Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Powered By

This Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

2011-05-11

Kisah Tasmanian Devil dan Gadis Bertudung Biru


Aku dikejar lagi, kali kedua untuk hari ini, dikejar oleh seekor kucing liar bukanlah sesuatu yang baik, lebih-lebih lagi aku masih belum dalam usia yang matang. Ya, aku masih kecil.

Kini memasuki satu padang, padang sebuah universiti terkenal di Canberra ini. Dan kucing itu masih mengejar. Aku buntu, sehinggalah aku ternampak sebuah bekas makanan yang selalu dibawa berkelah. Aku berlari masuk kedalamnya kerana tiada sesiapa di tapak perkelahan itu. Aku menyorok di dalam bekas itu, sekurang-kurangnya sehingga keadaan diluar kembali aman.

Kemudian, datang 3 gadis ke tempat kelahan itu, memegang pinggan-pinggan bersih. Membuat bising sehingga aku terjaga dari lamunan. Mereka duduk di situ dan membuka bekas makanan. Aku nampak dia, dia nampak aku.

Terkejut. Itu perkataan yang tepat untuk menggambarkan reaksi dia yang membuka bekas itu. Kawan-kawannya juga tekejut. Oleh kerana semua terkejut. Aku juga terkejut.

"Halau dia!!". Gadis bertudung merah berkata sambil tangannya menghayunkan buah oren yang seperti hendak dimakan tadi. Buah oren itu terbang tepat kearahku dan tentulah ia terkena aku. Sakit, tapi aku tetap berlari. Kali ini aku dikejar oleh 2 pemuda yang turut bersama dalam perkelahan mereka tadi.

Aku terlalu penat berlari, dinding solid yang berada dihadapan pun aku samar-samar melihatnya. Aku terlanggar dinding itu. Impaknya lebih kuat dari buah oren tadi. Aku mamai kembali, boleh aku lihat 2 pemuda tadi ingin menangkap aku. Aku redha, menyesal pun ada. Kenapalah aku curi makanan kucing tu tadi. Beginilah kehidupan seekor tasmanian devil liar yang sangat dibenci manusia.

"Berhenti! Jangan buang dia ke dalam semak". Kata seorang gadis yang bersama mereka tadi.

Dia menghulurkan tangan.

Aku yang masih mamai kepenatan, kesakitan, kelaparan kini berada di tapak tangannya. Aku diletakkan di sudut padang, dan diberi tulang ayam dan daging beger. Aku menggigitnya dan membawa lari masuk kedalam semak. Menoleh kebelakang melihat gadis bertudung biru itu sedang senyum. Ayu sungguh senyumannya menghapuskan rasa-rasa kesal dan fikiran negatif yang aku rasa tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya. Petang, aku kembali ke padang itu. Seperti biasa, mencari makanan jika ada. Aku berjalan-jalan, mencuri satu dua muffin dari mereka yang berkelah disitu. Di satu sudut, aku nampak satu bekas polisterin terbuka, ada burger didalamnya. Tiada orang yang menjaganya. Ini rezeki. Itu yang aku fikir. Aku pun berlari mendapatkannya. Dan aku dapat. Makan burger di petang hari. Walaupun burger tu sudah ada kesan gigit, ade aku kisah. Aku binatang, Tidak perlu terlalu menjaga kebersihan.

Burger itu sedap, seperti yang diberi gadis bertudung biru semalam. Sedang asyik makan, badan aku diusap. Terkejut. dan bersedia untuk berlari. Tapi niat aku terpaksa dihentikan. Kerana yang mengusap aku itu adalah gadis bertudung biru itu, masih bertudung biru, cuma lain dari semalam. Aku terkedu. Sangat terkedu.

-part 1- tamat.

No comments: