Monolog Hati
Itu bukan masalah. Pengalaman yang mengajar aku macam-macam. Dulu, ketika baru mula kenal cinta dulu-dulu. Die pernah berkata, untuk apa kita bercinta di waktu ini. kita bukan mampu untuk melihat masa hadapan.
Kini, tiada bezanya. Aku sayang dia, bukan dia yang tadi, ini dia yang lain. Tak bermakna dia perlu balas sayang itu. Diam-diam pun tak ape. Bertepuk sebelah tangan pun tak ape. Kadang-kadang bertepuk sebelah tangan itu ada bagusnya. Asalkan dia tidak benci aku sudah.
Aku bukan seorang psiko cinta yang mana memerlukan hubungan cinta dua hala yang jitu, dan sekiranya salah seorang putus asa dengan hubungan itu, maka keluarlah segala jenis tohmahan keburukan bekas pasangan masing-masing. Mereka lupa, bahagia itu luas maknanya.
Aku adalah aku. Yang masih pegang dengan kata-kata dia yang pertama.
Tapi kini, dah sampai masa. Untuk aku lihat apa masa hadapan aku.
No comments:
Post a Comment