Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-05-02

Avenged Sevenfold Live In Malaysia


Avenged Sevenfold Live in Malaysia
Buried Alive Tour
29-4-2012, Ahad
Surf Beach, Sunway Lagoon.
8.30 PM
Tiket aku: RM160

Aku tak pernah tunggu pun kehadiran band ini ke Malaysia. Oleh kerana abang aku bagitau band ini datang ke Malaysia, baru la aku teruja dan ingin melihat ahli-ahli band ini perform. Lagipun aku terlepas ingin melihat Evanescence beraksi bulan 2 aritu. Apa salahnya meluangkan masa dengan band yang baru aku kenal 2 tahun lepas.

Kebanyakannya anak muda Malaysia (Melayu, India, Cina, Lain-lain) berpakaian serba hitam bertaburan di surf beach itu. Hanya segelintir warga asing serta aku dapat kesan seorang pakcik berumur lingkungan 50-an hadir menjayakan konsert ni. Aku tak tahu bilangan sebenar yang hadir ketika itu. Orang kata 15,000 orang.

Ini lah crowd.


Bermula lebih kurang pukul 8.15 malam dengan persembahan pembukaan (opening act) dari love me butch yang mendendangkan lagu apa pun aku tak tahu sebab masa tu aku baru dapat masuk sunway lagoon dan bergegas mencari surf beach dan sesampainya aku kat sana, persembahan pembukaan pun tamat.

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Menunggu ketibaan Mike Shadow dan rakan-rakan. Sambil itu disajikan dengan lagu-lagu dari Metallica sambil di singing along oleh crowd.

Dan.. tiba-tiba, ting tin ting tin ting tin. Deng deng deng denenedeng.... NIGHTMARE!!!
NIGHTMARE!!!!


Bermula dengan Nightmare dan berakhir dengan Unholy Confession. Kesemuanya 13 buah lagu menjadi halwa telinga peminat-peminat mereka di Malaysia.

Paling best bila diorang wat tribute untuk The Rev Sullivan, drummer Avenged Sevenfold yang mati pada tahun 2009. Lagu so far away (lagu yang masih lagi terngiang-ngiang kat telinga aku sampai sekarang) dan lagu afterlife (lagu ni buat aku teruja). Dengan latar belakang The Rev memeluk setiap ahli Avenged Sevenfold. Keadaan itu betul-betul mengharukan.

Guitar solo hero
Aku betul-betul berpuas hati dengan konsert ni. Serius, paling menerujakan bila dapat tengok Synyster Gates main gitar, solo dalam lagu afterlife, buried alive, beast and harlot ngan fiction.
Zack Vengeance ngan Synyster Gates


Ape-ape pun. Konsert ni terbaik. Walaupun ini konsert yang pertama untuk aku.


Avenged Sevenfold, Please come again later.


Lain-lain review

No comments: