Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-01-24

Thaipusam Holiday

Jalan-jalan sempena Thaipusam
Danga City Mall, Restoran depan masjid Kg Melayu Majidee, City Square.
20 Jan 2011
Kelolaan; Abang Jimie a.k.a Adam a.k.a Apek
Aku: ahli turut serta
Turut serta: Faizal, Mus, Kak Ain, Zulik, Aiman.

Tepat jam 12 45 tengahhari hari yang bosan itu,(thaipusam). Faizal hantar msg kat aku nak jalan2 bersama Apek bersama MT Smart Camp yang lain. Aku tidak lepaskan peluang. terus sambar peluang yang ade ketika hari bosan itu.

Pukul 2 kami berkumpul. Cuba mencari ahli seramai mungkin dan akhirnya hanya 7 orang yang berjaya dikumpul. tak pe la. asal ade orang. Pergi dengan 2 kereta, MyVi dan Kancil. kami memulakan perjalanan sempena thaipusam yang mulia bagi penganut hindu ini.

first checkpoint, Danga City Mall. Bermula dengan tujuan bermain bowling, selepas masuk tujuan tu hilang dan telah dipengaruhi oleh game lain seperti archery, paint ball dan karaoke. bincang punye bincang, akhirnya kami sepakat untuk bermain bowling selepas melihat beberapa faktor; mahal (paintball) dan bosan (archery). Mendaftar bowling. kena que dulu sampai kul 4 30 ptg. ketika itu jam 3 30 petang. untuk menghilangkan bosan, kami karaoke dulu sehingga lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin. selepas itu baru start main boling.

Telah ditakdirkan aku bukanlah pemain boling yang baik.

Selepas itu, kitorang terus menuju ke kampung Melayu Majidee untuk merasai Murtabak Spesialnya. Sampai tersesat dan terus tersesat. Sehinggalah terpaksa mengikut kata hati. dan akhirnya sampai tepat pada azan maghrib.

Ketika makan, mencari hala tuju seterusnya. ade beberapa option; tengok movie(CS), karaoke(lagi?) (danga bay) ataupun balik (UTM). aku tak nak balek. dan aku pilih no 1. diorang pun same.

Dan cerita Faster menjadi pilihan. pukul 11 kami keluar panggung dan pukul 11 20 kami jumpa kereta kami. begitu complicated sekali parking di CS. kami pun pulang memandangkan aku akan pergi ke Mersing pada jam 8 00 pagi keesokan harinya.

Penghargaan
Terima kasih kepada yang mengajak. Dan memang gembira jika dibelanja.



*maaf, tiada gambar di tangkap... tak tau kenapa.

No comments: