Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-06-11

Fabel: Cik Virus III


Pondok Jepun Warna Putih

Hei, nak ikut saya pergi satu tempat hujung minggu ni?

Kemane? Tak tahu lagi. Masih banyak kerja bertimbun yang perlu diselesaikan.

Tak pe. Kita santai sahaja. Boleh hilangkan tekanan.

Kenapa ajak saya? Tak ada orang lain?

Tak. Kamu paling sesuai. Kita temankan orang sebenarnya. Dia berjalan berpasangan. Dia tak mahu orang yang lain yang dia kenal tahu dia sedang berpasangan. Dan saya pilih kamu untuk jalan berpasangan dengan saya.

Perbualan beberapa hari lepas antara aku dan cik virus. Ini pelik, perasaan ini pelik. Gembira ada, janggal pun ada. Tapi sungguh, ini keinginan aku. yeah.

OK.

Maka tibalah harinya. hari sabtu, indah. menaiki kereta kancil. Dalam hati ini, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira. Setiap langkah bagai dicampakkan kelopak bunga mawar merah yang banyak dari atas. Sangat berbunga-bunga seolah tiada apa yang lebih gembira dari keadaan ini.

Sampai satu tempat, kami duduk bersama. Di bawah pondok berdekorasi ala-ala jepun. Warna putih, ada tingkap bulan berbingkai hitam. Cuma tiada upacara minum teh herba sahaja. Kami duduk di beranda, bercerita tentang itu ini, bergelak ketawa tentang itu ini. Dia banyak cakap petang itu. Dan petang itu berlalu dengan cepat. Tapi penuh makna, aku dapat kenal dia, tahu apa yang sebelum ni aku tak terlintas pun dalam kepala ini dan aku gembira, meskipun dia seorang penyebar virus comel.

Ketika pulang, Aku masih senyum, dia juga senyum. Dia nampak gembira. Aku harap dia gembira. Kemudian ada pari-pari comel, pandang aku dalam-dalam. tenung mata aku dalam-dalam. Aku rasa dia nampak kornea aku, mengecil, membesar, tanda gembira.

Betul ke kamu nak masukkan dia dalam hati kamu?

Aku angguk, yakin.

Tahulah kamu gembira, tapi janganlah pukul-pukul beg dia. =)

No comments: