Kurang seronok. Dan malam tu juga budak mekatronik juga memasang api di campsite. Itu ikut kepala sendiri. Terima kasih Ujang kerana menjadi leader. Aku ikut je.
Group aku bermain gila-gilanya
Hari last.. Pagi. Ade sedikit aktiviti iaitu sukaneka. berkumpulan.. aku enjoy je la. tiada yang special. dan petangnya time balik. Aktiviti dalam bas lebih seronok. Aku menaiki bas bersama rakan kos dan para penduduk KTC, kolej aku. Dan aktiviti itu adalah karaoke. trime kaseh kepada uncle bas kerana benarkan kami melalak didalam bas dari mersing sampai skudai. Dan itu melengkapkan jurnal keseronokan aku dalam masa 3 hari 2 malam..
aktiviti kepala sendiri paling seronok.
dah tentulah mandi laut tanpa kebenaran. ianya sangat seronok.
aktiviti ikut peraturan paling seronok.
ada satu task masa sukaneka. iaitu setiap kami dalam group menjadi bahan masakan seperti cili, garam. dan kena tunjukkan demonstrasi masakan. di situ la keluarnya perkataan tang ting tang ting.. alexander...
Kesimpulan.
Melanggar peraturan itu seronok.