Untuk ke 100 juta kali, Luke menoleh kearah pintu utama dewan besar sekolah ini. Nampak beberapa orang pelajar lelaki sedang sibuk mengangkat meja-meja dan kerusi untuk disusun di dalam dewan. Luke pun berdiri membuat-buat sibuk dengan menolong mereka. Malam itu, malam istimewa untuk mereka, pelajar - pelajar tahun akhir sekolah itu. Malam Remaja Gembira; malam dimana, satu-satunya malam untuk mereka melupakan apa itu ulangkaji, masa depan, peperiksaan, warden, cikgu mungkin juga mak ayah. Yang perlu diingat adalah masa sekarang.
Majlis bermula. Bla.. bla.. bla.. dari pengerusi majlis, wakil pelajar, cikgu undangan. Luke malam itu, dengan tuxedo hitam pinjam merasakan dirinya cukup segak untuk hadir ke majlis tahunan ini. Dari sudut dia duduk itu, dia mengunci matanya ke satu sudut pandangan. Disudut itu, ada seorang gadis, namanya Samantha. panggilan, Sam. Dia memakai baju gaun biru muda. cantik, ayu, menarik semua yang memandangnya. Padan lah dengan status nya sebagai gadis idaman semesta.
Kini sudah masuk slot persembahan. Memang persembahan malam ini sangat istimewa. Sedang para pelajar hingar-bingar, secara tiba-tiba, keadaan menjadi senyap sunyi. Hanya bunyi krik.. krik.. yang tinggal. Semua pasang mata beralih ke atas pentas yang kini terdapat sebuah band dan seorang penyanyi berpakaian gaun biru. Sam.
Sam membetulkan mikrofon.
"Satu.. Dua.. Satu.. Dua.. "Sam mencuba mikrofon.
"Hehe.." Dia tergelak kecil.
"Lagu ini khas untuk semua yang kenal saya atau tidak. Dan semua kawan-kawan saya yang tak serik berkawan dengan saya. Terima lah. Power of Flower."
Gitar, bass, keyboard dan drum berbunyi serentak sebelum Sam memulakan nyanyian. Semua pasang mata melihat Sam. Siapa tak kenal Sam. Gadis ayu yang dipuja-puja, disanjung-sanjung, digoda-goda oleh segenap pelajar lelaki dan Sam dengan konstan akan menjawab maaf diikuti dengan penerangan ringkas untuk menenangkan hati sang pemujanya itu. Gembira. Itu saja yang dirasakan oleh para pelajar lelaki disitu termasuklah Luke yang menggerakkan badan dan kaki menari mengikut rentak lagu. Dikala setiap orang ada pasangannya. Luke sendirian, menghayati irama dan terjemahkan dalam bentuk pergerakan solo. Tiba-tiba terdetik rasa bodoh. Tapi peduli apa, Sam yang menyanyi. Bukan orang lain.
Habis sudah persembahan menakjubkan itu. Majlis diteruskan dengan beberapa nyanyian dan semua lelaki asyik menari dengan perasaan puas, sonyum leabr dapat melihat gadis idaman ramai mempersembahkan nyanyian. Semua org dengan gelagat masing-masing.
Majlis malam itu hampir tamat. Jam menunjukkan tepat pukul 11. Satu poster diedarkan, dan seorang pelajar naik ke pentas dan menjerit. Jom!! lepas ini!! parti di rumah Johnson!!!.
Dan semua orang dengan perlahan berkurangan. Masing-masing pergi ke parti seterusnya yang menawarkan lebih lagi. Yang tinggal hanyalah beberapa pelajar yang mengemaskan dewan. Sudah tentu lah mereka akan ke parti itu. Cuma lambat sedikit sahaja. Dan Luke, berjalan menuju ke perhentian bas. Dengan niat untuk tidak hadir ke parti liar itu.
No comments:
Post a Comment