Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-05-04

Review : Kelabu - Nadia Khan



Kelabu - Nadia Khan
456 muka surat
FIXI Publication


Baru berkesempatan membuat review.
Aku yang nak beli novel ni. Mase tu pelancaran 2 novel fixi, Tabu dan Kelabu kat BOCO 11. Aku pilih kelabu.

Ini novel ketiga, selepas Pecah dan Kasino. Seperti novel-novel Fixi yang aku bace sebelum ni. Menarik. Ade elemen kejuta yang sukar ditemui dimana-mana novel dari publisher lain. Kali ini menceritakan perihal seorang manusia yang konfius dengan identitinye.

Mula-mula baca novel ni, rase macam baca novel alaf 21. Perkenalan laki perempuan, bercinta, konflik keluarga, BFF, kawan tempat bergantung, gaduh dengan ex awek sendiri. Bese la tu.

Tapi... Bila sampai muka surat dua ratus berape ntah. Barulah sampai kick atau kelainan novel ni. Satu kejutan yang buat aku terkedu, termenung sekejap, belek-belek cover novel ni. Baru perasan, cover novel ni adalah gambar perempuan rambut pendek pegang kamera dalam keadaan terbalik. Memang sama dengan tema ni; kelabu. Kehidupan seseorang yang bukan hitam atau putih, tetapi kelabu.

Penceritaannya mudah, tak pusing-pusing. Straight dan endingnya dapat dijangka dan memuaskan hati (ramai orang tak jangka ending camni tapi kenape aku leh jangka ye?) Tapi tetap diceritakan dengan gaya penceritaan menarik yang tak buat orang bosan. Aku dengar nadia khan ni pemenang pertandingan menulis skrip anjuran finas dulu.

Itu saje kot. Pasni novel BISIK plak.

2 comments:

Anis Sakinah said...

boleh pinjam kot.
teringin lak nak bace

Anonymous said...

wah baru tau yang novel fixi ni dah lame ade, i just start read their collection and as u say mmg best.