Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-03-22

Pari-pari Comel Didalam Hati (part4) (pohon magis)


Hari ini tidak tenang sama seperti hari-hari sebelum iaitu hari selepas part 3 berakhir. "di mana dia?" itu persoalannya. Dan ia sangat berkait rapat dengan ketenangan. Sehingga aku tidak tenang seperti biasa. Tenang telah hilang. Walaupun ia adalah benda yang selalu aku bawa didalam poket. Kadang-kadang aku bawa dua. Takut-takut jika satu hilang, masih ada back-up. Tapi hari ini, semuanya hilang. Mengikut jejak pari-pari comel. "Kenapa?"aku bertanya dan tiada yang menjawab.

Aku teruskan usaha, mencari ketenangan di merata tempat. Ingin menggantikan pari-pari comel yang kemungkinan besar tidak akan pulang lagi. Cakap saja di mana, tasik, kolej, fakulti, perpustakaan, semuanya buntu. Seperti jumpa jalan mati yang tiada signboard no entry. Sehingga satu tempat bersebelahan court tenis dan futsal, berdekatan rumah felo dan pusat jagaan kanak-kanak, ada satu pokok. Seperti pokok lukisan kanak-kanak 5 tahun. Rendang dan hijau. dan berbunga, serta berbudi bahasa, tiada seperti pokok lain. dan dibawahnya, ada cik virus sedang pandang keatas pokok. Kekaguman.

Aku ingin tahu, dan ingin melihatnya juga, seraya bertanya cik virus. Ini pohon magis. Sudah lama disini, tempat mencari ketenangan. kata dia. kemudian, dia beredar dengan senyuman. Sedang aku amati pokok itu, ada cahaya diatasnya. Aku lebih fokus kearah cahaya itu. Cahaya itu turun, hinggap di bahu, seperti kunang-kunang(maksud: firefly) tapi bukan. Ia seekor/seorang/satu pari-pari. Pari-pari comel yang selalunya didalam hati.

Kemana kamu pergi? kata aku. Aku sentiasa ada, cuma kamu tidak nampak. kerana hatimu gundah, ketenanganmu terganggu, tekanan kamu tinggi. kata dia. Maaf. kata aku. Kamu tunggu apa lagi? Dia masih belum bertemu denganku. kata dia.

Aku terkedu, senyum lalu memegangnya dan letaknya didalam hati dan terus berlari ke arked makanan itu. Berharap sesuatu. Tolonglah....

imaginasi: pohon magis


*terima kasih kerana membaca...
silalah komen seikhlasnya...

1 comment:

fiKa arBain said...

hahahahahahhahaha