Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-06-19

Aku juga inginkan die, tapi bukan seperti orang lain... (part_2)

part_1

Malam itu, Samantha berseorangan di perkarangan kolej, diluar dewan. Menunggu seseorang yang dia tidak tahu siapa. Kemudian hadir seorang pria, 'man in suit', cuba mempelawanya untuk menjadi pasangannya untuk malam itu. Samantha menerimanya, kerana katanya pada Luke, dia akan punya pasangan malam itu. Walhal keadaan sebenarnya adalah Samantha menang tiada pasangan.

Nama pria itu Zach. Sekelas dengan Samantha. Tiada sebab untuk Samantha menolak kerana pria itu rakan sekelas, sekuliah malah pernah satu kumpulan perbincangan semasa MUET. Zach, pria yang popular kerana kelurusannya, kebijakannya, ke'nerd'annya dan ketidaksosialnya. Untuk dia hadir ke parti itu sahaja membuatkan Samantha pelik. Tapi persetankan semua alasan. Yang penting dirinya punya pasangan malam itu.




Parti sudah bermula. Hingar-bingar mula menusuk telinga. MC mula menguasai majlis. Tapi Luke masih belum kelihatan. Samantha bungkam, kecewa juga. Kelihatan mata-mata liar sedang mengejarnya, mungkin kerana popularitinya tapi sebenarnya kerana dia bersama lelaki baru. Duga mereka teman istimewanya. Agak mengejutkan kerana semua tahu, Samantha; seorang gadis indah yang akan menolak sesiapa sahaja lelaki yang ingin masuk kedalam hatinya hadir dengan pasangan.

2,3 tapak kehadapan, ternampak Emily, melambai dan pergi kearahnya. Senyum dan bertanya, Luke mane?
Emily balas senyuman. Tiada disini, tidak mahu pergi katanya.

Samantha bungkam lagi sekali dan kali ini lebih kecewa.

Malam itu, Samantha mendapat layanan istimewa, diberi penghormatan untuk memberikan persembahan langsung secara tiba-tiba. Dia turutinya, itu satu-satunya kehendak para pencintanya yang diturutinya. Diatas pentas kini, Samantha memegang mikrofon. Satu alunan lagu dilontarkan. Ia memang indah, testimoni setiap hadirin disitu.

Tapi senyumannya, kata-katanya, pergerakkannya malam itu kelihatan palsu.

Terserlah. Luke yang berada di sudut alat-alatan audio menyedarinya sambil mengeluh, kesal mungkin. Rasa bersalah juga, mungkin.

Lagu malam itu lagu 'Power of Flower', nyanyian asal Itou Shizouka. Kegemaran Luke. Baju malam itu berwarna biru. Juga warna kegemaran Luke. Dan baju itu adalah baju gaun biru ketika malam pesta remaja gembira tingkatan 4 lalu. Juga diakui kegemaran Luke.

Dan hati Samantha malam itu berwarna kelabu, kusam dalam duka. Meninggalkan parti tanpa kata-kata. Dan itu, bukanlah kegemaran Luke.



*cuba la kaitkan gamba tu dengan cerita tu. pastu letak kat komen ye..
thanks bace...

1 comment:

Anis Sakinah said...

Err xdapat nak kaitkan. Apa kaitan? Blur.....

Tapi good job syamim! aku tertarik nak bace karya kau sebab unik. Satu pattern macam novel Hlovate. 'Thinking out of the box'.

Mgkin lepas ni dah boleh hasilkan satu karya yg lengkap.