Aku tak tahu la, sejak balik dari kolej aritu, apsal kampung aku nampak putih je...
rupenye ade jerebu.
aku tanye mak aku, "apsal sini jerebu?" mak aku pun jawab. "entahlah"
jawapan yang ringkas dan padat...
Setelah 2 minggu kat kampung, aku ingat jerebu makin kurang, tapi keadaan tidak berubah, tetap same je... aku pun pike, apasal x masuk tv? x masuk paper ke??
aku x dapat jawapan utk kedua2 soalan tu...
isu jerebu di sabak bernam telah ditutupi oleh isu H1N1 yang semakin menular di negara kita dan juga isu demontrasi jalanan oleh gerakan mansuhkan ISA...
tak pe la, yang penting, aku telah menengenahkan isu ini yang semakin teruk disebabkan pembakaran jerami padi yang baru lepas "panen"(tuai dalam bahasa jawa). aku x leh nak kate ape sebab lepas padi dituai, konfem la kne dibakar, walaupun dalam keadaan jerebu. itula yang dikatakan oleh pak cik jiran aku semasa aku menemubual beliau..
oleh itu, same2 la kite pike, bagaimana nak mengatasi masalah jerebu ini... walaupun tiada di tv, paper mahupun di Sinar Harian. sama2 lah kita menjaga alam sekitar kerana kita tau jerebu ni boleh menjejaskan kesihatan kita. jangan pike H1N1 je...
sekian dari aku, untuk semua...
semua gambar ni diambil pada lebih kurang pukul 1 tengah hari
ni dekat parit 2 barat
tak jauh dari gamba pertama
ni kat kampung aku, tebuk pulai
Quote of the day
🎥 Télécharger Lust Stories 1080p
5 years ago
No comments:
Post a Comment