Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2014-04-09

Malam Remaja Gembira (part 3)

Sedang Luke tenang menaiki basikal bersiar-siar dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba telefon bimbit jenama Apple kepunyaannya berbunyi. Cepat-cepat Luke mengeluarkan telefon itu dan menyapu paparan telefon itu.

Luke           : Hello.
En. Beckett : Hello. En. Beckett ni.
Luke           : Ye En. Beckett. Ade ape ye call time-time camni?
En. Beckett : Sam ada dengan kamu? Saya cuba call dia tapi tak dapat-dapat la.
Luke           : Oh. Sam. Dia pergi rumah Johnson, ada parti, kat west side sana.
En. Beckett : Saya tak tahu la pulak dia nak pergi parti tu. Luke, kamu boleh tengok-tengokkan Sam tak.                          Risau pulak saya.
Luke           : Mmm. Okay.

Panggilan dimatikan.

Barulah Luke mula terfikir, kenapa lah dia jawab okay dengan begitu selamba sedangkan dari tadi lagi dia cuba mengelak untuk pergi ke parti itu. Tapi bila En. Beckett suruh tengokkan Sam, dia terus patuh. Tak tahulah sama ada takut dengan ayah Sam yang juga seorang Sheriff yang digeruni di kediaman itu ataupun memang Luke risau dengan Sam dan ini adalah alasan untuk dia pergi menjenguk Sam.

Terpaksalah Luke mengayuh basikalnya menuju ke rumah Johnson walaupun Luke tahu, dia makin menjauh dari perumahan dia untuk menuju ke rumah Johnson. Tapi Luke tekad, nak tengok apa keadaan di parti itu.

30 minit kemudian, kelihatan Luke di perkarangan rumah Johnson. Memang mudah untuk mencari rumah yang sedang buat parti. Tengok sahaja di perkarangan rumah itu. Bermacam jenis kereta berjenama tersadai. Cadillac, Mustang, Chevrolet, Fiero dan kebanyakannya adalah buatan tahun 1980-an.


Luke tongkat basikal. Berjalan dengan tenang menuju ke rumah Johnson. Tujuannya satu. Mencari Sam. 

2014-01-14

Malam Remaja Gembira (Part 2)

Malam itu, usai malam remaja gembira. Masing masing bertolak pulang. Menuju ke destinasi seterusnya. Parti di rumah Johnson. Biasalah tu, untuk remaja remaja yang baru nak up macam tu, parti adalah yang terbaik bagi mereka. Tetapi Sam maseh di tempat tunggu bas menunggu sesuatu untuk menghantar dia pulang,

Luke menghampirinya dengan mengusung basikal. Lalu duduk di bangku tempat tunggu bas dan cuba memulakan perbualan dengan Sam.
Luke : hi sam.
Sam : hi.
Luke : Masih tidak pulang?
Sam : Belum lagi. Tunggu kawan.
Luke : kawan? Untuk pergi ke rumah Johnson?
Sam : Yup. Jangan beritahu ayah ye.
Luke : (terkejut). Oh. Okay.
Sam : Terima kasih Luke.

Luke memang sudah kenal lama dengan keluarga Sam, kalau dah setiap tahun dan setiap sekolah sama sejak kecil. Dan duduk pun di kawasan perumahan yang sama. Luke pun pernah hadir majlis keraian selamat hari jadi Sam beberapa kali. Memang la Luke telah dikenali oleh keluarga Sam.

Yang menjadi persoalannya, dah kenapa Sam ingin pergi parti tu, sedangkan semua orang tahu yang parti tu akan jadi seliar mungkin. Ah, Sam, sengaja menempah celaka. Luke risau, tapi risau lagi Luke tentang tuxedo pinjam nya itu. Dijaganya penuh rapi sejak mula malam remaja gembira tadi sehingga kini. Tidak ada setitik kesan degil yang ada walaupun dari kuah sepaghetti atau pun minuman koktel yang dijamahnya tadi. Takkanlah nak disia-siakan usaha menjaga itu dengan pergi ke parti johnson itu. Dah terang-terang jika pergi kesana akan tertumpah segala jenis alkohol, keju di tuxedo tu. Sia - sia.

Jadi, Luke pun kembali mengusung basikal nya melalui lorong-lorong gelap malam menuju ke kawasan perumahannya.

Social Anxiety. Luke bukan suka untuk pergi ke tempat-tempat sesak. Lagi-lagi jika tempat tu sesak dan bising, bingit, hatinya tidak boleh tenteram, rasa seperti dikemek-kemek oleh sebilangan tenaga, tiada perkatan gembira tercetak dikepalanya. Sebab itu, Luke tidak pernah kelihatan di mana-mana parti homecoming, thanksgiving, krismas dan kalau parti hari jadi pun, Luke akan singgah sekejap, beri hadiah, minum koktel barang 2 gelas sebelum tinggalkan tempat tu.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2014-01-02

review : papadom 2 (2013)



Tak sia-sia aku mulakan tahun 2014 ini dengan menonton filem ni.

Ulang balik, tak sia-sia. Yang sia-sianya adalah aku tak menonton filem ni kat wayang dek kerana abang aku kata filem ni kategori "boleh la" untuk ditengok.

Jalan ceritanya adalah kesinambungan dari filem asal Papadom (2009) yang menjadi satu fenomena dulu. Sebab bukan calang-calang orang yang berani buat filem tentang keluarga yang asalnya dari pulau pinang (utara) dan tidak bercakap slang utara walaupun sedikit. Untuk filem ini, Mia pelajar 21 A lulusan perfileman UiTM telah bekerja juga dalam bidang perfileman dan bercadang untuk berkahwin tanpa memberi tahu bapanya yang over protected tentang bakal suaminya.

Apa yang special pada papadom 2. Jalan cerita yang tidak terlalu melampau dan boleh diterima akal. Cuma yang aku tidak gemar pabila Afdlin Shauki cuba untuk menyindir beberapa pihak, terutama dari bidang perfileman. Dan itu adalah apa yang afdlin suka tampilkan sehingga ke maharaja lawak 2013 bersama boboi. Nasib baik adegan-adegan tu hanya ada beberapa  di permulaan cerita.

Lagi, cara dia mematikan watak Shasha (Scha) dan juga tidak terlalu menonjolkan watak Johan juga adalah salah satu sebab aku suka cerita ni.

Dan tentulah permainan perasaan, tawa dan tangis, sebak, semua afdlin dah gaul bagi sebati. Lakonan yang sangat mantap dari khir rahman, membuatkan cerita ni menjadi terlalu spontan dan bukan seperti cerita yang mempunyai skrip ciptaan manusia. Cuma perkembangan filem ni ada klise nye tapi itu langsung tak menjejaskan kualiti filem ni.

Runut bunyi, ramai yang kata menganggu filem. tapi tak bagi aku. afdlin meletakkan runut bunyi papadom 2009 dalam filem ini dan ternyata sangat berkesan (bagi aku). Membuatkan aku teringat kembali bagaimana cerita papadom yang asal. Muzik menyimpan memori. Sebab tu bila aku tengok cerita ni, aku bukak kat youtube dengar balik lagu, saya suka sorang budak, nama dia sarah.

Pendek kata, Papadom 2 adalah sebuah masterpiece.