Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-07-20

Extravaganza '12 Fasa 1 : Permulaan

Extravaganza '12 (XV'12) ; Kem Motivasi Pusat Tuisyen
Fasa 1 (UPSR, PMR)
29 Jun - 1 Julai 2012
Hutan Rekreasi UTM
Smart Camp
Pusat Tuisyen Skor Bestari
Aku; Ketua Modul, Kem Komander

Tahun kedua aku bersama extravaganza. Jika tahun lepas aku hanya menjadi fasi kumpulan kuning bersama Saidah Lani. Tahun ni, untuk fasa 1 aku menjadi Kem Komander.

Kem Komander adalah seorang fasilitator yang sangat berdisiplin. Pandai menegur adik-adik yang kurang disiplin dan adalah seorang yang pandai berlakon untuk tidak senyum. Terus terang dikatakan bahawa ini adalah tugasan yang sukar untuk aku. Demi tanggungjawab, aku perlu teruskan.

Dan akhirnya, dapat lah aku gelaran-gelaran yang aku sendiri tak sangka leh dapat seperti abang marah-marah, abang garang, abang turun dari langit, abang cctv dan pelbagai lagi yang menunjukkan ketidaksukaan adik-adik fasi terhadap aku. Itulah aku, dalam masa yang singkat, berjaya membuatkan lebih kurang 191 adik fasi tidak suka terhadap aku. Tension sedikit.

Bukan setakat abang garang je, Ketua Modul juga menjadi milik aku. Bila teringat kembali, rasa kelakar pabila aku menjadi serba salah untuk keluar dari dapur (melihat modul) ataupun perlu duduk je di dapur (membiarkan modul itu bergerak dengan sendirinya) sebab antara etika kem komander adalah tidak bolah terlalu terdedah dengan adik-adik fasi. Akhirnya aku lebihkan keutamaan untuk menjadi ketua modul. Lalu aku pun keluar lah melihat modul-modul.

Keseluruhannya.

Aku berpuas hati. terima kasih kepada semua yang terlibat. Dan jumpa lagi fasa 2 nanti.







No comments: