Powered By

This Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

2011-05-25

Gas, Liquid, Solid Cinta Kamu




Dua orang berlainan jantina, berpakaian seragam sekolah sedang bermain-main cinta. Ya... cinta. Si lelaki mengeluarkan lighter membakar nafsu kedua-dua mereka lalu mengeluarkan asap-asap cinta. Maka, kedua-duanya mengumpulkan asap-asap cinta itu seboleh-bolehnya.

Si perempuan kata. tak puas dengan asap sahaja, tak boleh dipegang. Maka kedua-duanya mengkondensasi asap itu menjadi cecair yang bergemilauan. Ah.. cinta memang indah.

Si lelaki pula berkata. Yang bergemilauan perlulah diangkat, disanjung tapi keadaan sekarang tidak boleh. Maka kedua-dua mereka membekukan cinta itu menjadi satu solid kiub yang sangat indah. Mereka tersenyum puas sambil berpeluh-peluh kerana telah membuat cinta mereka sendiri.

Mereka mengangkat cinta bersama-sama. Tiba-tiba si perempuan terlihat jejaka lain. Si lelaki terlihat dara yang lain. Mereka tersandung, jatuh dan kiub cinta yang indah itu pecah berderai-derai, bertukar menjadi hitam. Mereka bertengkar sesama sendiri. 24 jam lamanya, sebelum meninggalkan sisa-sisa cinta itu bersendirian yang kemudiannya disapu oleh mak cik kleaner yang bertugas.

Terima kasih mak cik kleaner.

No comments: