Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2009-12-26

Bukit Gambang Resort City




pada 20 disember lalu, kami, 8 orang telah berbincang untuk menghabiskan cuti krismas dengan tidak membosankan diri di kolej, oleh itu, kami mengambil inesiatif yang ade utk pegi melancong di taman air paling famous di sini iaitu bukit gambang water park...

Maka, tanggal 24 disember yang lalu, kami seramai 8 org berjaya menjejak kan diri di taman air ini, bermulala episod menghabiskan mase dengan menikmati kesejukan air. dengan tambang pegi balik semurah rm 8 dengan menaiki van yang dipanggil khas. tepat jam 11 pagi kami sampai disana. oleh kerana ramai yang pergi bercuti time tu, lebih2 lagi waktu cuti sekolah dan menjelang cuti krismas. kami terpakse beratur panjang untk membeli tiket berharga rm 19.90 seorang dewasa.

Tiket sudah dibeli, apa lagi, kami pun terus ghairah mencari pintu masuk sampai x jumpe. terima kasih kepada pekerja gambang water park kerana menunjukkan jalan masuk yang sebenar. bermula jam 11.30 pagi sampai la 6 petang, kami bergelumang dengan air sampai kecut2 badan. menyewa pelampung yang ade.. main sume permainan yang ditawarkan berkali2. biase la, masuk gune duit sendiri... dan berjumpe beberapa kump budak2 matrik yang lain...

Paling best bagi aku adalah mencuba permainan slide. macm papan gelongsor, tapi perlu menggelongsor secara meniarap. first time memang menakutkan, 2nd time, 3rd time, dah x rase mende dah...

pukul 6 ptg, water park tu tutup, kitorang pun bergegas pulang....

pendek kate, walaupun habis hampir rm 50 tapi aku tetap puas sebab ini adalah satu kenangan matrik bak kate rahim "bile lagi....?"


rahim, hadi, izzat , aku, yasin, azhar(bdiri), nazirul, faiz(bdiri)

No comments: