Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2015-05-20

Runningman VS. Lari (TV9)

Mula-mula aku dengar rancangan Lari ni aku da mula tak sedap hati, bukan tak sedap hati rancangan ni tak best, tapi tak sedap hati rancangan ni akan di bash orang. Sebab konsepnya yang meniru Runningman. Untuk pengetahuan, Runningman adalah rancangan Korea yang paling berjaya bermula dari tahun 2010 dan sampai sekarang.

Dipanggil variety show, show dimana intipatinya adalah variety sama ada game, musical performance, talk ataupun comedy yang mana biasanya di conduct oleh seorang MC dan kebiasaan artis yang akan menjadi subjek dalam rancangan begini.

Di Malaysia, tak banyak rancangan macam ni banding dengan Korea yang berpuluh-puluh tahun menjadi hiburan itu satu keperluan dan setiap tahun akan ber evolusi.

Tak adil disini kalau kita nak banding dua rancangan ini. Bagi aku Lari adalah satu platform baru untuk kita tengok sejauh mana Malaysia mampu membuat satu perubahan dalam industri variety show macam ni.

Kita cuba bedah rancangan lari ni walaupun baru dua episod. Yang pertama, konsep, menjadikan Mr.X tu sesuatu yang misteri adalah satu benda yang bagus. Tapi tidak bagus kalau ianya terlalu mengganggu kelancaran sesuatu keseronokan tu.

Yang kedua, pemilihan artis, mula-mula memang aku x berkenan betul dengan Azwan Ali tu. Kejadah dia ada dalam cerita camni. Memang dia digunakan untuk menggamatkan suasana. Sekurang-kurang nya aku berharap dia akan berlari sungguh-sungguh nanti. Yang lain, memang aku tak kenal.

Yang ketiga, game. Runningman banyak fokus dalam game, komedinya dalam game. Lari, game nya entah kemana, komedinya hanya bila diorang buat lawak sebab game tu sendiri. Deep ni. Tapi itu memang kelemahan besar rancangan variety show Malaysia.  

Yang keempat, prop. Biasa produksi Malaysia, tak berani nak labur banyak-banyak untuk prop. Ye, memang dua episod ni tak banyak sangat prop nya. Biasa la tu, tak glamor lagi. Tapi, apa kejadah nya, ada tiga kumpulan, satu kumpulan merah, satu kumpulan biru, satu lagi merah campur biru. Serius mencacatkan kredibiliti rancangan tu sendiri.

Yang kelima. Editing. Dengan sound effect, effect perkataan dan effect-effect lain yang keluar tu adalah antara benda baru dalam variety show Malaysia, bagi aku ia menghiburkan, dan bukan senang nak buat ia nampak menarik. Tapi, editing footage, hancur. Lagi banyak footage yang tak penting berbanding yang penting iaitu game tu sendiri.

Pendek kata, aku menyokong penuh variety show macam ni. Dulu pernah ada redah kasi pecah tapi macam biasa, gagal dihati peminat. Dan rancangan Lari ni adalah rancangan yang akan aku ikut dari semasa ke semasa, nak tengok jauh mana dia boleh pergi.



Chow!

2015-05-16

Review Novel : ASRAMA


Novel Asrama karya Muhammad Fatrim ni bukanlah novel Fixi pertama aku baca. Dah entah yang keberapa ntah. Malah ada yang aku buat review.

REVIEW INI MENGANDUNGI MINOR SPOILER..

Ceritanya bergenre seram. Sama macam KACAU, BISIK. Itu je novel genre seram fixi yang aku da abis baca,

Ceritanya pasal Dahlia, dia tukar sekolah, dari sekolah bijak pandai kepada sekolah harian. Pastu diselubungi dengan konflik biasa di asrama dan sekolah seperti, ragging, buli, cinta dan cita-cita. Tak lari dari itu, ada jugak peristiwa-peristwa mistik yang berlaku. Malah dalam peristiwa mistik itu, ada satu lagi peristiwa lebih mistik berlaku, pening kan. Thats why ko kena jadi pandai baru leh baca novel unik macam ini.

Untuk Asrama ini, sebuah novel mudah baca, susah nak hadam, Sebab konflik nya pelbagai. Jadi, penulisnya kena memikirkan banyak cara untuk menyatukan kon
fliknya disebalik memberi kemudahan untuk pembaca memahaminya.

Bagi aku, ASRAMA tak mempunyai satu garis masa (timeline) yang baik. Serius kelam kabut. Kadang-kadang masa kat sini, pastu kat sini. Lagi-lagi bila dah nak sampai ending, Perlukan pengamatan yang baik untuk memahami garis masa novel ini.

Cerita ini jugak banyak meleretnya. disebalik persoalan yang selalu timbul lepas habis satu bab. Asyik-asyik Lena tu suruh Farah berhenti untuk memberitahu perkara sebenar dekat Dahlia.

Endingnya.. eh tak.. ending konflik pokok ara. tu memang aku tak puas hati. Aku rasa penulis suka membuat menulis benda yang bukan realiti. cerita yang banyak angan-angan. Angan-angan itu terlalu real sampai susah nak buat ia bersambung dengan realiti dan akhirnya membuat cerita ini jadi tak logik.

Mungkin ini adalah siri pertama dari trilogi sebab masih banyak persoalan yang belum terjawab ataupun memang penulis nak biar pembaca menjawabnya sendiri. hahahaha..

Pendek kata, Novel ini ada tema yang seronok, cerita yang seronok cuma endingnya mengecewakan.