Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-05-19

Chelsea; Gerakan Biru ke Munich 2012


Masih terkejut dengan kehebatan Chelsea pasca Andre Villas Boas. Ternyata Robbie Di Matteo lebih mengenali dan merasai apa Chelsea itu sendiri.

Malam ini, umpama perlawanan penutup bagi kejohanan bola sepak seluruh eropah, Chelsea akan bertemu gergasi Jerman, Bayern Munich di Allianz Arena sendiri iaitu tempat dimane para Bavarian bermain bola. dan tentulah diatas kertas, Bayern adalah pilihan dan Chelsea hanyalah pasukan underdog yang bernasib baik untuk sampai ke pentas akhir ini.

Ini kali kedua Chelsea layak ke pentas akhir, pertama kali aritu tahun 2008 bawah caretaker manager Avram Grant selepas Jose Mourinho kena buang, tewas dengan Manchester United kat Luzhniki Stadium, Moscow. Tewas penalti.

Musim ini juga dengan kehebatan caretaker manager, Robbie Di Matteo juga adalah bekas pemain Chelsea yang pernah menjulang piala Cup Winner's Cup 97-98 dan piala UEFA Super Cup 99. Berjaya membawa Chelsea yang penuh dengan masalah ke perlawanan akhir.

Tewas 3-1 di Napoli di Round of 16, AVB dibuang, RDM ambil alih, Di Stamford Bridge, Chelsea menang 4-1, masa tambahan, dengan Branislav Ivanovic menjaringkan gol kemenangan. Match pertama aku tengok setelah banyak match aku tinggalkan kerana AVB.

Quarter Final, Benfica cuba mencabar, ternyata ketika itu Chelsea sudah semakin stabil, semakin power dan Fernando Torres pun sudah pandai menjaringkan gol. Kesudahan Chelsea menang 3-1 secara aggregat, Torres tak menjaringkan gol dikedua-dua perlawanan.

Semi-final. Menentang Barcelona, memang penuh sejarah, sejak Chelsea pandai bermain di Uefa Champion League, tak pernah lari dari perlawanan menentang Barcelona. Sejak zaman Frank Riijkard dengan Ronaldinho, Eto'o sampai lah zaman Pep Guardiola dan Messi. Kali ini, Chelsea lebih bersedia menentang pasukan yang dikatakan sebagai anak angkat UEFA ini. Perlawanan pertama Barcelona menang possesion, shot on target, free-kick tapi Chelsea menang perlawanan ni 1-0. Didier Drogba minit 45+2.

Tiket untuk malam ni 370 = RM1488.22. x de sape nak belanja aku..
Kemudian keluarlah kata-kata seperti 'we'll see at second leg', 'you can't park bus at nou camp' dan bermacam-macam lagi. 24/4/2012, tarikh perlawanan kedua berlangsung, Chelsea meletakkan Torres sebagai substitute. Bermula dengan berat sebelah, Macam biase, Barcelona menang possession of ball, sehinggalah Busquet menjaringkan gol, dan diikuti dengan Terry dibuang padang, Iniesta pula menjaringkan gol kedua. Ketiga-tiga situasi ini berlaku dalam masa yang singkat. Aku ketika itu seperti hilang semangat. dan tiba-tiba Ramires menjaringkan gol cantik untuk 2-1 pada separuh masa pertama.

Secara aggregat 2-2, Chelsea akan layak dengan peraturan gol di tempat lawan. Dengan 10 orang tanpa Captain Marvel Terry. Chelsea bertahan. Hasilnya, minit 90+2, Fernando Torres menjaringkan gol, dengan bergaya, menewaskan Victor Valdes yang tidak berpeluh dan lebih banyak habiskan masa dengan bersembang dengan pengadil kat tepi gol tu.

Maka tamat lah riwayat pasukan yang kononnya paling power kat dunia tu di kejohanan terulung eropah ni dengan aggregat 3-2 berpihak pada askar biru dari London.

Setelah menempuh duri ranjau liku perjalanan, akhirnya sampai juga di Allianz Arena, Munich. Piala kedua yang menjadi buruan selepas FA Cup itu hari. Bertemu semula dengan wonderkid 16, Arjen Robben membuatkan aku betul-betul tak sabar menanti perlawanan ini.

Mohon Chelsea Menang Malam Ini.



No comments: